Suchi Facial Cleanser dengan Aqua Cacteen Sah Digunakan Ketika Ihram!

Selalu sangat kan kita dengar setiap kali orang pergi mengerjakan umrah atau haji, atau mungkin kita sendiri yang akan mengalami kulit kering sampai menggelupas tu.. Yelah, cuaca di sana panas dan kering.. Tak sama macam cuaca di Malaysia. Tapi jangan risau, Ann ada penyelesaiannya, dengan Suchi Facial Cleanser!

Suchi Facial Cleanser

Suchi Facial Cleanser mengandungi bahan-bahan yang sangat bagus untuk kulit, antaranya Aqua Cacteen, Aloe Vera dan Tea Tree.

Kandungan Suchi Facial Cleanser

Suchi Facial Cleanser : Khasiat Aqua Cacteen

Aqua Cacteen

Kalau Aloe Vera dan Tea Tree Oil ni kita dah biasa dengar terkandung dalam produk kecantikan, tapi mesti jarang-jarang kita dengar Aqua Cacteen ni, kan? Aqua Cacteen ni merupakan cecair dari pokok kaktus yang mana mampu melembapkan kulit serta melindungi kulit dari keradangan. Pencuci muka Suchi ni diperkaya dengan Aqua Cacteen yang mana mengandungi 150% Vitamin E lebih tinggi berbanding Argan Oil. Memang wow kan?

Cara Penggunaan

Bagi video penggunaan, boleh rujuk di SINI

Hanya perlu basahkan muka dan picitkan pencuci muka Suchi sedikit sahaja pada tapak tangan, dan urut di seluruh muka. Bilas hingga bersih. Siap!

Mampu Menanggalkan Make Up Pada Wajah

Haa.. Selain semua khasiat yang terkandung dalam pencuci muka Suchi ni kan, produk ni juga mampu bertindak sebangai make up remover. Ann sendiri pun terkejut. Yelah, buih sangat minimal, tapi lepas cuci muka bukan je rasa segar, tapi make up pun dibuang sekali.

Suchi Facial Cleanser

Sesuai bagi semua jenis kulit

Produk Suchi ni sangat sesuai untuk semua jenis kulit, termasuklah kulit sensitif.

Dijamin HALAL!

Produk ini halal, mempunyai pengesahan GMP, tanpa pewangi dan alkohol serta sah digunakan ketika Ihram Haji dan Umrah! Jadi, gunakan dengan Yakin!

Suchi Facial Cleanser

Harga

Harganya hanyalah RM18/100ml. Murah kan?

Btw, ada banyak lagi rangkaian produk dari Suchi Official ni, antaranya bedak talkum, shampu, losyen, dan bermacam-macam lagi. Apa tunggu lagi, dapatkan Suchi di:

Baca Surprise Happy Meal: Edisi Terhad Hanya di McDonald’s Malaysia!

Website: https://suchiofficial.com/
Facebook: https://www.facebook.com/suchiofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/suchiofficial/

Suchi Facial Cleanser