Menu

Farm in the City, Seri Kembangan: Best ke Tak Best?

4 Comments


Selamat Hari Malaysia! Bersempena cuti ni, Ann diberi peluang mengikuti Family Day Out Kelab Blogger Ben Ashaari di Farm in the City!

Ramai² bloggers terjah sini.. Hehe

Farm in the City

Juga dikenali sebagai petting zoo, bagi mereka yang duduk di sekitar KL/Selangor, sure tau kan lokasi Farm in the City hanyalah di Seri Kembangan. Ha memang betul² ladang dalam bandar lah kan?

Farm in the City

Nak tau best tak best? Jom terjah!

Animal Lovers Sure Happy

Bagi animal lovers, yang suka nak pegang haiwan-haiwan ni, Farm in the City memang sesuai buat korang. Bukan budak² je tau yang enjoy.. Ann yang dah besor panjang ni pun happy je duk mengusap.

Farm in the City

Racoon.. Eee rasa nak bawak balikk je tau.. Semua duk menghulur je tangan nak capai makanan..

Antara gelagat comel racoon kat sini.. Terhibur hati haha…

Farm in the City

Cuak kena capai kepala.. Haha tapi takdelahh. Kuku dia takk tajamm punn

Skunk.. Skunk kan femes dengan kentut busuk bila rasa terancam. Tapi kat sini tak buat pun gitu pasal dah biasa dengan manusia..

Animal lover sangat kan.. Nahh ni expectation vs reality sebenar.. Hahaha

Farm in the City

Selama ni selalu tengok merak kaler-kaler kan..

Merak putih.. Uish dia punya gaya berjalan tu bongkak betul! Geram tengok. Taulah cantik..

Awuuuu.. Kenyit mata kat iteww ketteww..

Farm in the City

Acah² nak selfie je, sekali I got a kiss from Price Alpaca!

Farm in the City

Hahaha berderau kejap darah.. Ramai² bersorak time tu pasal Ann kena kiss. Rasa tauu gigi dia kat pipi! Punyalah manjanya sebab dah biasa dengan orang kan.. Harap² tak termimpi-mimpi lah Prince Alpaca lepas ni hahaha

I’m gonna get you Mr Fishy!

Pelik tak nama? So ada apa dengan Longkang fishing?

Boleh cuba tangkap ikan guppy kat sini.. Budak² enjoy betul.

Farm in the City

Kan sini Ann lebih kepada melihat sambil main-main dengan rabbit kat belakang tu.. Ann dah puas dah masa kecik² memang selalu tangkap dah kat longkang rumah. Karang Ann start sauk situ nangis pulak budak² takde ikan dah tinggal… Hehehe

Comel kan?

Prairie dog.. Nama je dog, tapi sebenarnya sejenis tikus.. Ann dulu pernah hampir² bela tau hehe.. Comel tapi dia suka hidup berkumpulan so sebabtu Ann cancel niat nak bela dulu.. Tak larat mak nak bela banyak²

Farm in the City

Marmoset.. Helok je ha duk atas bahu tak gerak²

Swan.. Paling anggun.. Hehe

Farm in the City

Antara haiwan lain lagi yang ada..

Farm in the City

Farm in the City

Terlalu banyak haiwan dekat sini, tapi tulah sebab Ann seghonok sangat duk main, banyak juga haiwan yang Ann terlupa nak snap gambar² ni..

Harga Tiket

Best kan? Kalau tengok pun best, apa lagi kalau merasa sendiri..kat bawah ni Ann sediakan list harga:


Tiket Biasa:
Dewasa: RM58
Kanak-kanak / Warga Emas: RM48


Diskaun MYKAD:

Dewasa: RM39 sahaja
Kanak-kanak (bawah 11 tahun) / Warga Emas (atas 60 tahun) : RM32 sahaja

**Kanak-kanak di bawah ketinggian 90cm adalah percuma.


Selain tu, ada juga harga package:

Family Package (MyKad Promotion) – RM132 nett termasuk:

  • Tiket 2 Dewasa + 2 Kanak-kanak
  • 2 box Animal Feed
  • 2 unit souvenirs Farm In The City
  • 2 keping “Buy 1 Adult Free 1 Child” KL Tower Mini Zoo Vouchers
  • 2 sijil kehadiran untuk Kanak-kanak
  • Beg Kitar Semula Edisi Istimewa
  • RM 5.00 Discount Voucher bagi pembelian RM30.00 di Happy Farm Souvenir Shop
  • RM 10.00 Food Discount Voucher bagi Family Set Meals di Kampung Style Restaurant

Kemudahan

Bagi yang muslim, tak perlu risau, di sini terdapat kemudahan surau lelaki dan perempuan (berasingan). Tandas pun banyak, yang penting asing-asing juga antara lelaki dan perempuan.

Kot la kan ada yang acah² geli nak pegang haiwan² kat sini, tak perlu risau juga, sebab bersepah kemudahan sinki untuk membasuh tangan. Sabun dia pun piauu pekat likat takde campur air.. Hehe..

Info Tambahan

Apa² pun, Ann truly recommend korang untuk datang ke sini. Bukan anak² je tau terhibur, makpak pun 2 x 5 je nanti.. Bagi yang ingin datang, Farm in the City beralamat di:

Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.farminthecity.my.

Tags: , , , ,

4 thoughts on “Farm in the City, Seri Kembangan: Best ke Tak Best?”

  1. comelkan haiwan2 yang ada kat situ…hihihi

  2. mas saari says:

    Amboi kemain dia kena kiss, hehehee!

  3. Mariana says:

    Terserlah kehappy an kat gambar hehe. Memang best fitc. Confirm akan datang lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

%d bloggers like this: