Aku dan Mome

Sedar tak sedar, harini dah setahun Ann jadi penjaga a.k.a mak tak bertauliah kepada Mome. Ann pun wonder cemana lah Ann boleh tabah gila jaga Mome dalam setahun ni. Apa yang Ann boleh cakap, Mome ni si nakal dengan split identity masa kecik-kecik dulu. 15 saat manja, lepastu selamba je gigit, cakar sampai berdarah-darah kita. Tengah solat, dia gonggong jari telunjuk masa duduk tahiyyat, gigit jari kaki..Cuma kesabaran yang tinggi je peneman jiwa. Dan kesabaran tu ada ganjaran yang sangat berharga bagi Ann.

Tapi sebelum tu Ann nak cerita in detail lah sejarah Ann bela Mome. Entry ni Ann nak buat sebagai penghargaan Mome muncul dalan hidup Ann.

Sunyi

Setahun lepas, kiranya dah masuk lebih 2 tahun since Ikku, iguana yang Ann bela, mati. Ann bela iguana tau dulu, jangan main-main.. Iguana ni yang specialnya, muka je ganas, tapi dalam hati ada taman.. InsyaAllah one day nanti akan ada entry tentang Ikku. So masatu dah start rasa sunyi, kuat balik datang perasaan nak jaga something. Lagi pulak time tu duduk hostel, bilik sorang. Balik bilik nak bercerita dengan siapa kan? Cakap ngan dinding karang dia balas balik cuak pulak.. Sunyi tu kuat sangat.. Masatu dah start pikir-pikir apa lah binatang nak bela next. Ada 3 pilihan, burung hantu, slow loris atau kucing. Kucing sebenarnya pilihan terakhir sebab Ann lebih suka nak bela haiwan yang rare.. Tengah duk decide sambil usya harga burung hantu, satu hari tiba-tiba kakak ipar (SIL) Ann contact, tanya

“nak bela kucing tak?”

Ann pikir “macam tau-tau pulakk dia ni”. Haha yelah kan, masatu Ann ada cerita kat ada sorang je kawan Ann yang Ann nak start membela balik.

SIL Ann kata ada ibu kucing yang tinggalkan anak-anak dia dekat rumah jiran kepada auntie SIL Ann. Ada 5 ekor.

Ni antara gambar mome yang Ann dapat dari SIL. Senget2 kepala posing tu yang mahal haha cairr hati mak nakk!

First tengok gambar, terus jatuh hati kat Mome. Takut tu ada, sebab tau mak tak suka kucing. Tapi sebab kehendak tambah lagi perencah kedegilan, Ann decided utk ambil juga. Pulak tu, rezeki datang bergolek kan. Tak payah susah-susah nak keluar duit kena membeli pet baru pulak kan.

Kucing Kutip

Cabaran nak ambil pun tak mudah. Sebab rumah orang tu dekat Shah Alam. Ann pula takde transport. Kakak ipar offer nak tolong, tapi kesian pulak plus Ann sendiri dah tak sabar nak pegang sendiri anak kucing.. Hihi so Ann minta tolong Adam, kawan Ann yang memang duduk berdekatan area rumah orang tu. Thanks a lot Adam! Jasamu kukenang. Awak dah diiktiraf as bapak angkat Mome haha..

21 Ogos 2017

Tengahari esoknya lepas dah ambil Mome tu, kawan Ann datang hantar Mome.. Alahaiii secomel dalam gambar..

Masani Mome takut-takut lagi.. Nampak baikk je tapi garang. Maka, bermulalah journey hidup Ann menjaga Mome. Macam-macam kes tau. 4 bulan bela Mome dekat hostel sampai Ann kena buang hostel sebab kantoi bela kucing.

Nanti insyaAllah Ann cerita pasal kantoi ni.. Haha indirectly kena buang lah walaupun Ann yang sebenarnya decide nak keluar sebab taknak berpisah dengan Mome. Yelah, ingat diaorang nak kasi Ann bela lagi lepas dah kantoi tu?

Time kantoi.. Diorang tampal ni kat depan pintu bilik hahaha

Tapi nakal-nakal dia kuat menggigit lah itu ini, tak susah langsung jaga dia.. Bayangkan lah tetiap minggu duk bawak dia naik lrt, mrt, bus pegi balik hostel ke rumah.. Cabaran tak cabaran tu. Yelah, public transport mana boleh bawa binatang. Setiap kali tu berdoa je dia behave. Sepanjang 4 bulan tu pernahlah sekali or dua je dia buat perangai, menjerit-jerit dalam beg tu, siap gigih nak keluar. Tapi tu pun salah Ann sebab tak ‘prepare’ betul-betul untuk bawa dia travel.. Lepas dari tu belajar lah.

Cat in the bag.. Masani trial an error baru first day dapat Mome. Ada kotak buruk je so nak pegi masuk mall beli carrier untuk dia. Takkan nak tinggal dalam kereta lama-lama pulak kan?

At last, Ann tak guna beg khas ke or carrier utk cats pun. Dalam beg ni lah purse, make up dan segala barang. Sebab dia nampak lagi tenang duk kena kepit dari goleng-goleng dalam carrier. Dia punya rileks siap boleh tido tau.. Hihi

Lain dari tu, sepanjang bela dia tak pernah pun ‘spray’ merata, berak sesukahati (kecuali masa sakit) dan rosakkan harta benda kat rumah.

Masa kecik pun 3 hari pertama je litter train dia dalam sangkar. Lepastu pandai dah boleh bebas dalam bilik and still pergi kat pasir untuk membuang.

Ann selalu rasa Mome ni special.. Tahlah, maybe sebab bonding kuat sgt kot.
Tp a friend of mine pernah cakap

“kucing semua sama je. Binatang cuma ada naluri, tapi dia boleh rasa kasih sayang. Apa yang membuatkan Mome special tu bukan Mome , tapi awak sendiri.”

Wow, terkesima kejap. Yelah kan, ni first pengalaman Ann bela kucing.. Taktau pun kucing ni macam mana.. Sampai duk pelik hari-hari fikir kenapa kuku kaki belakang dia berbulan-bulan lepas potong tapi tak tajam-tajam. Haha..

Dari kecik kan, Ann memang tau mak tak suka kucing, so menang dulu-dulu tak berpeluang lah nak jaga. Yelah sebab tak suka lah kencing berak merata, tapi sebab anak Mak ni degil kan. Mak tak suka kucing mengendeng-ngendeng, but thankfully Mome memang bukan jenis menggesel. Kadang2 jela bila datang perangai manja acah tak cukup kasih sayang dia tu.. tu pun mak dah bising terangkat-angkat lah kaki..Pantang tengok ada Mak atau Ann dekat dapur, mesti ada Mome.. Temankan kita masak.. Dia punya melingkar, bersepah-sepah.. Berapa kali terpijak tu takpayah cerita lah. Buatnya, dia menjerit, kita pun menjerit.

Lama-lama Mak pun sayang Mome jugak.. Yelah Mome tu pun haa pandai sangat ambil hati.. Haha “indirect love” lah senang cerita. Takpun hlovate or love-hate relationship. Haha tulah, kalau Ann takde rumah few days sebab masuk hutan ke, mak Ann yang jagakan tau. Kasi makan, tambah air etc. Lepastu bila Ann balik macam2 la mak cerita kenakalan Mome tu.. Excited je dia bercerita..

Tapi Mome..

Erm.. Taktau kenapa, baru-baru ni Mak kerap tegur bulu Mome.. Dah kusam.. Warna pudar.. Tapi taknak fikir apa sebab yelah, kucing pun membesar.. Nak bandingkan dengan masa kecik, jauh sekali. Lingkaran hitam berbentuk V atas kepala kau pun kian pudar.

Makin Sihat & Manja

Beberapa hari tu, semua orang tegur kau sihat.. “gemuk Mome sekarang..” Mak yang baru balik rumah lepas 1½ bulan “dipinjam” anak2, pun tegur benda yang sama. Mak happy cerita masa mak balik beberapa hari sebelum tu, Mome datang dari mana ceruk, “sambut” kepulangan mak.. Tak datang dekat, cukup menunjukkan kewujudan..

Petang tanggal 12 Ogos tu juga abang datang ke rumah, cerita betapa manjanya kau sewaktu dia singgah ke rumah tempoh hari.. Sampai tidur atas dia macam kau selalu buat dekat aku.. Rutin harian kau, mengeow, datang panjat di dada, tonyoh muka kau ke muka aku minta dibelai. Lepastu baru kau akan pejamkan mata..

“Apa2 pun, to Mome, i had love u unconditionally, and i will love u still forever. Thanks for being here with me for the whole one year. Hope there are years to come to explore together. Love you.

Sincerely,
Ann”

– ayat yang aku patut sampaikan pada kau pada tarikh harini..

Tapi.. ALLAH lebih sayang kau.

Kau Pergi

Tanggal 12 Ogos 2018, kau pergi selamanya membawa 1001 kenangan. Kenakalan kau, manja kau sentiasa aku rindukan.
Semoga kau bawak aku ke syurga, Mome.. Maafkan andai kau tak dijaga dengan baik.. Aku dah cuba yang terbaik, tapi Allah lebih sayang kau.

Betapa aku rindukan kau Mome. Rindu kau bangun kejutkn aku dikala subuh. Mendayu-dayunya suara kau minta aku bukakan pintu bilik untuk kau capai makanan dan air. .. Aku rindu segala-galanya tentang kau. Aku bersyukur, hari terakhir kau, aku sempat bermain dengan kau petang itu.. Kau gigit-gigit jari jemari aku, tak ada sikit pun perasaan marah aku pada kau.. Cuma mampu mengaduh sakit.. Aku peluk kau, aku cium kau.. Aku sempat…

Hampir maghrib itu, aku bersihkan telinga kau.. Baru bercerita tentang earmites yg tak berputus asa kembali ke ‘sarangnya’ walaupun dah diberi ubat. Kau tak suka aku bersihkan, kau lari keluar bilik.. Aku yang tak menjangka apa, biarkan kau keluar. Kupanggil, kau menyahut, tapi jauh. Aku intai kau di bilik abang, kau tak ada.. Tak apalah..

Tak sangka, tu kali terakhir aku pegang kau dalam kau sihat.. Hampir jam 10 malam, abg menjerit panggil aku untuk tengok kau. Mulut kau berbuih Mome. Dihadapan pintu bilik aku. Pada aku, itu perkara biasa. Mungkin kau tersalah makan benda yang kau tak suka. Kau ingat kan kau pernah kutip kerepek keras lepastu kau berbuih seperti ni masa kau kecik dulu? Masa kau sakit beberapa bulan lalu, aku suapkan kau ubat pun kau keluarkan buih yang sama? Tapi aku silap.. Maafkan aku Mome memandang ringan kesakitan kau. Maafkan aku..

Kau mula lari bawah katil.. Kau masih keluarkan buih2 lagi.. Kau meneran sampai terkeluar najis dr dubur kau..

Aku ambil kau.. Aku letak kau di tempat kering di dalam tandas.. Aku jerang air untuk aku mandikan kau.. Masih, fikir kau termakan benda biasa.

Aku cari tuala kau di luar bilik.. Tinggalkan kau sebentar.. Tahu-tahu kau keluar dari tandas cuba untuk ikut aku.. Kata mak sepatah “awak keluar bilik air tu, dia pun keluar nak ikut awak” Ya Allah, sungguh aku sayang kau Mome.. Kau mampu ikut aku separuh jalan.. Kau terlungkup di pertengahan jalan..

Aku ambil kau.. Aku mandikan kau.. Kerasnya hati aku waktu dan ketika tu.. Lebih risaukan najis kau merata-rata kalau dibiarkan. Kau duduk diam walaupun kau berbunyi..
Aku angkat kau, kau cakar-cakar tangan dan badan aku.. Maafkan aku Mome kerna aku tak faham kesakitan kau.. Aku lap badan kau, aku keringkan.. Kau mula cuba lari bersembunyi.. Tapi.. Kaki belakang kau seolah2 tak berfungsi. Kau lemah Mome.. Aku berzikir di telinga kau.. Kau tenang seketika.. Aku berikan kau air zam-zam yang mak dah bacakan Fatihah saat sebelum.. Kau minum sedikit, lebih kepada menolak.. Cuba memahami kau.. Aku letakkan kau di tepi.. Cuba menyamai kalau kau mahu bersembunyi.. Aku minta Mak pasangkan ayat Al Quran.. Dengan harapan kau tenang.. Sekejap sangat..

Tiba-tiba kau kekejangan. Seizure attack. Seluruh badan kau menegang, mata kau menyentap ke atas.. Mak yang baru keluar dari bilik datang kembali.. Mak terkedu. Aku hanya mampu menangis. Maafkan aku Mome tak berdaya.. Kata Mak “kenapa macamni.. Mak baru cakap dengan abang minta bawak dia ke klinik.. Abang kata ok..” tapi, nyawa kau masih dikandung badan Mome.. Kau beri aku harapan. Aku bergegas dengan bantuan abang bawa kau ke klinik. Aku balut kau dengan tuala bersih yang aku selalu guna selepas mandi.. Aku peluk kau Mome.. Sepanjang perjalanan.. Aku zikirkan untuk kau.. Sepanjang Perjalanan tu juga kau kerap kekejangan.. Beberapa saat sekali.. Mata kau tersentap-sentap ke atas.. Dalam beberapa kali kau menyentap, kau cakar sekali muka aku. Aku rela Mome andai cakaran kau mampu mengurangkan keperitan. Tuhan sahaja tau apa aku rasa waktu tu Mome.. Tapi Tuhan sahaja juga yang tahu betapa sakitnya kau.. Aku masih berharap kau dapat diselamatkan.. Perjalanan kurang 20 minit tu kurasakan umpama berjam-jam untuk tiba.

Akhirnya, aku buka pintu kereta meluru ke pintu masuk klinik.. Aku letakkan kau yang terkejang.. “sorry ya ma’am, you just wait ya ma’am..” kata Doktor yang ambil kau.. Doktor kata lagi “you wait ya.. You go and register first”. Aku akur. Aku keluar dan isi kad kecil yang diberi padaku. Aku dimaklumkan yang konsultasi sahaja bernilai RM 150. Aku ok kan sahaja, pada aku, nilai nyawa kau lebih tinggi.

“boleh minta ic?” aku pergi ke kereta di hadapan klinik untuk mengambil beg yang aku tinggalkan waktu aku bergegas bawa kau. Aku masuk shj, belum sempat aku menghulur ic, Doktor wanita India tadi keluar..

“ma’am.. Im sorry ya ma’am.. I want to inform you that your cat just passed away..”

Mome.. Sungguh aku rindu kau.. Hanya air mata peneman aku ketika itu, dan ketika aku menulis bait2 ini.. Tak aku sangka, hari 21 Ogos yang aku nantikan, tiba tanpa kau disisi..

Kau disempurnakan pada jam 11 pagi keesokan hari.. Kurang lebih 12jam dari masa pemergian kau.. Abang dan kakak ipar bersungguh-sungguh mahu datang dan membantu dalam menyempurnakan kau Mome. Jasa terakhir.. Betapa kau disayangi..

Mujur, aku bersyukur orang-orang yang menyayangi kau sempat berjumpa kau pada hari2 terakhir. Mak, sempat beri kau air zam-zam yang dibacakan Alfatihah dan selawat. Sama-sama aku menjaga kau disaat nyawa terakhir kau. Abang seorang lagi membantu aku membawa kau ke klinik. Hinggakan abang kata, “kau duduk kat belakang pun takpe..” Waktu jasad kau aku bawa pulang dari klinik. Memberi aku masa sendiri untuk aku bersama kau di bahagian tempat duduk belakang kereta..

Kakak² yang lain juga sempat berjumpa kau beberapa hari sebelum, Alhamdulillah Mome.. Tak ada yang terkilan.. Sempat juga kubelai kucium kau di masa kau gembira.

Ramai yang terasa kehilangan dengan pemergian kau.. Lebih² lagi yang selalu melihat insta story aku, sentiasa mengikuti perkembangan kau. Walaupun mereka tak pernah kenal kau.. Perangai kau yg sebati dengan jiwa aku.. Kau terkenal di hati mereka yang telah kau sentuh.

Terima kasih kepada semua yang turun berkongsi kedukaan.. Kepada yang sentiasa bersama aku, memberi kekuatan sepanjang sakitnya Mome, tak lepas memberi kata-kata semangat. Terima kasih. Kau tahu kau siapa.

Terakhir, terima kasih Allah Kau pinjamkan dia pada aku sepanjang 356 hari.. Dalam tak sangka, detik tarikh 21 Ogos yang sepatutnya dipahat setahun perkongsian kita, berakhir pada 12 Ogos. Sedih aku, gembira aku ada dia. Maafkan aku andai kau tak gembira sepanjang masa kau dengan aku. Tenanglah kau disana. Syurga tempatmu. Moga kau tunggu aku.

Mome
Dalam jagaanku,
21082017-12082018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge