Cara Membersihkan Siput Sedut dan Buang Lumpur

0 Comments


Cara Membersihkan Siput Sedut

Haa.. Siapa kat sini ada pengalaman cirit birit lepas makan siput sedut? Ann pernah mengalami dulu.. Seksaaa kan..? Tu kemungkinan besar disebabkan oleh kotoran dan lumpur pada siput yang tak dibersihkan dengan betul.

“Eh, yeke kotor? Tengok bersih je??”

Yelah, yang bersih tu pada kulit je. Sental-sental sikit tanggal lah, tapi yang dekat dalam tu, cemana nak sental? Ok, so Ann nak share dengan korang cara yang mak Ann ajar, dan dengan sedikit bantuan Google! Basically ada 3 langkah je:

  1. Cuci lumpur
  2. Tabur kelapa parut
  3. Rendam air garam

Cara Membersihkan Siput Sedut

Cara Membersihkan Siput sedut

Langkah 1: Bersihkan segala lumpur yang melekat pada cengkerang

Basically dalam step ni, Ann akan buat sampailah air dia hampir jernih. Nak kata jernih terus tu tak boleh la, sebab setiap kali kocak air, lumpur dari dalam tu akan terkeluar sikit. Jadi macam mana nak bagi lumpur tu keluar banyak?

Langkah 2: Tabur kelapa parut

Ya, langkah ni sangat membantu dalam membersihkan kotoran dalam siput sedut. Hanya tabur kelapa, dan gaul sekali dengan siput tu. Biar sekurang-kurangnya 2-3 jam. Jangan lupa tutup pula bekas tu, nanti entah mana-mana pulak berjalan siput tu.

Langkah 3: Rendam dengan air garam

Lepas 3 jam, boleh ketip dan buang ekor dia. Ann guna cutter pokok je, senang. Ada yabg ajar guna lesung, tapi nanti hancur, tak best. Guna plyer pun boleh. Lepastu, Ann masukkan semula dalam kelapa tadi, tambah air sehingga siput terendam dan tambah garam. Biarkan selama 10-15 minit. Lepastu boleh bilas bersih dan buang kelapa yang melekat.

Siap! Walaupun lama, tapi memang puas hati sebab sikit pun takde lumpur lepas Ann cuci ni. Bersihh je. Nampak renyah, tapi demi kesihatan lebih baik buat. Nanti dah keracunan, haih tak mampu nak ke tandas. Silap-silap sampai luka! Haha..

Ann ada share juga Resepi Siput Sedut Masak Cili Api, so boleh lah click SINI. Selamat memasak!

Baca: Resepi Baked Macaroni Ala Shepherd Pie

Tags: , ,

1 thought on “Cara Membersihkan Siput Sedut dan Buang Lumpur”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

%d bloggers like this: