Cara Penjagaan Sukulen/Kaktus Yang Betul Dengan Cuaca Malaysia

Cara Penjagaan Sukulen

CARA PENJAGAAN SUKULEN

Haa.. Ann tengok sejak belakangan ni macam musim pulak semua orang mula menjaga sukulen atau dalam bahasa Inggerisnya “succulent plants”.. Yelah, dengan rupa yang menarik, dan cara penjagaan sukulen yang mudah, dah tentu menjadi pilihan orang ramai kan?

APA ITU TUMBUHAN SUKULEN?

Ok, sebelum kita pergi jauh lagi tentang cara penjagaan sukulen, jom ketahui apa itu tumbuhan sukulen.

“Cantiknyaaa Tumbuhan Sukulen”

Cara Penjagaan Sukulen

Sukulen berasal dari perkataan latin, sucus yang bermaksud jus. Kerana cara penjagaan yang hampir sama, ramai yang menyangka sukulen adalah sama dengan kaktus. Tapi sbenarnya tidak, yang mana kaktus adalah tumbuhan yang berduri.

Sukulen adalah tumbuhan yang senang dijaga dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan kering seperti Afrika dan di gurun-gurun di Amerika Utara. Kerana ini, sukulen mampu menyimpan air pada daunnya sendiri. Kita ini sangatlah bernasib baik sebabnya dengan penjagaan yang baik, sukulen ni boleh hidup dengan elok di negara kita!

Selain dari penjagaannya yang mudah, sukulen juga boleh dijaga di dalam, mahupun di luar rumah yang menjadikannya pilihan ramai!


BAGAIMANA CARA PENJAGAAN SUKULEN YANG BETUL BAGI CUACA DI MALAYSIA?

So untuk entry kalini Ann nak share cara penjagaan sukulen yang betul.. Caranya hampir sama sahaja dengan kaktus..

  • 1. CAHAYA!

Cahaya sangat penting dalam penjagaan sukulen ni.. Ada jenis yang memerlukan cahaya terus, dan ada yang tidak perlukan cahaya terus, asalkan memadai.

  • 2. AIR!

Ok, bahagian ni yang paling bahaya sebenarnya. Sukulen tidak memerlukan air yang banyak seperti tumbuhan yang lain. Hanya spraykan sahaja sudah memadai.

Terlebih Air

Jika terlebih air, sukulen akan mula membusuk dan akhirnya mati. Pastikan tanah tidak basah dalam tempoh yang lama (berhari-hari). Hal ini juga akan menyebabkan sukulen membusuk. Bekas yang mempunyai lubang air adalah pilihan yang terbaik. Tidak salah jika menggunakan bekas mangkuk dan sebagainya (tiada lubang air), tapi perlulah dipastikan tanah dan akar tidak berendam di dalam air tersebut. Cara paling mudah adalah dengan meletakkan lapisan batu di bahagian bawah mangkuk, kemudian baru dilapisi dengan tanah.

Terkurang Air

Berbeza dengan keadaan jika air tidak mencukupi, sukulen akan kelihatan mengecut, bertukar menjadi kuning coklat, kering dan seterusnya gugur. Tumbesarannya juga akan terhenti.

Apa-apapun, yang paling penting, jangan sesekali menyiram air secara berlebihan pada sukulen anda. Seminggu sekali pun sudah mencukupi, dan perhatikan tumbesaran sukulen anda, jika dia menunjukkan tanda-tanda terkurang atau terlebih air, anda bolehlah ubah kekerapan menyiram sukulen anda.

  • 3. TANAH!

Tanah yang baik bagi sukulen mahupun kaktus adalah tanah yang tidak menyimpan air. Seperti yang Ann katakan tadi, sukulen tidak memerlukan air sebanyak tumbuhan biasa yang lain. Jadi pastikan anda menggunakan tanah yang sesuai untuk sukulen anda. Kebiasaanya, anda boleh cari di kedai tanaman, dan tanyakan mereka yang mana satu tanah yamg sesuai untuk kaktus.
Sukulen juga suka pada tanah yang sedikit berasid iaitu dalam kadaran pH 5.5-6.5.

Baca: Daiso Hack! DIY Tempat Penggantung Cactus dengan Barang Daiso!

  • 4. RUANG!

Ya, Ann juga salah seorang yang suka menanam sukulen dengan padat dalam satu pasu.. Yelah, dah tentu nampak cantik kan! Tapi, kekurangan menanam sukulen tanpa jarak adalah pada tumbesarannya.

Cara Penjagaan Sukulen

Seeloknya, berikan ruangan yang mencukupi supaya sukulen anda dapat membesar. Jika sukulen anda sudahpun membesar dan memenuhi ruangan pasu, nampaknya sudah tiba masanya untuk anda menukar pasu yang lebih besar!

Baca: iREHAB – Pusat Fisioterapi Terbaik di Subang Jaya! 

  • 5. BAJA / FERTILIZER!

Ya, baja juga amat penting bagi cara jagaan sukulen yang baik. Seelok-eloknya letakkan baja pada musim panas berbanding musim sejuk.

“Mudahnya cara penjagaan sukulen!”

BOLEH DILETAKKAN SATU PASU DENGAN KAKTUS

Ya, kebanyakan jenis sukulen boleh didekorasi dalam pasu yang sama dengan kaktus.. Ini kerana cara penjagaannya yang hampir menyamai antara satu sama lain..

Jadi, apa tunggu lagi? Jom sama-sama kita tanam tumbuhan comel ni! 💕

Rujukan:

A Guide to Growing and Caring for Succulents

Nak Tanam Sukulen? Hadam Info Ini Dahulu Kalau Tak Nak Pokok Mati

Comments

  1. fendi mazalan

    Saya selalu beli succulent ni untuk persembahan muzik saya.. saya guna succulent sebagai instrument utama dalam muzik saya .. tapi sayang.. selalu tak tahan lama… sebab saya tak tahu jaga pokok ni…

  2. Veronica Chiao En

    Thanks for sharing! To be honest, I am a cactus lover~ But you know la, some Chinese suspicious like having Cactus will break the harmony and so on. But some says it will help to defend evil people/evil spirit. Haha! But anyhow, thanks for sharing how to take care of Cactuses in Malaysia.

  3. Nadia Johari

    Ala seronoknya tengok poko-pokok ni..suka letak buat hias rumah tapi tu la, tangan ni jenis semua tumbuhan ank mati je..hahaa..siram dah siram dah, letak dekat cahaya matahari sikit, tapi entahla..

  4. Qiss

    Terima kasih atas tips berguna ni. Selalu bela kaktus cepat mati.huahaha lepas ni boleh guna tips kat atas tu. Harap-harap hidup lama la kaktus tu nanti.

  5. Slumberlady

    Ya Allah kenapa baru jumpa info ni. Hari pergi Floria kat Putrajaya beli 3 cactus lepas dua minggu mati dah satu. Buntu sebenarnya apa silap kami. Tapi info2 ni sangat bermakna. Lepas ni boleh jaga yang lagi dua dgn panduan ni. Terima kasih

  6. Slumberlady

    Kenapa baru jumpa info ni. Hari pergi Floria kat Putrajaya beli 3 cactus lepas dua minggu mati dah satu. Buntu sebenarnya apa silap kami. Tapi info2 ni sangat bermakna. Lepas ni boleh jaga yang lagi dua dgn panduan ni. Terima kasih

  7. mekyunie

    baru tahu yang skulen ni wujud. ingatkan semuanya kaktus. huuh. mek minat jugak masalahnya tak istiqamah dalam menjaganya. kalau boleh kat meja ofis nak letak ikan nak letak kaktus tapi malas nak jaga. hari rajin tkpelah. kalau kena hari malas mahu mati ikan tu.

  8. Pingback: CARA GANTUNG POKOK & KAKTUS DENGAN RAK DAISO - Ann Noura

  9. Ika

    Hi terima kaisih untuk info ini. Apa perlu saya buat jika saya dah tersiram lebih air? Tolong saya sedihnya kalau dia mati. Tapi sekarang masih lgi hidup tapi sy rasa saya terlebih siram. Tolong saya. Apa perlu buat?

    1. Post
      Author
      Ann Noura

      Hi, apa yang saya pernah cuba;

      Keluarkan succulent/kaktus dari tanah. Biarkan beberapa hari sampai nampak dia jadi ‘fresh sikit’. Tak pasti macam mana nak explain fresh, tapi kita boleh perasan. And jgn lupa buang daun2 dia yg dah jadi jelly / rosak / jadi kuning tu.

      Cara ni kadang-kadang jadi, kadang tak. Depends pada tahap dia dah rosak.

      Apa-apapun, kalau dia mati, anggap ni journey kita belajar tentang kaktus & succulents ya. Jangan putus asa cuba lagi. All the best & good luck!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge