Sejak beberapa bulan ni, Ann busy betul nak submit thesis n viva, terus Welcome Triple Panda Eyes! Mata ni jadi macam kena tumbuk dia punya lebam tu. Sebab kurang tidur + letih kan.. Bila tgk cermin je rasa sedih sendiri. Pergi kenduri kahwin pun tak confident walaupun setepek concealer dah letak ha.. hari- hari duk pikir cemanalah nak hilangkan lingkaran gelap bawah mata ni..
Segan maknakk kalau close up mata sendiri..
Bila dah malu, mulalah misi mencari cara yang terbaik. Mula² jumpa lah beberapa petua home remedies. Boleh guna tomato, kentang, uncang teh, timun atau daun pudina.. Tapi disebabkan perangai tak berapa nak rajin pakai benda² alah ni, ditambah pulak Ann asyik balik malam & lepas mandi terus tumbang, Ann tau Ann kena cari produk yang sesuai..
Cosmoderm, Eye Treatment Anti-Dark Circles Gel
So, cari punya cari, terjumpalah product untuk hilangkan lingkaran gelap bawah mata, dari Cosmoderm Eye Treatment Gel, iaitu Anti-Dark Circles.
Sebelum guna buat research dulu. Rupa-rupanya…
Mengandungi Co-Enzyme Q10, Kolagen & Ekstrak Tumbuhan
Haa yang mana semuaa ni bermanfaat untuk di kawasan mata seperti:
- Mencerahkan lingkaran gelap
- Mengurangkan bengkak pada mata
- Mengurangkan garisan halus
- Menyegar & menyamankan
- Menganjalkan kulit
- Menggalakkan pengaliran darah
Haa nah chemical structure co-enzyme Q10 ni.. Kata study chemical engineering kan.. Tapi sumbernya encik google je.. hehe
Gel ni bukan jenis berminyak tau.. Tekstur ringan sangat. Cepat je serap bila disapu.. Bila dah sapu, rasa sejukk je pulak tu bawah mata.. Lagi terbaik, ia disahkan HALAL, tiada kandungan paraben, & of courseee ada pengesahan GMP.
Gel rawatan lingkaran gelap dari Cosmoderm ni sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita. Yang bestnya, saiznya ‘mesra travel’ dan mudah dibawa ke mana-mana. So takde alasan lah kan nak tinggal dekat rumah?
Cara Menggunakan
Yang terbaik, gunakan dua kali sehari. Ann guna selepas mandi pagi dan sebelum tidur. Cara sapuan, letak sikit pada jari, dan sapu dengan cara urutan pusingan dari dalam (berdekatan hidung) ke luar.
Berapa lama penggunaan untuk melihat hasil pada lingkaran gelap bawah mata
Kebiasaannya, selepas 1-3 bulan penggunaan dah boleh nampak hasil.. Tak cepat, tak lambat.. Kadang yang cepat sangat tu yang risau kita taktau chemical apa tah dia buh dalam tu.. Alih² jadi penyakit je, Nauzubillah..
Harga
Walaupun Ann baru je beberapa hari guna, tapi Ann terbaca banyak review dari orang-orang yang dah gunakan gel ni. Semuanya cakap menjadi! Kalau tak, takkan lah Ann pilih ni kan.. Hihi.. Yang berminat, harganya hanya RM 32.90 bagi tiub 20ml ni.. Setakat yang Ann pakai, Ann rasa boleh tahan lebih sebulan ni sebab picit sikit je dah cukup utk kedua-dua belah mata..
Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Pstt.. Last Ann tengok kat kat website Cosmoderm, tengah ada offer bestt tau.. Cuba korang click sini untuk tengok sendiri.
Tak sabar nak tunggu hasilnya nanti. Kotla boleh perasan gorgeous pulak kan. Ehehe..
Apa-apa pun, dalam masa yang sama dengan penggunaan gel, gaya hidup sihat contohnya jaga pemakanan, cukupkan tidur dan rehat juga sangat-sangat membantu dalam pengurangan lingkaran gelap bawah mata.
Selamat mencuba!
Comments
Sikit tu je pakai. Memang jinat amat.
Lepas ni no more panda eyes😊
Dura Norell recently posted…Pertama kali ke Muzium Padi walaupun dekat je dengan kampung
samala sy pun gune eye gel ni
Hilang Tak dark circle tu?
Produk cosmoderm memang terbaik
memerlukan sangat produk mata cosmoderm ni..akk lagi tak cukup tidur..huhu
Akak pun pakai ni, makin hilang dah lingkaran gelap bawah mata.
Bagus ni nak buang mata panda mama.. Haha
Kak nina belum pernah cuba eye cream ni. Rasa dah sampai masa kena pakai ni, faktor usia dah tua ni….
Cosmoderm memang jenama dipercayai
Nina Mirza recently posted…Ahaa dah jumpa! Don’s Warong – Makan Sedap KL Restoran Masakan Johor
Bagus-bagus produk Cosmoderm ni.. Setanding jenama antarabangsa..
aalalala.. cian adik kita buat master ni.. mata dah jadi panda yer.. alaaa.. kejap jer.. nnt lawa lah balik heheh
azni recently posted…Minyak zaitun berkualiti Jenama AL Ard Malaysia
terus rasa nak beli. memang minat produk produk untuk mata ni
Boleh cuba ni. Tak berminyak yang buat hati tertarik nak cuba.
Pingback: Malaysia Halal Expo 2019: Semuanya Halalan Thoyyiban! - Ann Noura