Menu

Tepung Ayam Goreng Melekat: Bagaimana Caranya

0 Comment


Yes, chef-chef yang visit The Journey of Ann Noura, harini Ann nak share tips untuk make sure tepung ayam goreng melekat. Bunyi macam remeh je kan? Tapi ada je sesetengah yang ‘merana’ sebab buat ayam goreng celup tepung, yang jadinya ayam goreng togel! Tepung ayam goreng tak melekatlah, tanggal lah masa menggoreng kan..

Yang kita biasa dengar, guna telur ayam kan? Ada sesetengah guna kuning, sesetengah lagi guna putih. Kalau Ann, Ann guna dua-dua sekali. Tapi Ann nak tambah lagi satu, iaitu tepung ayam goreng tu sendiri. Eh kenapa tepung? Bukan tepung memang guna ke? Ya, memang, cumanya kalau katakan telur bertindak sebagai ‘gam’ tepung pula bertindak sebagai ‘pre-gam’. Boleh faham kan? Kiranya tiada penambahan bahan, cuma penambahan steps sahaja. Lihat di bawah:

1. Tepung ayam goreng – 2. Telur – 3. Tepung ayam goreng

Kalau biasa kita goreng celup telur lepastu tepung dan goreng, cara Ann yang Mak Ann turunkan ada 3 steps:

1. Yang pertama celup ayam dalam tepung. Nipis-nipis je pun cukupp.. dap dap dap…

tepung ayam goreng

2. Diikuti dengan telur. Gaul gaulkan bagi rata lah ya.. nanti tak rata, tak fully cover pulak

3. Kemudian yang terakhir celup ayam dalam tepung ayam goreng sekali lagi dan sedia untuk digoreng. Ketebalan tu ikutlah tebal mana pun nak tepung tu.. Kalau suka makan tepung, ha, hempuk lama-lama sikit dalam tu. Agak-agak tak cukup tebal lagi,ulang dari step 1 ya.

tepung ayam goreng

Tarraa dah siapp!

Haa boleh kupas-kupas tauu telung tu.. Jenama tepung? Ann guna tepung Bestari je dah cukup. Takde campur² yang lain. Ikutlah masing², Ann dah serasi bersama githeww dengan jenama ni. Rasa sedap, kalau ambil yang spicy, meresap rasa dia macam seolah-olah ayam ni diperap. Rasa sampai ke isi ayam tau.. Hehe

Baca: Backpacker Style: Hat Yai Trip Murah

Ha apa² pun, selamat mencuba! InsyaAllah dengan cara ni, tepung akan melekat booekk punya! ♥️

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

%d bloggers like this: