UJIAN MEMANDU KERETA JPJ: BAHAGIAN UJIAN

0 Comment


Ok, memandangkan Ann masih lagi fresh, baru je lulus ujian memandu last week, Ann nak share lah bahagian ujian memandu kereta JPJ, sama ada auto ataupun manual. Ann terpanggil nak buat post ni, sebab Ann rasa mesti ramai yang blur-blur macam Ann sebelum test. So, harap this will help you guys ya!

Bahagian Ujian Memandu Kereta JPJ

Ok, ujian memandu kereta JPJ nanti akan terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

  • 1. Ujian di litar
  • 2. Ujian di jalan raya

Ujian Memandu (Litar)

Ok, basically test jpj di litar ni akan ada 3:

  • 1. *RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN (RPK)*
  • 2. RUTIN SEBELUM MEMANDU (RSM)
  • 3. UJIAN DI LITAR; tanjakan (auto sahaja), bukit, side parking, 3 penjuru, selekoh Z, selekoh S
Ujian Memandu Kereta JPJ
Bonet Kereta adalah antara yang perlu diperiksa semasa RPK

Jadi, korang perlulah lulus dengan sekurang-kurangnya markah minima (tak sure berapa tapi markah penuh 90) untuk melayakkan korang lulus bagi bahagian litar ni. Ann haritu lulus dengan markah 83/90. Tak sempat pulak snap gambar borang markah, kena marah sebab diorang kata nak bawak lari borang haha.

Ujian Memandu (Jalan Raya)

So, settle ujian di litar, korang akan tunggu giliran untuk ujian jalan raya pulak. Masa nama dipanggil, masuk je kereta terus bagi salam dan perkenalkan diri dekat pegawai jpj yang dah tunggu korang dalam kereta tu. Then, terus cakap korang nak buat RSM (kena buat sebab tukar kereta). In the case kalau dia kata “x payah jalan je” , korang jangan terus menonong jalan je pulak. Make sure korang dah betulkan:

  • i. Cermin pandang belakang
  • ii. Cermin sisi
  • iii. Kedudukan Seat

Dan yang terakhir ni WAJIBUL GHUNNAH:

  • iv. PAKAI SEATBELT

Kalau korang tak pakai seat belt ni, automatik kereta jalan je korang terus fail keluar balik kereta.. Berhuhuhu lah korang kat situ bawak borang bercop gagal.. Mintak jauh la…

So basically, masa kelas memandu korang akan diajar 3 jalan untuk ujian, dan masa test diorang akan test salah satu jalan je dari ketiga-tiga jalan tu. Make sure korang hafal lah route, dan berhenti dekat mana yang sepatutnya. Markah penuh pula 80, dan Ann dapat skor 72/80 haritu..

“SUSAHNYA TEST JPJ”

Sebenarnya tak susah pun kalau korang dapat praktis yang mencukupi. Macam Ann dulu cikgu banyak tekankan di litar, tapi sangat kurang latihan di jalan raya. So Ann memang tak confident lah untuk jalan raya.. Tapi syukur Allah bantu.

In case salah satu bahagian (litar atau jalan raya) gagal, korang cuma perlu repeat satu bahagian tu je. Tapi bayaran sama lah.. Macam sekolah Ann, gagal, bayarlah RM360. Bayaran tu termasuklah dengan 2 jam kelas memandu tambahan. Memandangkan poket tak tebal, syukur Ann tak payah repeat.. Kalau memang basah lah duit tu buat kesat air mata haha!

Apa-apa pun all the best guys with your JPJ test! Banyakkan selawat dan tenangkan diri okay! YUKENDUIT!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh juga check it out SINI.

Baca: Suchi Facial Cleanser dengan Aqua Cacteen Sah Digunakan Ketika Ihram!

Tags: , , ,