Apotec: Bawa Pulang Kebaikannya Buat Yang Tersayang di Kampung

Sejak Mak Ann dah masuk umur 70-an ni, macam macam sakit yang datang.. Kencing manis, darah tinggi & kolestrol tu memang dah lama.. Sekarang ditambah pula dengan sakit sendi, ototnya lagi.. Haritu borak dengan adik beradik, terselit cerita tentang produk dari Apotec, Curmax Tumeric & Omega 3 Fish Oil. Terus rasa nak hadiahkan untuk Mak. Yelah, esok pun dah nak raya haji, tak sabar nak bawa pulang kebaikan dari produk-produk ni. Dah alang-alang, Ann order sekali Apple Cider Vinegar untuk diri sendiri, sebab ada promo kalau beli online di website Farmasi Constant.

Apotec Apple Cider Vinegar (ACV) with Honey

Apotec

Ann memang dah lama gunakan ACV dari Apotec ni. Bukan sahaja sebab khasiat yang banyak, tapi juga rasanya sedap. Rasanya sedikit masam dan terasa kelazatan manis dari madu. Hanya perlu tambah 180ml air pada 30ml ACV & sedia untuk diminum. Senang kan? Sebelum ni kalau minum ACV, memang tak boleh nak telan sebab terlalu masam. Tapi dengan ACV dari Apotec, minum hari-hari pun hati gembira!

ACV ni sangat bagus bagi mereka yang sedang berdiet. Antara kebaikannya:

  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Membantu pencernaan
  • Meningkatkan rasa kenyang
  • Melegakan masalah sembelit
  • Membantu proses detoksifikasi
  • Bertindak sebagai antioksidan

Jangan risau, ACV ni selamat untuk semua. Ia menggunakan 100% bahan alami, tiada pengawet & tiada gula tambahan.

Omega-3 Fish Oil

Ada banyak sangat kebaikan dalam Omega-3 Fish Oil ni, antaranya :
• Membantu menurunkan tekanan darah
• Melegakan sakit-sakit sendi dan otot
• Mengurangkan kolestrol LDL
• Membantu meningkatkan daya ingatan
• Memperbaiki simptom mata kering

Omega-3 Fish Oil ini amat sesuai bagi:

• Warga Emas
• Mereka yang mempunyai masalah kardiovaskular
• Mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi & masalah kolesterol
• Mereka yang mempunyai masalah sendi

Apotec Curmax Turmeric (250mg)

Kita semua dah maklum, kunyit ni banyak sangat khasiatnya. Kunyit mampu melindungi kita dari kerosakan radikal bebas dan mengawal keradangan untuk mengurangkan risiko penyakit kronik.

“Tapi, siapalah yang rajin nak makan kunyit hari-hari pulak kan?”

Itulah gunanya ada Apotec Curmax Turmeric dalam suplimen harian. Antara kebaikan Apotec Curmax Turmeric:

  1. Antioksidan kuat yang menyokong dan mengekalkan kesihatan sel dengan melawan kerosakan oksidatif
  2. Kesan anti-radang
  3. Meningkatkan peredaran darah dan mencegah penyakit kardiovaskular
  4. Meningkatkan kesihatan sendi

Apotex Curmax Turmeric ni mampu menyerap 46 kali lebih baik, lebih berkesan dan hasilnya dapat dilihat dalam masa yang singkat.

Apotec Curmax Turmeric ni juga sesuai bagi mereka yang:

  1. menjaga kesihatan sel & meningkatkan kekebalan tubuh
  2. Sakit sendi – osteoartritis & rheumatoid arthritis
  3. Sakit otot dan neuropatik.
  4. Mahu mengelakkan/mencegah penyakit kardiovaskular

Cara Pengambilan:

2 kapsul sehari / 1 kapsul 2 kali sehari selepas makan

Apotec

Bila Mak sakit, kita pun sedih. Harap-harap kesihatan Mak semakin baiklah lepas amalkan Apotec ni.

Harga Promosi Ketiga-tiga Produk

Farmasi Constant ada buat promosi sekarang, hanya RM200 untuk ketiga-tiga produk di atas. Berbaloi sangat! Boleh beli untuk diri sendiri, dan ibu bapa tersayang di kampung.

Untuk harga promosi, boleh terus pergi ke https://www.constant.com.my/SalePage/Index/221336

Untuk maklumat lanjut, boleh terus
What’sApp: 0122484018
Facebook & Instagram

Bila lagi kan nak sihat kalau bukan sekarang?

Baca: Review Cetaphil Gentle Skin Cleanser – Selepas Sebulan Penggunaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge