Cara-cara mencari part-time job

Assalamualaikum guys! Antara soalan yang kerap Ann terima, “you selalu buat part time, macam mana you jumpa ek?” yelah, orang tengok Ann macam senang je kejap buat part time itu, kejap ini.. Hehe the struggle behind the scene tu orang taktau.. haaa ni nak share pasal Cara-cara mencari part-time job

Actually lah kan, nak kata susah sangat nak cari tu tak ada lah.. Apa je part time job yang Ann tak buat, jadi cleaner pun pernah. Cuci jamban opis sampai 6 bijik dalam 4 jam.. Hehe hadap lah.. Bagi Ann, Ann ok untuk buat. Almaklum, as student yang takde pendapatan, nak demand takat mana sangat kan. As long as halal, Ann buat je. Masa sekarang lah pun nak ‘nikmati’ rasa susah tu. Nanti bila dah keje elok-elok, pakai smart-smart, for sure tak pandang dah kerja macamni.. So elok lah kita start dari bawah kan, tak gitu?

Ok, back on track, selain job-job review yang Ann terima as blogger, yang mana blogging pun merupakan part time job Ann juga, Ann ada buat few cara untuk dapatkan part time job. Part time job yang biasa Ann cari tu bukan yang tetap macam kerja kat Kenny Roger’s ke, Secret Recipe ke, tapi jenis yang pakai orang sehari dua macam tu. Ann tak ambil yang long term sebab tau terikat dengan study, tapi still nak dapatkan duit.

Dibawah antara cara-caranya:

1. Twitter: @parttimeKL

Ha, kat sini mostly orang search untuk short term part time job.

Macam-macam job yang ditawarkan. Taklah semua dijamin sahih dan selamat, cuma bila pm tu try lah riki2 nama company etc. Pastu pandai2 lah buat research sendiri.

2. Google “Part time job in XXX 201Y”.

XXX tu merujuk kepada negeri, cth kuala lumpur, selangor, kalau nak lagi specific go for shah alam, cheras etc. Atau blh guna any keyword yang lain-lain juga cthnya “data entry/cleaner/etc part time job in XXX 201Y.

Ataupun juga penambahan perkataan “weekend” Cara ni lebih meluas berbanding dengan penggunaan socmed yang khusus. Scope of search tu lebih besar, dan cara ni perlu lah hati-hati sebab risau tertipu dengan fraud etc. Make sure base untuk research tu strong lah. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji bayaran yang super tinggi.

3. www.majalah.com

Cara-cara mencari part-time job

Haa yang ni pun ok. Ann dapat few jugak lah job dari iklan-iklan dalam ni. Korang boleh kecikkn skop korang kepada jenis-jenis pekerjaan.. Kena pandai carilah. Kalau nak kerja full time pun banyak ditawarkan di majalah.com.

4. Instagram: Mood Republik

Ha, yang ni memang feberet job Ann menjelang hari raya atau hujung tahun bersempena Year End Sales (YES). Kalau yang taktau, senang cerita Mood Republik tu festival muslimin muslimah besar besaran gitu ha.. Event ni tak lah tertakluk pada pakaian je, tapi semua ada, contohnya produk kecantikan/kosmetik, produk untuk kulit, makanan minuman, contact lenses, dan even phone case pun ada. All in one lah biasanya. So vendors yang terlibat biasanya memerlukan part timers.

Gambar kenangan pengalaman Ann bekerja sebagai part timer di booth di event Mood Republik..

So korang boleh la cari dekat ruangan komen. Biasanya vendors akan komen “part timer diperlukan. Sila dm”. Macamtu lah lebih kurang..

Kalau kat Mood Republik ni selalunya Ann ‘demand‘ sikit.. Mungkin sebab yakin dengan capability sendiri. Bukan nak berlagak, rezeki tu tetap rezeki kan. Kalau Allah dah tetapkan rezeki tu tak/belum ada untuk korang jual barang tu, tak akan ada jugak. Cuma kita sendiri tau tahap mana effort yang kita letak bila buat sales ni.. As long as korang sanggup bagi 200% of yourself, you deserve to demand. Yelah, Ann bagitau awal-awal, kerja time Mood Republik ni honestly speak penat gila! Yelah 10-13jam berdiri buat sales, panggil orang masuk booth. Nak layan customer yang tak putus-putus masuk lagi.. Kalau jual baju, sorang nak test, sorang nak stok baru, sorang nak bayar.. Haha ada masa-masa tu tak menang tangan tau..

Tapi kan, Ann lagi susah hati kalau orang ramai, tapi booth yang korang jaga tu orang takmau masuk pun.. Elok lalu je depan tu.. Paling hebat pun pandang je pastu berlalu tanpa perasaan. Haha.. Makanya berpusinglah korang dalam event tu angkut product jerit-jerit supaya orang perasan kita jual barang tu (effort sendiri) .. Siap angkat signboard besar-besar kasi orang sampai juling tengok ha (effort sendiri juga).. Tp tulah satisfaction sebenarnya. Korang sendiri boleh justify effort korang. Apa yang Ann selalu set dalam mind bila buat sales, anggap produk tu produk korang. Kalau produk sendiri mesti korang nak dia laku kan?

Ok, habis sesi brainwash, kita masuk part apa yang korang boleh demand. Commission, on top of daily salary. Ada certain tu korang yang letak sendiri berapa nilai korang nak dibayar. Yang penting korang kena confident dengan diri sendiri, kalau tak cemana orang nak yakin ngan korang, betul tak? Tapi jangan lah pulak confident je lebih, tapi effort kelaut! Selain tu blh demand tempat penginapan juga. Macam Ann kerja kali ke 2 dengan vendor di Mood Republik, Ann sendiri letak berapa Ann nak dibayar (sehari) dalam masa yang sama Ann minta hotel sekali untuk menginap (ditanggung) sebab Ann minta shif malam (9pm-9am). So siang tu memang tak larat lah nak naik public transport balik rumah pulak (Ann tak ada transport sendiri). Masatu company yang Ann jadi part time tu first time join event besar, even tak salah Ann first time pun buka booth. So, walaupun Ann demand sampai macamtu, honestly speak ngan korang, 98% dari total sales dekat event tu Ann yang buat. Siap ada yang approach Ann lagi minta nak beli banyak-banyak sebab dia nak buat jual di Brunei. Lepas dari event pun owner cari lagi Ann nak tawarkan buat part time lagi untuk event yang lain.. Serious tak tipu. Alhamdulillah, semua ni atas effort yang Ann letak and of course, bantuan dari Allah berkat doa mak and adik beradik yang lain..

So, hopefully post ni dan pengalaman Ann sedikit sebanyak membantulah bagi yang betul-betul clueless tu.. Aa-apa pun, permintaan Ann pada semua, berhati-hati ya. Tolong jangan mudah tertipu dgn tawaran-tawaran bayaran “istimewa”. Make sure buat research tentang company tu dulu. Buatnya kang kena jual kat Siam, siapa yang naya ha.. Lagi satu, make sure jugak janganlah korang diperhambakan pulak masa keje tu. Dahlah bayar ciput, guna korang macam bayar beratus-ratus. Make sure tau nilai korang. Tapi kalau korang jenis yang nak duit tapi datang tapi nak tido ke, main fon je ke, better balik lah. Menung je sambil cucuk tanah. Mana tau kan tengah cucuk tu keluar duit ke kan.. And lastly niat tu jangan lupa, mencari rezeki LillahiTa’ala.. Pada Ann, kita usaha je, yang lain berbalik pd rezeki dari Allah. Btw, semoga semua urusan korang dipermudahkan ya! ❤️

Comments

  1. sofyehsan

    Hi Ann, boleh saya tahu macam mana awak apply kerja? Maksudnya nk apply tu mcm mana. Ha boleh share?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge