Resepi Sup Ayam Thai Pedas Pekat dan Sedap!

0 Comment


Ann bukanlah peminat sup ayam, sebab selalu rasa macam kosong & lencas sangat. Yela, biasa kan orang masak setakat tumis bawang halia campur air, letak ayam lepastu dahh, tutup api. Boring betul rasa dia haha.. So harini Ann nak share pula Resepi Sup Ayam Thai special yang super sedap! Resepi ini akan ditambah sekali dengan rempah 4 sekawan yang akan membuatkan rasanya lebih fuhh gitu!

Baca: Resepi Kerabu Mangga Meletop

Resepi kalini Ann tampilkan hidangan yang pedas, masam, pekat dia memang zasss! Tak percaya? Boleh cuba sendiri ok!

Diadaptasi dari: Adiana Zulhilmi

Resepi Sup Ayam Thai

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam

Bahan A

  • 1 biji Bawang Besar
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Halia
  • 1 inci Lengkuas
  • 1 batang Serai
  • 4 sekawan rempah (1 buah pelaga, sedikit kayu manis, 1 bunga lawang,  ½ sudu besar lada hitam)
  • 4 biji Cili Api
  • 4 biji Cili Kering (dipotong dua)

Bahan B

  • 1 sk Gula
  • 1 sk Garam
  • 1 sb Tepung Jagung (dilarutkan)
  • 500 ml Air
  • ½ biji Limau Nipis

Daun Bawang sebagai hiasan

” Memang Pedas Mengancam!”

Cara-cara:

Tumis bahan A sehingga bawang menjadi garing. Masukkan ayam dan tambahkan air. Biarkan sehingga ayam lembut.

Masukkan garam, gula serta tepung jagung supaya kuah sedikit pekat (jangan tambah terlalu banyak nanti jadi pekat macam kuah ladna pula). Masukkan daun sup sedikit dan tutup api. Perahkan limau nipis dan kacau sedikit.


Masukkan di dalam bekas dan letakkan daun sup sebagai hiasan. Sedia untuk dihidang.

Resepi Sup Ayam Thai

Pada Ann, hidangan ni sedap bila dibuat pedas dan sedikit masam. Tak Thai lah kalau tak ada dua elemen ni kan.

Tempoh masa penyediaan adalah lebih kurang 45 minit. Hidangan ini sesuai untuk 3-4 orang makan. Resepi ni sangat sedap bila dimakan dengan nasi masa panas-panas. Nasi pula lebihkan air sikit masa dimasak. Fuhhh Selamat mencuba!

Sebarang info, boleh check it out di Instagram Ann,

Instagram: annnoura

Atau untuk review sebarang produk, boleh email ke annnoura@gmail.com

%d bloggers like this: