Review Cetaphil Gentle Skin Cleanser – Selepas Sebulan Penggunaan

review cetaphil

Sejak dua menjak ni Ann makin rajin ikut cara penjagaan kulit yang betul. Almaklumlah, usia makin tua kan, kulit pun makin sensitif.. Kita jadi lebih berhati-hati dalam pemilihan produk.

Ann pun mulalah menggodeh cari produk apa yang best. Sebulan lepas, Ann ada terbaca banyak yang review Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Ramai sangat cakap produk ni bagus. Ann pun teringin juga nak cuba.

review cetaphil

Review Cetaphil – Selepas Sebulan Penggunaan

Disebabkan Ann pun mengalami impak positif, Ann terpanggil juga untuk review Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni.

Sejujurnya, dari pertama kali Ann pakai produk Cetaphil ni, Ann rasa dia sangatlah lembut pada kulit. Ada sesetengah produk, lepas pakai tu immediately terasa kering sangat kulit. Tapi dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser, terasa lembut je kulit setiap kali lepas cuci muka.

Sekarang, dah hampir dua bulan Ann pakai produk dari Cetaphil ni. Langsung tak ada masalah. Kulit pun makin lembut je. Ann pakai juga Cetaphil Moisturiser tau. Mula-mula ingat nak cuba je, lepastu rasa serasi pulak, sampai sekarang masih teruskan pakai.

Rutin harian Ann sejak sebulan ni memang sungguh-sungguh akan lengkap guna; Cetaphil Gentle Skin Cleanser – toner – serum – Cetaphil Moisturiser. Setiap kali bangun pagi dan sebelum tidur.

Yang tak sangka tu, sejak sebulan penjagaan kulit ni, Ann rasa kulit Ann makin glowing gitu. Mungkin sebab kulit hydrated kan. Kalau sebelum ni, selain kulit kusam, Ann mengalami masalah ‘jerawat nasi’ yang teruk, pegang muka pun boleh rasa bumpy.. Tapi sekarang dah berkurang sangat! Sebab Cetaphil kan ada formulasi non-comedogenic, so no more masalah liang pori tersumbat. Saya suka! 

review cetaphil
kulit lebih berseri dan lubang pori kurang tersumbat

Ramadhan & Raya Dengan Cetaphil

Selalunya, bila tiba Ramadhan, mesti ramai yang mengalami kulit kering kan? Ann pun macam tu juga setiap kali tiba bulan puasa. Disebabkan Ann mempunyai jenis kulit kombinasi, selalunya T-zone akan berminyak dan bahagian lain akan jadi sangat kering. Yelah, dengan konsumsi air yang tak mencukupi.. Nak makan pun kadang tak ada selera masa sahur, apa lagi nak teguk air sampai berliter-liter.

review cetaphil

Sebabtu Ann test pakai produk Cetaphil ni masa bulan puasa tempoh hari, nak tengok hasil. Sebelum solat, Ann akan jadikan rutin untuk cuci muka dengan Cetaphil ni. Fuhh, setakat ni memang belum lagi kering lah kulit ni walaupun bulan puasa. Bila dah raya pun, kulit tak ada banyak ‘ragam’. Best sangat!

Review Cetaphil – Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Antara sebab kenapa Ann percaya dengan produk Cetaphil ni:

  1. Sesuai untuk semua jenis kulit; kering, berminyak, kombinasi & juga sensitif
  2. Tidak mengandungi bau tiruan
  3. Tidak mengandungi bahan bersabun yang boleh mengganggu ‘natural barrier’ kulit
  4. ‘Non-comedogenic‘; tidak menyebabkan lubang pori tersumbat
  5. Nilai pH – natural
  6. Hypoallergenic 
  7. Membersih dan menghidrasi kulit serta tidak memedihkan mata
  8. Dan yang paling penting, penggunaan produk Cetaphil ini disarankan oleh pakar dermatologi.

Cara Penggunaan 

review cetaphil

Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni boleh digunakan dengan dua cara, sama ada dengan menggunakan air ataupun tidak perlu.

Cara 1: Picit Cetaphil Gentle Skin Cleanser pada tapak tangan. Lurutkan pada keseluruhan muka. Bilas dengan Air

Cara 2: Picit Cetaphil Gentle Skin Cleanser pada tapak tangan. Lurutkan pada keseluruhan muka. Hanya lap dengan kain yang bersih atau kapas.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni juga boleh membantu dalam menghilangkan mekap pada wajah. Tak perlu bilas, hanya lap sahaja seperti Cara 2.

“Bestnya Cetaphil ni!”

Di Mana Nak Dapatkan? 

Cepat-cepatlah dapatkan produk Cetaphil ni ya.. Produk Cetaphil boleh didapati di mana-mana farmasi yang berdekatan, tapi memandangkan sekarang musim Covid-19, jadi bolehlah dapatkan di:

www.cetaphil.com.my

dan juga di Lazada dan juga Shopee

Bila lagi kan nak cantik kalau bukan sekarang?

Baca: Zakat Online

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge