Sejak pandemik COVID-19 ni, jadi panas pula isu KWSP ni.. betul ke duit KWSP perlu zakat?
DUIT KWSP PERLU ZAKAT?
Menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam untuk membayar zakat iaitu rukun Islam yang ketiga.
Yang terbaru, kerajaan sudahpun meluluskan pengeluaran wang dari akaun KWSP melalui i-Lestari dan i-Sinar. Ini bagi membantu mereka yang terjejas kehidupan dek kerana pandemik COVID-19.
BAHAGIAN ZAKAT
Zakat Terbahagi kepada dua;
- Zakat Fitrah
- Zakat Harta
Zakat harta terbahagi lagi kepada beberapa bahagian, dan salah satunya adalah Zakat KWSP.
ADAKAH BENAR DUIT KWSP PERLU ZAKAT?
Jika ianya dibawa keluar dari akaun, hukumnya WAJIB DIZAKATKAN, dibawah beberapa syarat.
WANG SIMPANAN KWSP
Sebelum kita kupas dengan lebih lanjut,
Wang KWSP adalah harta simpanan yang dicarum drpd pendapatan pekerja dan caruman majikan di dalam akaun KWSP pekerja berdasarkan akta KWSP. Wang ini pada kebiasaannya boleh di bawa keluar apabila pemiliknya telahpun bersara (55-60 tahun). Wang yang masih tersimpan di dalam akaun KWSP pencarum terlepas daripada kewajipan zakat kerana ia tidak mencukupi salah satu syarat wajib zakat iaitu syarat milik sempurna. Syarat milik sempurna tidak wujud kerana pencarum terikat dengan akta KWSP yg tidak membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan, melainkan dalam keadaan tertentu melalui skim yg disediakan oleh KWSP.
Namun, apabila wang KWSP layak sahaja dikeluarkan, maka syarat milik sempurna wujud dan pengeluaran tersebut menjadi wajib untuk dizakatkan.
KWSP dikenakan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa.
Bagi pencarum yang mengeluarkan simpanan mereka sebelum umur 55 tahun, kaedah taksiran zakatnya perlu melihat kepada kewajipan zakat pendapatannya.
Kaedahnya sebagaimana berikut:
- Jika ia adalah pembayar zakat pendapatan.
Pengeluaran KWSP wajib dizakat walaupun jumlah pengeluaran kurang drpd nisab. - Jika ia bukan pembayar zakat pendapatan.
Jumlah pengeluaran zakat KWSP perlu dicampurkan dengan jumlah pendapatannya untuk dinilai samada melebihi nisab atau tidak.
i. Jika melebihi nisab, ia wajib dizakat.
ii. Jika tidak melebihi nisab, zakat tidak wajib dikeluarkan.
Info tambahan:
Apa itu Nisab? Zakat perlu dikeluarkan apabila cukup nisab. Nisab adalah jumlah atau kadar minimum sesuatu harta/pendapatan yang kita miliki, yang mana wajib dikeluarkan zakat keatasnya.
Nisab zakat harta bersandarkan 85 gram emas. Kadar bayaran zakat harta ialah 2.5% daripada jumlah pendapatan kasar atau pendapatan bersih.
JENIS ZAKAT KWSP
Terdapat dua pandangan berkenaan zakat bagi KWSP.
A. Sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna):
2.5% dari jumlah pengeluaran KWSP adalah jumlah wajib zakat.Jumlah pengeluaran tidak mengira samada mencapai nisab.Jika jumlah pengeluaran KWSP dibawah nisab, hendaklah dicampurkan bersama pendapatan lain
B. Setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna):
2.5% atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan. Dengan itu,tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP.
DALIL KEWAJIPAN PEMBAYARAN ZAKAT
JADI BETUL KE DUIT KWSP PERLU ZAKAT?
Ya, wang simpanan KWSP yang telah dikeluarkan wajib dizakatkan jika cukup syarat-syaratnya. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang menghadapi masalah kewangan dlm situasi wabak COVID-19 seperti hilang pendapatan, dibuang kerja dan seumpamanya, dan perlu menggunakan wang pengeluaran tersebut utk menampung keperluan hidup, ia terlepas dr zakat.
Namun, jika pengeluaran dibuat dlm keadaan bukan terdesak, kewajipan zakat adalah tertakluk sebagaimana dlm perkara 1 dan 2 di atas.
Kalkulator ZAKAT KWSP: https://www.zakatselangor.com.my/zakat-kwsp/
“Membayar zakat kewajipan umat Islam”
Jadi, bagi pengeluar KWSP, bersama-samalah kita membayar zakat untuk menunaikan kewajipan kita sebagai umat Islam. Zakat mampu mendekatkan jurang antara yang kaya dan yang miskin. Bagi yang masih kurang jelas, boleh dapatkan info di: https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/zakat-kwsp/
Baca: Kebaikan Minyak Kelapa Dara
Website : Lembaga Zakat Selangor
Facebook : Lembaga Zakat Selangor
Instagram : @zakatselangor
Twitter : Zakat Selangor
Youtube : Zakat Selangor TV
Comments
Banyak cara nak berzakat kan… Jom berzakat…
Pingback: CARA GANTUNG POKOK & KAKTUS DENGAN RAK DAISO - Ann Noura