Menu

Aqua Peel Treatment di Skin Valet Bangi

2 Comments


Aqua Peel Treatment di Skin Valet Bangi

Skin Valet Bangi – Rahsia Kulit Cantik Berseri

Menghilangkan jerawat, blackheads dan whiteheads serta cela pada wajah dengan Skin Valet Bangi

Sejak akhir-akhir ni Ann jadi concern dengan physical appearance Ann. Hari-hari fikir cara nak hilangkan jerawat, blackheads, dan whiteheads. Selain tu, segala cela di wajah ni pun sangat mengganggu. Yelah, usia pun dah lagi beberapa tahun nak masuk 3 series kan.

Pengurangan Produksi Kolagen

Rasanya semua sedia maklum, makin meningkat usia, makin susah la badan nak keluarkan collagen dan self recovery bagi kulit. Makin lama, makin ramai pulak Ann tengok pergi ke Skin Valet di Bangi. Antaranya kak Umminani , kak Ema , kak Qaseh dan kak Nina.

So mulalah degupan jantungku laju terasa nak ke Skin Valet juga haha.. Ann pun hubungi pihak Skin Valet dan terus set appointment.

aqua peel

So bila sampai tu kena isi borang sikit macam biasa. Then, mereka akan panggil untuk berjumpa dulu dengan Beauty Consultant dan buat skin analysis.

Skin analysis di sini bukan omong-omong kosong; pegang sana sikit sini sikit kulit muka kita, lepastu bebel dua tiga harakat pasal kulit. Lastly, suggest rawatan. BUKAN.

Skin analysis di sini menggunakan mesin khas untuk check secara mendalam kulit kita ni. Semuanya fakta, bukan auta.

aqua peel
aqua peel

So lepas buat skin analysis didapati kulit Ann mempunyai:

Good Thing: Tona Kulit Sekata

Alhamdulillah dah sekata, kecuali di bahagian bawah mata (dark circle). Ann amazed jugak sedangkan sebelum ni kulit Ann memang berbelak².

Ann tertanya-tanya macam mana tona kulit Ann boleh dikategorikan sebagai sekata. Yelah, sebab sebelum ni memang tak sekata lagi-lagi di bahagian keliling bibir ke dagu jauh lagi gelap berbanding bahagian lain..

Soalan Dr balik pada Ann;


“Awak ada buat detox ke..?”

Dr kata gelap bahagian situ maybe disebabkan either constipation atau ada bahan-bahan yang tak elok tersangkut dalam badan. Tapi mungkin disebabkan detox yang Ann amalkan setiap hari selama hampir sebulan ni kot, so masalah tu dah takde! Yeayy!

Bila check balik kat cermin, haah la.. Memang betul dah makin sekata.. Sebab tak expect pun kesan gini so takde lah nak perati selalu kan.. Hikss

aqua peel

Taaapi… Malangnya.. Kegembiraan berakhir bila Good thing nya cuma satu.. Yang lelain, FAILED!

Combination Skin:

  1. Di bahagian T-zone (dahi ke hidung) terlalu berminyak
  2. Di bahagian pipi pula kering. Yang peliknya, pipi belah kanan Ann terlalu kering yang amat sangat berbanding pipi kiri. Salah routine yang mana tah sampai boleh jauh beza kanan ngan kiri ni..

High Possibility untuk Jeragat / Pigmentation

Masih belum ada, tapi ada high risk sebab Mak Ann juga ada jeragat. Ann baru dapat tahu rupanya jeragat ni dibawa oleh faktor keturunan juga.

Kulit Berkedut

Siapa kata kalau belum 30 kulit takkan berkedut? Tipuu tau.. Tapi mujur kedut cuma di bahagian tepi mata jelah. Yang lain semua ok. Dr siap kata,


“bila awak senyum pun boleh nampak line² kedut tu..”

Memang betul pun.. Kedut ni Ann perasan agak lama dah sebenarnya. Mampu berhuhuhu jelah dekat situ.

aqua peel

Masalah Whiteheads yang Teruk

Bila tengok skin analysis, dalam bentuk 3d pulak tu. Boleh nampak timbul2 whiteheads tu. Teruk uiii.. Lagi satu, Ann ada masalah congested skin jugak. Nak tau congested skin tu apa, click sini. NNi memang Ann sangat kisah. Tanpa skin analysis ni pun, kalau pegang muka dah macam jalan raya penuh bumper.. sobss..

Liang Pori Besar

Haih.. Banyak betul rupanya masalah.. Liang pori pun besar. Dari analisis tu boleh nampak ketara ‘lekuk2’ disebabkan lubang pori besar tu.

aqua peel
Analisa kulit secara keseluruhan

Overall percentage cela di wajah yang merangkumi semua, adalah sangat tinggi iaitu 15% yang mana acceptable level sepatutnya 7%. Sekali ganda kan.

Aqua Peel Penyelesaian Masalah

So lepas Dr terangkan setiap perincian tentang kulit muka Ann, Dr suggest untuk Ann fokus pada cela², terutamanya masalah whiteheads yang teruk di muka Ann. Pada mulanya Dr nak cadangkan buat Carbon Peel iaitu penggunaan laser pada muka, tapi disebabkan kulit di bahagian pipi Ann terlalu kering, dan carbon peel boleh menyebabkan kulit makin kering lepas rawatan, Dr suggest untuk Ann buat rawatan Aqua Peel.

