iRehab Subang Jaya: Rawatan Susulan Ke-2

iRehab Subang Jaya

Seperti mana yang korang tahu, dua minggu lepas Ann ada menjalani rawatan pertama di iRehab Subang Jaya.

Jadi harini Ann ke rawatan yang kedua di iRehab Subang Jaya, sebagai rawatan susulan.

iRehab Subang Jaya : Sesi Rawatan ke-2

Harini Ann datang dengan masalah baru pulak.. Hehe.. Takdelah baru.. Cuma bila dan faham apa itu fisioterapi, mulalah sedar kat mana dan macam mana nak bagitau sakitnya tu.. Sakit belakang haritu, Alhamdulillah dah berkurang sangat-sangat.. Sekarang yang lagi terasa adalah sakit lutut (kiri lebih teruk) dan beberapa hari lepas, seharian tangan kiri jadi lenguh sangat. Rasa terlalu berat tangan ni.. Tidur pun setiap sejam terjaga.. Rasa macam lambatnya nak pagi. Last-last bangun dan tuam dengan air panas je..

iRehab Subang Jaya

Assessment di iRehab Subang Jaya

Hasil dari assessment tadi menunjukkan otot di bahu dan tengkuk terlalu tegang.. Bila tengang tu yang naik sakit sana sakit sini.. Yelah, few weeks ni pun Ann busy mengemas rumah, mengecat lepas renovation haritu..

Jadi, main focus treatment kalini adalah pada bahagian tengkuk.. Bagi sesi kedua ni, Ann diberi rawatan:

  • 1. Manual Therapy
  • 2. Neck Traction

1. MANUAL THERAPY

Terdapat beberapa rawatan semasa Manual Therapy dijalankan:

TENGKUK

  • i. Deep friction massage
  • ii. Trigger point release

Yang ni memang berbisa lah.. Tekan betul-betul dekat pointnya..

iRehab Subang Jaya

  • iii. Nerve stretching
  • iv. Strengthening muscle
  • v. Ultrasound combo therapy

So semua rawatan ni adalah bagi melembutkan otot di bahu dan urat-urat di tengkuk.

Masa treatment sempat terserempak dengan abam sado, Ben Ashaari tengah buat treatment Ultrasound Combo Therapy ni.. Treatment ni gabungan ultrasound dengan simulasi elektrik.. Bergerak-geraklah bahu dia bila kena letrik masa sesi ni.. Ann pulak, masa buat ni langsung tak gerak.. Puan Atikah kata sebab dah terlalu tegang.. Teruk kan? Siapa suruh lambat sangat jumpa pakar.. Huhu

BELAKANG

i. Shoulder exercise

iRehab Subang Jaya

Bagi membetulkan semula postur badan, mengurangkan dan menghilangkan sakit belakang..

LUTUT

i. Trigger point release
ii. Ultrasound

Bagi mengurangkan ketegangan otot di bahagian atas lutut. Yang ni tak boleh lah nak snap gambar sebab ada selak-selak sikit.. Hehe

2. NECK TRACTION

  • Ok, neck traction ni pula menggunakan mesin yang berfungsi untuk mengurangkan ketegangan dan rileks-kan muscles, dalam masa yang sama meningkatkan fleksibiliti.

iRehab Subang Jaya

“Leganyaaa rasaaa”

Overall, Ann masih berpuas hati dengan iRehab Subang Jaya selepas sesi rawatan kedua ni. Perasaan yang sama selepas buat rawatan pertama haritu. Memang berbaloi apa yang dibayar dengan rawatan yang dijalankan. Jujur, highly recommended. So kepada korang yang ada msalah sakit belakang, sakit tengkuk, selalu lenguh yang teruk janganlah pandang ringan masalah tu.. Nanti dah lama-lama sakit, percayalah akan trigger sakit yang lain pulak. Masatu janganlah baru nak kalut cari therapist.. So, iRehab Subang Jaya terletak di SS17, dalam 10-15 minit dari stesen LRT SS15. Bagi korang yang berminat nak check it out, boleh ke

Instagram : @irehab_stroke_neuro

Facebook : iRehab & iRehab Spine and Sports

Website: www.irehab.com.my

Btw, iRehab juga ada menjalankan rawatan bagi pesakit lumpuh dan strok. Dalam masa yang sama, terdapat juga IRehab Homes yang menempatkan pesakit-pesakit di sini. Sebarang masalah, boleh hubungi no yang tertera di bawah ni. Nanti kalau korang dah datang ke iRehab Subang Jaya ni, jangan lupa share dengan Ann ya pengalaman korang! 💕

Pusat Fisioterapi dan Pemulihan iRehab
Alamat: 147, Jalan SS 17/1A, Ss 17, 47500 Subang Jaya, Selangor
No telefon: Tel : +603 – 5631 5698
Mobile : +6012 – 9061690
Fax : +603 – 5631 6627
Waktu operasi: 9.00am-6.00pm

Email: enquiry@irehab.com.my

Comments

  1. Pingback: Surprise Happy Meal: Edisi Terhad McDonald's Malaysia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge