CARA GANTUNG POKOK & KAKTUS DENGAN RAK DAISO

Cara Gantung Pokok

Memandangkan Ann perasan makin ramai yang berminat jaga pokok di rumah sejak musim Covid-19 ni, so harini Ann nak share idea cara gantung pokok & kaktus korang dengan menggunakan metal mesh grid yang boleh dibeli di Daiso!

Cara Gantung Pokok :
Rak Besi Daiso Buat Gantung Kaktus

So gambar di bawah ni antara cara Ann buat tempat penggantung pokok dan kaktus di rumah. Seeloknya letaklah pokok yang jarang disiram supaya besi tak mudah berkarat. Kebanyakannya pokok yang ada ni disiram seminggu sekali (Ann selalu biar berminggu-minggu especially musim hujan) atau hanya di-spray sahaja. Yelah, walaupun ada coating, tapi sebaiknya elakkan lah apa-apa yang boleh mempercepatkan proses karat.

Baca: Cara Penjagaan Cactus & Succulent Yang Betul Dengan Cuaca Di Malaysia

Cara gantung pokok

Daiso Hack Idea!

Mesh Grid ni dijual asing dengan rak besi ni.. jadi Ann menggunakan satu mesh grid dengan 3 rak besi.. Kesemuanya dibeli di Daiso. Kos keseluruhan untuk membuat tempat penggantung ni adalah RM 5.90 × 4 unit = RM 23.60.

Ni Ann letak di luar rumah sahaja. Kebanyakan pokok yang ada dalam gambar sangat sukakan matahari pagi, jadi tempatnya pun Ann letak di bawah bumbung; menghadap cahaya pagi dan terlindung dari cahaya matahari tengahari.

Tapi, kalau korang nak gantung indoor pun tak ada masalah, asalkan dia dapat kena cahaya matahari. Yang terbaik, letakkan berdekatan dengan tingkap ya. Sure subur pokok-pokok walaupun letak dalam rumah sahaja!

Btw, Rak Kayu berkaki ni Ann buat sendiri menggunakan kayu 3 inci dan paku sahaja. Cuba-cuba je , jadi helokk pulak buat letak anak anak berduri ni. Kalau korang rajin, buat macamni pun bagus. Kalau susah, tempah je dengan Ann! Haha

Cara gantung pokok
Rak Kayu Berkaki (DIY)

So, diharap post Ann ni dapatlah bagi korang sedikit idea untuk membuat tempat penggantung pokok kesayangan korang!❤️

Kalau nak tengok update pokok-pokok pun Ann banyak post di IG story. Jadi boleh follow Ann ya! Take care and be safe guys!

Baca: Perlu ke bayar zakat bila bawa keluar wang KWSP?

Comments

  1. Pingback: Cara Penjagaan Sukulen/Kaktus Yang Betul Dengan Cuaca Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge