Malaysia Halal Expo 2019: Semuanya Halalan Thoyyiban!

Ann dah berminggu sebenarnya tertunggu-tunggu event Malaysia Halal Expo 2019 ni. Bertempat di KL Convention Centre (Bersebelahan Suria KLCC), kalau nak senang sampai dan tak payah pening pasal parking, naik je LRT aliran Putra dan turun di stesen KLCC.

Mudahnya Pendaftaran Secara Online!

Oh ya, nak lagi senang, masa dalam perjalanan ke Malaysia Halal Expo 2019 tu, boleh register siap-siap di mhe.1reg.my sebagai public visitor, so sampai sahaja di KL Convention Centre tinggal scan barcode yang dihantar melalui email, ambil sticker dan boleh terus masuk!

malaysia halal expo 2019
Step by step untuk pendaftaran

Mudah sangat. Tak payah nak beratur panjang lama-lama. Dunia dah maju kan hehe dan yang penting, masuk adalah percuma!

malaysia halal expo 2019

Malaysia Halal Expo 2019 telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Keusahawanan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Dalam masa yang sama, ramai juga artis dan selebriti yang tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam Malaysia Halal Expo 2019 ini..

malaysia halal expo 2019
Antara artis dan selebriti tanah air yang terlibat
malaysia halal expo 2019
Bersama Abang Amy Fewwwiiittt

Syurga Makanan di Malaysia Halal Expo 2019

Masuk je dalam.. Wow! Dari hall 1-4 tu booth saje ok. Punya banyak produk-produk halal tak payah cerita. Ann dengan Kakti sampai tak pergi lunch pun. Kekenyangan dengan tester.. Hehe belum cerita barang yang dibeli lagi.. Malu nak tunjuk..

Malaysia Ke Jepun bagi Olimpik 2020

Dengan Tema ‘Malaysia ke Jepun bagi Olimpik 2020’, Malaysia Halal Expo 2019 mengetengahkan banyak produk hasil industri kecil dan sederhana. Malaysia Halal Expo dengan kerjasama SME Corp Malaysia ni merupakan usaha untuk membawa produk-produk halal ke mata dunia pada sukan Olimpik di Jepun yang akan datang..

malaysia halal expo 2019

Rambang mata ni bila tengok macam-macam makanan best.. Bukan produk tempatan je tau yang banyak, produk antarabangsa pun turut sama ada.. Uii kalau yang suka makan, ni memang syurga ok!

malaysia halal expo 2019

Banyak juga brands yang kita tak pernah tengok sebelum ni, tapi bila try rasa, fuhh memang meletops!

malaysia halal expo 2019

Pelbagai Pilihan Produk Kosmetik

Bukan produk makanan, minuman dan bahan rempah masakan je, barangan kosmetik dan penjagaan diri pun banyak dipamer dan dijual di sini. Kebanyakannya juga menyediakan tester atau pek sampel.. Yelah, kena lah test kat badan dulu untuk tahu sesuai ke tak..

Peluang Berniaga

Kalau ada yang mencari peluang berniaga, banyak syarikat di sini yang menawarkan untuk menjadi agent, stokis dan dropship juga.. Try lah survey.. Ann dah ambil banyak juga contact number.. Almaklum, banyak sangat company yang nampaknya boleh ‘pergi jauh’. Takkan kita nak tengok saje kan?

malaysia halal expo 2019
malaysia halal expo 2019

Baca:
Jom ke Malaysia Halal Expo 2019 ! Sejarah bakal tercipta !!

Ann duduk dalam KL Convention Centre ni dari 11.00 pagi sampai 5.30 petang tau. Memang puas hati betul berjalan.. Sampai lenguh-lenguh la kaki duk pusing dalam tu saje.. Punyalah semangat & excitednya. Lagi pulak berteman, memang jadilah kan! Hehe so pesan Ann, make sure bawak duit ekstra ye. Event dibuka pada awam bermula jam 10 pagi-6 petang sehingga Sabtu ni sahaja. Ayuh beramai-ramai!

Comments

    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
  1. Pingback: Biousahawan 2019: Bantu Usahawan Agro dan Bio - Ann Noura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge