Menu

IRehab: Pusat Fisioterapi Terbaik Di Subang Jaya

3 Comments


Ramai orang kita ni fikir, bila sakit je terus pergi urut, sakit je pergi urut.. Tak pernah langsung terlintas kewujudan fisioterapi kan?

Irehab Physiotherapy & Stroke Recovery

Di IRehab, mereka mengetengahkan masalah tulang belakang dan tengkuk yang mungkin disebabkan oleh bersukan dan sebagainya.

Selain itu, di sini juga terdapat pemulihan bagi pesakit strok, dan lumpuh yang berpunca dari kemalangan.

2 hari berturut Ann mengalami sakit belakang yang teruk, sehinggalah masuk hari ketiga.. Lagipun, ni bukan serangan pertama.. Yang pertama kali Ann kena pada tahun lepas, makan 2 minggu tau nak elok balik.. Bayangkan, 2 minggu jalan terbongkok-bongkok langsung tak boleh tegak badan.. Tak sanggup nak hadap dah..

Jadi Ann dapat suggestion untuk ke pusat fisioterapi, iRehab, yang terletak di SS17, Subang Jaya.

“Fisioterapi ni hanya untuk orang yang dah tak boleh berjalan”

Tulah yang kerap disumbat-sumbat dalam kepala otak Ann. Tapi, bila fikir balik, why not give it a try kan?

Bagi appointment yang pertama kali untuk pesakit sports injuries macam Ann, procedure akan dibahagikan kepada 3, iaitu:

  • 1. Assessment
  • 2. Treatment
  • 3. Traction

Assessment

Ok, masani dia akan tanyalah kita sakit dekat mana, semua tu lah.. So dari situ, dia akan evaluate and diagnose kita sakit apa..

“Selalu sakit dekat sini kan, selalu berjalan macamni kan, kalau berdiri selalu tak tegak, betul?”

Aduh.. Macam mana pulak Puan Atikah ni boleh tahu.. Haha jangan risau, dekat IRehab tak ada pun penggunaan jin, tapi mereka bercakap berdasarkan ilmu dan pengalaman. Puan Atikah ni dah ada pengalaman lebih 10 tahun tau dalam mengendalikan pesakit..

Tengok cara kita berjalan pun beliau dah boleh tau sakit disebabkan apa..Macam Ann sendiri, masalah sakit belakang berpunca daripada:

  • i. Otot terutamanya di bahagian hamstring (peha) yang tegang
  • ii. Lifestyle yang kurang elok

i. Otot Hamstring

” kalau you berlari ke, akan rasa burning sensation kan dekat peha kanan?”

Ye memang betul.. Memang rasa sakit sangat-sangat especially masa mula run tu.. So, bila bahagian hamstring (kaki) dah sakit dan tegang tu, mulalah tulang belakang bekerja keras nak ganti tugas hamstring tu.. Dari sinilah salah satu punca sakit belakang ni.

ii. Lifestyle

Cara berjalan dan cara berdiri yang salah. Ann memang jenis berdiri, beban letak kat satu kaki. Memang lah tak elok. Selain tu, pemakaian beg silang (yang berat) pun jadi punca ketakseimbangan pada badan.. So, secara tak langsung kaki jadi sakit dekat bahagian pergelangan juga.. One thing affects another..Tempurung lutut pun dah senget sebenarnya.. Tapi sebab tadi datang sebab dah sakit sangat belakang, so memang fokus pada spine lah..

2. Treatment

Ok, lepas dia dah assesss mana pin point yang sakit, Ann diberikan rawatan fisioterapi, termasuklah sport massage, point release dan joint mobilization.

3. Spinal Traction

Lepas habis sesi treatment, Ann dibawa ke satu bilik bagi sesi Spinal Traction. Spinal Traction ni berfungsi untuk melegakan sakit belakang ni.. Atau ertikata lain, melegakan tekanan pada tulang belakang..

Alhamdulillah, lepas session selama lebih kurang sejam ke sejam setengah, rasa ringan sangat badan.. Sakit belakang pun kurang sangat-sangat.. Ni tak tipu ya. Ann juga diberitahu oleh Puan Atikah, Ann masih boleh beraktiviti lasak (hiking etc), cuma perlukan sedikit rawatan lagi, dan perlu baiki lifestyle.. Nak hiking sekarang pun boleh, cuma akan rasa tak selesa lah, sakit belakang, sakit lutut etc.. Perlu betulkan dulu apa yang dah lari tu.. Hehe

Yeayy boleh senyumm dah. Tadi masa sampai terkulat-kulat je pegang belakang haha..

Sekarang barulah Ann tahu rupanya luas sangat fisioterapi ni.. Ingatkan sentuh-sentuh sikit pastu bayar.. Rupa-rupanya memang puas hati dengan jumlah yang dibayar untuk sesi kurang lebih sejam ni.. Untuk orang-orang yang workout atau main sports pun sangat sesuai sebenarnya..

So sekarang ni faham lah ya, kalau terseliuh tu, pergi fisio, bukan terus terjah pergi urut.. Pergi tukang urut pun tak boleh buat apa masa bengkak tu. Kalau urut, mau lagi teruk!

No, no.. Tak kata salah pun pergi urut.. Dekat IRehab sendiri pun ada urut.. Cuma kena tahu punca dan kena cara lah..

Apa-apa pun Ann syukur sangat sebab bukan lah slip disc.. Orang melayu kan, asal sakit belakang je slip disc.. Pergi jumpa fisioterapi dulu, baru boleh cakap.. Hehe

Antara peralatan dan kemudahan yang disediakan

Lokasi berdekatan dengan stesen LRT SS15, hanya perlu jalan kaki dalam 10 min atau berkereta (3min).Kepada yang berminat, boleh hubungi nombor yang Ann letak di bawah.. Walk in diterima, tapi based on availability.. Apa-apa pun, lebih baik call dan set appointment..

Pusat Fisioterapi dan Pemulihan IRehab
Alamat: 147, Jalan SS 17/1A, Ss 17, 47500 Subang Jaya, Selangor
No telefon: Tel : +603 – 5631 5698
Mobile : +6012 – 9061690
Fax : +603 – 5631 6627
Waktu operasi: 9.00am-6.00pm

Email: enquiry@irehab.com.my

IRehab Homes

Oh ya, untuk informasi, selain dari IRehab yang terletak di SS17, terdapat juga IRehab Homes yang mana terletak di SS19, iaitu ‘rumah’ bagi pesakit² lumpuh dan strok.

Alamat: No. 51, Jalan SS 19/1, 47500 SubangJaya ,Selangor Darul Ehsan

3 thoughts on “IRehab: Pusat Fisioterapi Terbaik Di Subang Jaya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

%d bloggers like this: