BAYAR ZAKAT DENGAN HONG LEONG CONNECT BIZ

Bayar Zakat Dengan Hong Leong
Bayar Zakat Dengan Hong Leong

Bayar Zakat Dengan Hong Leong Connect Biz | Membayar Zakat merupakan rukun Islam yang keempat. Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu. Setiap umat Islam yang telah memenuhi syarat-syarat seperti sempurna milik, cukup haul dan cukup nisab adalah diwajibkan untuk menunaikan zakat.

Bayar Zakat Dengan Hong Leong Connect Biz

Hikmah Disyariatkan Zakat

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:

  1. Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  2. Membersihkan diri pembayar zakat.
  3. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  4. Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  5. Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  6. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  7. Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  8. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  9. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
  10. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

Mudah, di mana sahaja, pada bila-bila masa secara dalam talian melalui HLB Connect Biz

Kini, semua dah mudah, tak perlu lagi beratur di kaunter untuk pembayaran zakat. Semuanya boleh dilakukan secara dalam talian. Tiada lagi alasan.

Badan Korporat / peniaga yang ingin membuat pembayaran zakat boleh menggunakan perkhidmatan  Hong Leong Connect Biz dan membuat bayaran terus kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Peniaga akan mendapat jaminan bagi mengakses rangkaian lengkap perkhidmatan perbankan. Melalui portal ini, badan korporat dapat menguruskan kewangan dengan mudah pada bila bila masa dan di mana jua.

Bayar Zakat Dengan Hong Leong

Bayar Zakat Dengan Hong Leong Connect Biz

Hong Leong Connect Biz membantu menguruskan perniagaan pengurusan tunai anda dengan berkesan dan cekap. Dengan Hong Leong Connect Biz, peniaga dapat:

  1. Laksanakan urusan gaji , KWSP, SOCSO, ZAKAT atau bayaran Cukai Pendapatan pekerja syarikat anda melalui muat naik fail atau templat dalam talian, serta lakukan pembayaran berbilang kepada vendor atau pembekal dengan mudah.
  2. Mengelakkan kunjungan ke cawangan yang melambatkan pembayaran bil.
  3. Pindahkan dana secara mudah.
  4. Periksa maklumat akaun terkini di mana-mana dan pada bila-bila masa.
  5. Menguruskan cek.
  6. Mengakses transaksi dan kemudahan dagangan terkini syarikat secara dalam talian.
  7. Membuat pembayaran pinjaman.
  8. Memulakan pindahan/kiriman wang dengan mudah.

Badan Korporat boleh menunaikan kewajiban zakat dengan membuat pembayaran di Hong Leong Connect Biz .

Hanya perlu log in ke akaun Hong Leong Connect Biz dan memilih – Bayaran Bil – Zakat. Kemudian terus ke fpx.zakatselangor.com.my dan membuat pembayaran.

Untuk mendaftar, layari https://www.hlb.com.my/ms/business-banking/connect-biz/register-security-tips.html

Cara Lain Pembayaran Zakat:

Bayar Zakat Dengan Hong Leong

Untuk maklumat lanjut tentang Zakat, sila layari:

Website: https://www.zakatselangor.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/zakatselangor
Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor/

Baca: https://annnoura.com/rabun-kanak-kanak-perlukah-ambil-serius/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge