Taksir Zakat dengan Lembaga Zakat Selangor & Menangi Hadiah Menarik

Taksir Zakat l Setiap tahun memang Ann akan berkongsi di sini tentang aktiviti & kempen-kempen yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). Korang tau tak, sekarang ni LZS sedang mengadakan kempen “Jom Taksir Zakat: Sempurnakan Zakatmu” yang berlangsung dari 15 Jun hingga 31 Julai 2022. Kempen ni dianjurkan bersempena dengan Bulan Taksir Zakat.

Taksir Zakat

Apa itu Taksir Zakat?

Sebelum Ann terangkan dengan lebih lanjut tentang pentaksiran zakat, entry Ann sebelum ni ada sedikit kupasan tentang pengertian zakat. Boleh baca sini.

Taksir Zakat ni adalah pengiraan (sendiri) bagi menentukan kadar zakat yang perlu dibayar.

Tujuannya adalah supaya kita dapat membayar zakat dengan nilai yang tepat.

Zakat terbahagi kepada dua, iaitu Zakat Fitrah & Zakat Harta.

Bagi pentaksiran zakat ni, adalah untuk pengiraan zakat harta. Zakat harta pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

  1. Zakat Pendapatan
  2. Zakat Perniagaan
  3. Zakat Simpanan
  4. Zakat Pelaburan
  5. Zakat KWSP
  6. Zakat Emas & Perak
  7. Zakat Takaful
  8. Zakat Padi
  9. Qada Zakat

Bayar Dan Menang : Kempen Bulan Taksir Zakat Oleh LZS

‘Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu’,

Jadi, bagi setiap individu yang mempunyai pendapatan & harta, adalah wajib untuk membuat penbayaran zakat sekiranya cukup pengiraannya. Sebab tu, bagi memudahkan pengiraan, LZS mengadakan kempen ‘Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu’ bagi memudahkan kita untuk membuat pengiraan atau taksiran bayaran zakat.

Cara Pentaksiran Zakat

1. Muat turun aplikasi mudah alih “ZakatSelangor” di App Store atau Play Store, kemudian, Daftar dan Log Masuk ke akaun anda.

2. Gunakan fungsi “Taksir” di dalam aplikasi ZakatSelangor, buat taksiran jenis-jenis zakat harta dan “Simpan Taksir Zakat”

3. Tebus baucar KFC RM5 di cawangan LZS berdekatan dengan anda beserta bukti taksiran anda.

Taksir Zakat

*Selagi stok masih ada. Promosi ini mengikuti garis panduan syariah penganjuran peraduan zakat, Lembaga Zakat Selangor.

Selain baucar, banyak lagi hadiah menarik yang ditawarkan kepada pentaksir & pembayar zakat. Hadiah utama yang ditawarkan adalah Yamaha Legend 115Z. Siapa tak nak kan?

Taksir Zakat

Untuk maklumat lanjut tentang penyertaan, boleh layari https://jom.zakatselangor.com.my/.

E-Zakat Pay, EZO & Aplikasi ZakatSelangor

Pembayar Zakat boleh membuat bayaran zakat di laman web www.zakatselangor.com.my dan membuat pembayaran di bawah E-Zakat Pay.

Selain itu, bagi semakan permohonan, bayaran, rekod dan lain², boleh layari https://ezo.zakatselangor.com.my/.

Dalam masa yang sama, bagi tujuan kemudahan, pembayar zakat juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi Zakat Selangor di Play Store atau App Store.

Agihan Zakat oleh LZS

Kalau kita tengok di FB Lembaga Zakat Selangor, banyak sangat update tentang agihan zakat bagi mereka yang memerlukan. Tak perlu kata LZS tak buat kerja, cuma kita je yang perlu buka mata.

Kisah terbaru agihan yang dipetik dari FB LZS;

Ziarah Kasih Bersama Amil Kariah

Sudah menjadi sebahagian rutin operasi agihan daerah, untuk menyantuni asnaf sama ada asnaf baru atau lama untuk memastikan keperluan mereka disantuni mengikut keperluan semasa.

Keutamaan aktiviti ziarah kali ini melibatkan asnaf yang diuji dengan masalah kesihatan, kematian ahli keluarga, dan lain-lain perkara yang mendesak.

Semoga dengan aktiviti ziarah dapat membantu asnaf dengan lebih baik.

Terima kasih buat semua pengeluar zakat di Lembaga Zakat Selangor.

Kredit: Operasi Agihan Asnaf Daerah Klang

Bagi yang ingin memohon bantuan zakat, boleh terus muat turun borang di https://www.zakatselangor.com.my/agihan-zakat/permohonan-zakat/. Segala syarat permohonan boleh disemak di sana.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom kita taksir & bayar zakat. Tunaikan kewajipan kita sebagai umat Islam dan semoga harta yang kita peroleh semakin diberkati. Aminn!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge