Surprise Happy Meal: Keterujaan dalam Kotak Misteri!
Guys! Bermula 28 November 2019 ni, semua peminat mainan Happy Meal wajib ke McDonald’s yang berdekatan sebab mereka akan melancarkan Surprise Happy Meal! Surprise Happy Meal ni akan menampilkan koleksi-koleksi mainan Happy Meal paling popular dan ikonik sejak 40 tahun yang lalu!
Happy Meal Sudah 40 Tahun!
Ann baru tahu rupa-rupanya Happy Meal ni dah 40 tau guys! Mainan Happy Meal yang pertama Ann tahun 1999. Simpan lagi sampai sekarang.. Baru 20 tahun pun dah rasa lama haha!
Surprise Happy Meal: Koleksi Popular Lama yang Dikeluarkan Kembali
Setiap Surprise Happy Meal akan mengandungi salah satu mainan koleksi dan edisi terhad berikut:
- Cowboy McNugget (McDonald’s): 1988
- Fireman McNugget (McDonald’s): 1988
- McNugget Carrier Mail (McDonald’s): 1988
- Hamburger Changeable (McDonald’s): 1989
- Grimace (McDonald’s): 1990
- Dino Happy Meal Box Changeable (McDonald’s): 1991
- McDonald’s Hot Wheels Thunderbird (Mattel): 1993
- Hamburglar (McDonald’s): 1995
- Space Jam Bugs Bunny (Warner Brothers): 1996
- Patti the Platypus (Ty Beanie Baby): 1997
- My Little Pony (Hasbro): 1998
- Tamagotchi (Bandai): 1998
- Furby (Hasbro): 1999
- Hello Kitty (Sanrio): 2013
So, dengan setiap pembelian Surprise Happy Meal, satu daripada 14 koleksi mainan ikonik di atas akan diberikan secara rawak. Surprise!
Majlis perasmian telah dilancarkan oleh Melati Abdul Hai selaku Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia.
Kata beliau,
“Kami sangat teruja membawa rakyat Malaysia mengimbas kembali detik-detik manis dengan mainan-mainan paling ikonik Happy Meal pada masa lalu, seperti Beanie Babies dan Tamagotchi. Kanak-kanak mahupun orang dewasa pasti seronok dengan kemunculan kembali mainan dari era 1980-an dan 1990-an ini. Ia semestinya membangkitkan nostalgia, lebih-lebih lagi para pelanggan yang menyukai Happy Meal semasa zaman membesar mereka,”.
Kata beliau lagi;
“Membuka kotak Happy Meal sering menjadi detik keriangan seisi keluarga, dan ia mewujudkan satu hubungan istimewa antara ibu bapa dan anak-anak mereka. Bagi kami, Happy Meal bukan sekadar menu yang kami tawarkan – ia juga membantu mewujudkan kenangan terindah atau ‘feel good moments’ di kalangan keluarga,”
Ann memang tak sabarlah nak tunggu 28 November ni. Bestnya kalau dapat kumpul kesemua 14 karakter yang ada. Tapi kalau tak dapat pun, nak sangat yang Furby tu sebab comel!
Baca: iRehab Subang Jaya: Rawatan Susulan Ke-2
Parties & Meeting @ McD!
Jadi buat korang yang memerlukan ruang untuk mengadakan majlis seperti hari jadi, bachelorette party, reunion atau mengadakan mesyuarat bersama rakan tempat kerja sekalipun, McDonald’s merupakan pilihan tempat yang terbaik! Lebih dari 7000 tempahan majlis dan perjumpaan dibuat setiap bulan di McDonald’s di Malaysia tau! Yelah, ruang yang selesa dan bersih, layanan tiptop lagi tak payah pening-pening nak fikir mana nak cari tempat, kan?
So, kalau korang berminat untuk membuat tempahan , boleh muat turun aplikasi di Play Store dan Apple Store, atau di laman web McDonald’s Malaysia di www.mcdonalds.com.my. Selamat mencipta detik manis bersama yang tersayang di McDonald’s!
Comments
Woahh terus terimbas kenangan zaman kanak-kanak dulu. Haha. Pernah juga pujuk emak belikan Happy Meal sebab berbaloi dapat hadiah permainan best dan makanan pun sedap. Good to know they’re bringing it back. Lepas ni ramailah anak buah memujuk belikan pula. 😂
Nampak nya lepas ini ramai akan pergi ke MCD untuk dapatkan mainan tersebut. Makanan sudah menjadi no 2. hehe. Terima kasih berkongsi info yang menarik ini.
Seronoklah mereka yang mengumpul collection2 ni. Saya setakat ni belum lagi sempat mengumpul sebarang happy meal collection ni lagi. Terima kasih atas perkongsian ya.
Alaaa tak sabarnya nak tgg ni. Dah la sangat2 menggamit kenangan masa silam wakakak
Lamanya semua mainan ni hehehe rindu kita rasa macam nak kolek juga lah boleh tak hehehe malu nak beli Happy Meal’s semata-mata nak mainan jer wakakaka. Kalau penuh mesti jadi memori zaman kecil-kecil dulu….
Wah sonoknya mainan ikonik zaman dulu ni dikeluarkan balik. Banyak tu nak kumpul semua. Esok2 pi McD order happy Meal je sb nak kumpul toys. Hehe.
Bella Jamal recently posted…Yoodo & PUBG Mobile Ketengahkan Bakat Pemain Muda E-Sukan Di Pertandingan Akhir PMCC2019
Memang akan grab ni sebba terhad kan. Lagipun mainan legend ni..kene ada satu kalau boleh..ehhee.. Mesti ramai yang beli Happy meal ni..hehee
Nak beli jugak as a collector..dan nak letak kat opis..bior kengkawan opis teruja sama nak beli..hehehe
Yeah. Boleh tambah koleksi mainan McD Rawlins. Setakat nie simpan dalam 2 almari kaca. I am happy!
Rawlins GLAM recently posted…M3 Body Care Serves Organic Household Products
Yeay esok dah start. Surprise pulak tu tak tahu isi dalamnya dapat yg mana. Menggamit memori gitew. Bukan budak2 je suka. Mak budak ni haa yg terlebih excited!
Nur Decamellia recently posted…Amalkan Zikir Ini Ketika Kita Sedang Marah
Nampaknya bukan budak-budak je la order set Happy Meal. Lepas ni ramai la orang dewasa yang order juga sebab setau saya ada penggemar yang mengumpul permainan McD ni
WOW ! I think I just saw edisi terhad! My mom used to collect their toys when I was younger, now I am doing the same to my daughter! hahah! Generations to genarations~ Thanks for sharing this beautiful post.
Veronica Chiao En recently posted…Winter Wonderland Afternoon Tea , The Verandah
Bestnya mcd keluaran permainan epik dia. Mesti ramai yg berebut terutama yg siri hello kitty
Tak sabar nak beli happy meal. Wajib dapatkan mainan legend ni
Wahhh, mau beratur panjang ni org nak dptkan koleksi rare McD ni! Huhu
Dura Norell recently posted…My officemates bikin surprise !
pasni orang dewasa pun suka order happy meal la kan. kalau saya buat gitulah. hihi
RAIHANAH AHMAD recently posted…Detox Diabetes: Peranan Hati Dan Gula Dalam Darah
Pingback: Suchi Facial Cleanser dengan Aqua Cacteen Sah Dibawa Ihram
Teringat nostalgia masa zaman kanak-kanak sebab mainan ni masa Qiss masa kecil-kecil dulu dah ada.
suka sangat dengan koleksi toys dari mcdonalds ni. pengumpul toys mcdonals memang wajib dapatkan ni.
Si adik mmg suka kumpul keleksi permainan dari MCD.. Confirm kalu dia tahu ajak AM ke MCD.. 😅 😅 😅