Siapa kat sini suka makan Kerabu Mangga? Kita geng! Kalau ada yang tercari-cari Resepi Kerabu Mangga, korang dah jumpa blog yang betul.
Yelah nak beli mahal juga kan? Dah alang-alang pauh tu ada kat rumah, apalagi?
Resepi Kerabu Mangga yang mudah ni akan menghasilkan rasa yang sedap, masam ala-ala Thai gitu, ditambah dengan rasa bunga kantan dan serai, memang tiptop! Btw, ni hasil ciptaan Ann sendiri, lepas meng-google tapi jumpa macam-macam sangat resepi. Pening kepala, so kita campak-campak jelerr.. So, let’s start!
“enaknyaa kerabu mangga!”
Resepi Kerabu Mangga Tiptop
Bahan-bahan:
- 3 biji Mangga Epal / Pauh Muda (diparut memanjang)
- 1 batang Bunga Kantan (dimayang)
- 1 ulas Bawang Besar (dimayang)
- 1 biji Lada Hidup (dipotong kecil)
- 1 batang Serai (dimayang & dicelur)
- 1 biji Tomato (dipotong kecil)
- 2 sb Kerisik
- ¼ sk Sos Ikan
- 2 sk Gula
- ½ sk Garam
- 2 biji Limau Kasturi
Cara-cara :
Caranya sangat mudah, hanya campurkan kesemua bahan kecuali tomato dan limau kasturi. Gaul sehingga rata. Terakhir barulah campurkan tomato dan limau kasturi. Gaulkan sedikit dan sedia untuk dihidang!
Kalau mahu, boleh juga tambahkan sedikit kacang tanah yang sudah ditumbuk/blend kasar.
Tempoh masa penyediaan adalah lebih kurang 20 minit sahaja. Hidangan ini sesuai untuk 3-4 orang makan. Resepi ni sangat sedap bila dimakan dengan nasi masa panas-panas. Cubalah, mesti tak menyesal.
Sebarang info, boleh check it out di Instagram Ann,
Instagram: annnoura
Atau untuk review sebarang produk, boleh email ke annnoura@gmail.com
Semoga berjaya masak menggunakan resepi kerabu mangga mudah dan sedap ni!
Baca: Tips Ujian JPJ Kereta
Comments
Pingback: Resepi Sup Ayam Thai Pedas Pekat dan Sedap! - Ann Noura
Sedap nampak kerabu mangga tu.
jiwaSihat recently posted…7 Makanan Untuk Mencegah Kanser Prostat