Cuba ingat balik masa kita ada interview untuk pekerjaan, mesti nervous kan? Jadinya, ayat berterabur, soalan ke mana, jawapan pun kelaut. Padahal dah puas prepare 7 hari 7 malam tak tidur kan.. Belum lagi sentuh bab pemilihan pemakaian yang salah tu.. Datang interview pakai selipar Crocs. Elok pulak baru basuh kaki lepas keluar jamban. Memang major failure lah, kan?!
Bukan je masa interview, kalau berkenalan dengan orang baru, pernah tak kita rasa “eeeeii cannot goo lah dengan minah ni”. Tu tandanya orang tu gagal memberikan first impression yang baik terhadap kita! Kalau next time terserempak lagi dengan orang yang sama, mesti tak cukup tanah kita lari dari orang tu sebab first impression yang tak elok tu dah lekat! So, penting ke tak first impression ni?
Bengkel Personaliti bersama Puan Azie Sam
Alhamdulillah, Sabtu lepas Ann diberi kesempatan mengikuti bengkel kecantikan yang bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic), Kuala Lumpur. Btw, nak ke MaTic ni senang je, kalau naik public transport, turun di monorel Bukit Nanas, jalan je dalam 5 minit, wallaa dah sampai! Parking lot pun banyak untuk yg berkereta..
Terima kasih kepada pihak MaTic atas tajaan bilik yg selesa dan luas ni..
So, berbalik pada bengkel personaliti bersama Puan Azie, yang lebih mesra dipanggil Kak Azie. Antara topik-topik yang dikupas:
1) Wow first Impression
2) Create Your Own Personality Style
3) Colors Make Your Soul
4) Mix and Match Outfit
1) Wow First Impression
Ada yang wonder tak, kenapa first impression ni penting? Sebenarnya, first impression lah yang akan menentukan pandangan orang terhadap kita untuk jangka masa panjang, sebab itulah caranya orang akan ingat kita. Antaranya; penampilan yang menarik, paras rupa dengan tatacara yang sopan dah tentu-tentu je menarik perhatian semua orang.
Berikut antara tips for a good first impression:
Relax
Apa pun keadaan, relax! Tak kiralah depan tu CEO syarikat terkemuka ke, kawal gementar tu. Buang jauh-jauh feeling tu.
Look Clean
Mata manusia ni memang mudah tertarik pada yang cantik-cantik kan? Kadang tak perlu berhias melampau pun, cukuplah tampak kemas dan bersih. Kalau kita pun bercakap dengan orang, tapi tengok tudung dia ada minyak kari merecik-recik, mata ni dah lebih tertumpu pada minyak kari tu pulak kan?
A winning smile
Senyum! Senyum ya, bukan tersengih-sengih merata tak tentu pasal. Kajian menunjukkan orang lebih mudah mendekati orang yang mudah memberikan senyuman.
Smile, is the key that fits the lock of everybody’s heart – Anthony J D’Angelo
Body language
Dengan body language je orang dah boleh tau apa yang kita rasa atau fikir masatu. Even, cara berjabat tangan pun boleh menentukan siapa yang menguasai. So, pastikan diri tu nampak tegap dan jangan terlenggang-lenggok macam sotong pulak.
Be yourself
Kadang “be yourself” ni tak kena dengan cara. Yelah, diri sebenar dah memang gila-gila. Takkan baru kenal orang 5 minit dah nak terlolong kan? Fit in. Bagi Ann, the best words would be show the best of youself.
Ask more, say less
Ann nak tanya, boring tak kalau kita borak dengan orang tapi orang tu duk sibuk cerita pasal diri sendiri je? Gaji 50k sebulan lah, pakai kereta Mercedes sampai 5 bijik lah, rumah ada 10 buah. Padahal kita tak pernah tanya pun! Pertemuan pertama ni biasanya lebih kepada mengenali orang lain, daripada nak orang mengenali kita. Tapi kalau orang tanya tu, jawab lah kan..
So, nak diringkaskan, untuk create wow first impression ni adalah semudah ABC. Kenapa ABC?
A- APPEARANCE
B- BEHAVIOUR
C- COMMUNICATION
Jaga tiga ni, InsyaAllah orang akan ingat yang baik-baik je tentang kita, dalam masa yang sama meningkatkan wow factor dalam diri kita..
Puan Azie Sam..
Btw, kat bawah ni first impression orang tentang Ann.. Dalam aktiviti yang dibuat semasa di bengkel personaliti tempoh hari, Puan Azie meminta kami menampal kertas A4 kat belakang badan, lepastu suruh sesiapa dalam tu tulis apa first impression bila tengok kita.
Hehe pemalu? Awummm positifff sangatt..
2) Create Your Own Personality Style
Ni pula topik ke 2 dalam bengkel personaliti bersama Puan Azie Sam. Dalam topik ni, Ann diberikan questionnaire yang mana Ann kena menjawab 9 soalan dengan pilihan jawapan A-D tentang pemilihan pemakaian dan aksesori yang kita gemari.. Lepas jawab, Puan Azie minta utk kami bulatkan jawapan mana yang paling banyak, sama ada A, B, C atau D. Amazingly, Ann punya sama rata.. 3A, 3B dan 3D.. Ah sudah, berat nampak gaya ni..
Sebenarnya setiap jawapan pemilihan pakaian dan aksesori ni menggambarkan personaliti yang tersendiri:
A) Natural
Kebiasaannya, pilihan pemakaian orang yang berpersonaliti natural adalah:
- Ringkas
- Praktikal
- Selesa
Tak suka bersolek dan jarang-jarang lah nak tengok dia pakai aksesori. Kalau ada pun sangat minimum.
Kebiasaannya orang macam ni senang, ertikata lain sempoi je. Tak banyak kerenah dan bukan fashion addict lah senang cerita. Malas gosok baju haha.. Kalau baju tu suka pilih yang cotton² je.
Tapi awas ya! Gaya santai dan kasual ni kadang-kadang terbawak-bawak jugak ke office. Ada sesetengah orang tak kisah/cakna sangat hal-hal macamni, tapi kadang-kadang orang akan kata kita ni selekeh bila berpakaian tak kena pada tempatnya. Nanti orang boleh hilang tau keyakinanan pada kita sebab rasa kita ni tak berwibawa.
B) Romantic
Kebiasaannya, pilihan orang yang berpersonaliti romantic mestilah bercirikan:
- Feminine
- Lembut
- Sopan
Ruffles , renda , dan baldu haa tu memang pilihan hati lah tu. Favourite sangat. Warna pastel pun sama instead of warna cerah terang benderang tu.. Kalau tengok Datuk Siti Nurhaliza kan rasa sejukk je mata memandang kan.. Ha tulah contoh terbaik utk personaliti romantik ni.. Lebih menunjukkan ciri-ciri kewanitaan dan lebih nampak sopan/lemah lembut.
C) Classic
Ha, ni satu-satunya ciri yang tak ada dalam gaya pemakaian Ann.
Kebiasaannya, pilihan orang yang berpersonaliti romantic mestilah bercirikan:
- Elegan
- Kemas
- Berstruktur
- Ringkas
Ertikata lain, gaya mereka ni agak konservatif, tradisional, serius tetapi sangat elegan.
Senang cerita, kalau buka wardrobe diorang, haa berderet blouse kaler yang sama! Kalau kasut pun, ada 15, 15 lah pattern tu jugak. Brand je kot yang berbeza. Tapi jangan main-main tau. Orang yang klasik ni sangat elegan penampilannya. Kemas jee.
Kadang-kadang yang lemahnya bagi yang klasik ni, apa yang mereka pakai tu nampak boring. So cara terbaik, boleh padankan dengan aksesori ringkas seperti brooch, jam ataupun rantai mutiara. Sure memukau!
D) Dramatic
Hahaha bila sebut pun dah boleh agak kan? Ciri-ciri pemakaian si dramatis ni sangat on the opposite side of si romantik; lebih gemar menonjolkan diri dan menarik perhatian orang ramai.
Color block tu suka sangat lah. Sesuai dengan perwatakan mereka yang cukup berkeyakinan. Suka make up. Kalau nak keluar rumah tu rasa macam tak ada muka lah kalau tak make up dulu hahaha (pengalaman sendiri)
Tapi hati-hatilah, kadang ada majlis macam tak sesuai sangat over-over kan. So pandai² lah sesuaikan diri ok?
Ni lah keempat-empat personaliti berdasarkan cara pemakaian.. Habistu yang Ann dengan 3 personaliti, Natural, Romantic dan Dramatic ni cemana pulak? Ada split identity ke cemana tu?? Hahaha risau pulak hati ni..
Rupa-rupanya, Puan Azie kata, orang-orang yang banyak personaliti ni bagus.. Lebih kepada pandai menyesuaikan diri mengikut keadaan. Yelah, kalau nak bercakap dengan golongan atasan takkan lah sama macam kita borak dengan roomates kan? Lepastu kalau nak pegi majlis formal, takkan lah nak pakai selipar jamban pulak.. Orang-orang yang mempunyai personaliti berbeza ni disifatkan sebagai sesumpah ataupun Chameleons. Haa githeew kerlas kau jah! Lega hati mak nak.. So conclusion dia, tak kiralah korang ni sejak lahiriah jiwa raga dah berpersonaliti yang mana satu sekali pun, jangan statik je dan pandai-pandai sesuaikan diri mengikut TOP:
T- TIME
O- OCCASION
P- PLACE
3) Colors Make Your Soul
Ni pula topik ke 3 yang dikupas.. Sebenarnya, warna yang kita pakai sangat penting untuk menggambarkan diri kita. Antara warna dan maksudnya:
Cair – mudah berkawan didekati, muda, kurang berwibawa
Terang – aktif, bertenaga, positif
Pekat – berwibawa, matang, berkuasa, yakin
Kusam/pudar (pakaian lusuh) – letih, berumur, tidak penting
Jadi kalau kita bersukan, eloklah berpakaian yang berwarna terang, berjumpa kawan² mungkin sesuai dengan warna cair. Pakaian seragam anggota polis Malaysia kan warna yang pekat/gelap.. Sebab tulah bila kita nampak polis selalu rasa takut kan.. Terserlah kuasa dan wibawa tu. Hehe.. Jadi, kita sebagai rakyat marhaen ni, pastikan berpakaian yang bersesuaian dengan TOP seperti yang Ann kata tadi..
4) Mix and Match Outfit
Biasa tak, kalau kita mix and match pakaian, tiba2 hasil akhirnya rasa pelikk sangat. Konon2 nak color block, tapi ended up macam karpet kat bilik anak2 dah.. Tu lah pentingnya ilmu untuk matchingkn warna bila memilih pakaian.
Ni namanya color wheel..
Kat atas ni menunjukkan kategori warna. Bagaimana color wheel ni membantu mix and match anda?
Tengok pada wheel, category sama, bersebelahan, atau bertentangan adalah warna-warna yang bagus dipadankan.
Contoh, padanan warna kategori biru dengan tone berbeza sangat digalakkan dan selamat. Manakala, padanan warna bersebelahan seperti kuning dan hijau tu sangat bagus. Tak kiralah mana2 tone hijau atau kuning pun.
Pemilihan warna bertentangan seperti kuning dengan purple juga masih padanan yang menarik.
Tapi, kalau dah bagi tips pun masih susah juga nak buat pilihan, ni list warna yang ‘tak pernah salah’:
- Putih
- Hitam
- Kelabu
- Coklat
- Navy blue
Ha, pakailah ke mana-mana pun, padanan dengan mana-mana warna sekalipun, sure nampak elok je.
Selain tu, selalu tak bila kita sarung je baju pastu rasa “ehh kenapa hodohh sangat ni?” Padahal masa tengok patung pakai cantik molek je. Sebenarnya penting untuk kita tahu, pemilihan baju ni kena mengikut bentuk badan kita juga. Ada 5 klasifikasi bentuk badan bagi wanita..
Senang cerita, badan yang paling senang nak pakai apa-apa je adalah rectangle/banana dan hourglass. Kalau strawberry, tekankan lebih pada bahagian pinggang ke bawah. Kalau baju jenis peplum tu sesuai sangat lah.
Kalau pear pula sebaliknya dari strawberry. Pastikan anda mengelakkan memberi tumpuan pada bahagian pinggang ke bawah. Baju ropol di bahagian dada, extrakan pada tudung pun sangat membantu. Apple pulak elok lah mengenakan tali pinggang di bahagian luar untuk menampakkan shape..
Ni antara ilmu yang diajarkan oleh Puan Azie, dan banyak lagi lah tak tertulis semuanya. . Best kan?
Sekarang ni Ann rasa lagi kenal diri sendiri.. Keyakinan makin tinggi tau.. Tak caya, korang try buat test² utk personaliti ni.. Takpun nk senang, contact je puan Azie ni.. Hehe utk mengetahui lebih lanjut boleh hubungi Puan Azie di talian +6012-629 9393 atau boleh check instagram dan facebook Puan Azie sendiri.. Puan Azie ni memang juga perunding kecantikan tau.. Katanya, orang selalu tanya² beliau kalau padanan baju yang sesuai etc. Senang cerita memang pakar lah..
Baca: The Unboxing of Peek-A-Box
Ok guys, selamat mengenali diri sendiri and see you guys in the next entry! ♥️
Comments
Pingback: The Unboxing of Peek-A-Box - Ann Noura