Pejam celik, dah 26 hari kita berpuasa. Masing-masing dah buat bayaran Zakat Fitrah ke belum?
Bayaran Zakat Cashless
Sejak Covid-19 melanda, kebanyakan belian atau pembayaran dilakukan di atas talian; termasuklah bayaran Zakat. Tiada alasan ‘susah nak keluar bayar zakat’ lagi. Ann percaya, majoriti kita ada talian internet. Semuanya sekarang di hujung jari.
Terdapat beberapa jenis bayaran Zakat iaitu;
- Zakat Fitrah
- Zakat Emas
- Zakat Pendapatan
- Zakat Perniagaan
- Zakat Wang Simpanan
- Zakat Emas dan Perak
- Zakat Pelaburan
- Zakat KWSP
Zakat Fitrah
Apabila tiba Ramadhan, menjadi kewajipan umat Islam untuk membuat bayaran Zakat Fitrah. Bersempena Ramadhan ini, Ann nak tekankan sedikit berkaitan Zakat Fitrah.
Apa Itu Zakat Fitrah?
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Syarat Wajib Zakat Fitrah
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Kadar Bayaran Zakat Fitrah
Di Selangor, kadar bayarannya masih kekal RM7, RM14, dan RM21 mengikut jenis beras yang dimakan setiap hari (update 2021).
Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
• Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
• Waktu Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
• Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
• Waktu Makruh
Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
Waktu Haram
Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Jadi, masih sempat untuk menunaikan kewajipan kita, pada yang masih belum membuat bayaran Zakat Fitrah bagi tahun ini.
Bayaran Zakat dengan Hong Leong Bank
Ingin membuat bayaran Zakat & anda memiliki simpanan di dalam Hong Leong Bank? Tiada masalah.
Hong Leong Bank merupakan salah satu daripada ejen zakat yang diiktiraf. Pembayaran Zakat boleh dibuat melalui perbankan atas talian menerusi Hong Leong Connect. Jangan risau, bayaran Zakat melalui Hong Leong Connect sangat mudah dan dijamin selamat.
Caranya;
- Daftar masuk di https://s.hongleongconnect.my/rib/app/fo/login
- Klik Bayar & Transaksi
- Klik Pembayaran Bil
- Pilih Zakat pada pada Kategori dan buat bayaran.
Tahniah! Anda sudah menjadi pembayar Zakat bagi tahun ini!
Kempen Jom Zakat Cashless
Lembaga Zakat Selangor (LZS) sedang menganjurkan satu kempen, sebagai inisiatif untuk menggalakkan umat Islam membayar Zakat dengan hadiah keseluruhan bernilai RM15,000.
Kempen ini berlangsung sehingga 12 Mei 2021.
Untuk menyertai, boleh klik
Maklumat lanjut di https://www.zakatselangor.com.my/cashless/
Web : https://www.zakatselangor.com.my/
FB : https://web.facebook.com/zakatselangor
Alamat : Lembaga Zakat Selangor, 3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perdagangan WorldWide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor,
Tel: +603-8314 2222
Fax: +603-8314 2233 / 2244
Talian Zakat Selangor: 1 300 88 4343
Email : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my
Comments
semua dah mudah sekarang,nak ngan tak nak je kan