Apa itu Aqua Peel?

aqua peel
Sumber: Google

Aqua peel ni merupakan hydration treatment yang menggunakan mesin untuk menyedut jerawat, blackheads, whiteheads, closed comedones (congested skin) serta sebum/minyak pada wajah. Dalam masa yang sama, serum akan dimasukkan ke dalam liang pori dan memberi kesan exfoliating pada wajah. Dah namanya hydration treatment, of course lah Aqua peel mampu melembabkan wajah. So memang Aqua Peel ni the best solution lah untuk kulit Ann.

Yang Ann perasan step by step untuk rawatan Aqua Peel di Skin Valet Bangi ni ada 7 termasuklah langkah sebelum dan selepas Aqua Peel:

  1. Shoulder & Face Massage – melancarkan peredaran darah supaya oksigen sampai ke bahagian muka
  2. Cleansing – buang kotoran, make up etc pada wajah. Ni step awal yang biasa dibuat untuk mana² rawatan wajah
  3. Physical Exfoliate – buang sel kulit mati
  4. Face Steam – bagi wap panas supaya lubang pori terbuka. Ni untuk memudahkan sedut keluar jerawat dan kotoran tu semua masa aqua peel nanti
  5. Nose Mask – “pre-tanggal” blackheads pada hidung
  6. Aqua Peel Treatment
  7. Clay Mask – memberi glowing dan brightening effects pada kulit.
aqua peel
Dalam proses rawatan aqua peel
aqua peel
Clay mask selepas rawatan aqua peel
aqua peel

Ada Downtime / Post-Treatment Effects Tak?

Lepas rawatan kulit agak merah-merah sebab masa sedut tu, jerawat tu sebenarnya dipicit juga. Merah macam kita picit jerawat kat muka tu.. Tapi takde masalah pun, lepas sehari dua memang hilang kesan merah tu.

aqua peel

Berapa Lama Masa yang Diambil untuk Rawatan?

Lain jenis rawatan, lain juga masanya. Kalau yang Ann punya tempohari, jumpa Beauty Consultant dalam 30min, masa rawatan pulak dalam sejam setengah. Tapi kak Azni yang pergi sekali dengan Ann dalam sejam je sebab buat carbon peel.

Apa-apapun, Ann memang puas hati. Lepas siap tu rasa lembut je kulit. Walaupun kesan merah downtime tu obvious, tapi serious Ann rasa confident gila dengan kulit sendiri time ni! haha.. Ann menang tak banyak jerawat merah bernanah yang timbul-timbul tu.. Tapi jerawat kecik² ala-ala whiteheads tu memang penuh sebenarnya. So lepas rawatan, memang kena caras lah habis kat muka ni.. Hehe

Highly recommended

Apa-apapun, memang Ann rasa nak repeat lagi datang sini. Kenapa? Hospitality dan service memang terbaik. Semua mesra alam.. Ann memang kan ada pengalaman ngeri pergi ke pusat kecantikan sebelum ni.. Di Skin Valet Bangi ni memang tersangatlah ok!

Harga pun berpatutan. Fyi, untuk rawatan Aqua Peel ni murah sangat², dekat Skin Valet Bangi ni. Kalau kat lain mau dekat atau lebih seribu dah. Nanti Ann cerita penuh kenapa Ann recommend semua untuk buat rawatan di sini.

Kalau korang nak tau, lepas almost seminggu Ann buat rawatan, rasa sangat-sangat perubahan kat kulit. Setakat ni, bintik-bintik putih, atau whiteheads belum naik lagi, and kulit rasa glowing & brighter sangat. Kalini Ann dah janji dengan diri sendiri, Ann nak jaga betul-betul kulit. Dr ada bagi tips penjagaan kulit iaitu rutin harian mestilah termasuk penggunaan:

  1. Clenser – membersihkan kotoran
  2. Toner – mengecilkan pori
  3. Moisturizer – melembabkan kulit
  4. Sunscreen – mengelakkan cahaya matahari berbahaya

Lagi bagus, di antara toner & moisturizer, sapu serum. Setakat ni Ann ikut, Alhamdulillah, rasa best sangat kulit muka!

Baca Skin Valet Bangi: Highly Recommended!

Skin Valet Bangi

So, apa lagi, cepat-cepat ke Skin Valet Bangi.
Boleh hubungi mereka di:

+603-8922 9181
62, Jalan 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Kajang, Selangor

Waktu beroperasi : 10.30am – 7pm

Map : https://goo.gl/maps/LdVcbQuYBZt
Waze : Skin Valet Bangi

Facebook : Skin Valet Bangi
Instagram : @skinvalet_bangi

Nak tau pasal pakej di Skin Valet Bangi? Baca sini.

Semoga bermanfaat buat semua!

Tags: , , , ,

2 thoughts on “Aqua Peel Treatment di Skin Valet Bangi”

  1. Ema says:

    terasa segar dan lembap kulit selepas buat treatment kat sini…yea, lain orang lain cara rawatannya..apapun di sini memang terbaik
    Ema recently posted…List Barang Keperluan AsramaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

%d bloggers like this: