RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN (RPK) UJIAN KERETA JPJ

Ha.. Hujung-hujung tahun ni pasti ramai lah yang pergi mengambil lesen. Lagi-lagi lepasan SPM. ALHAMDULILLAH, Ann dah lulus ujian JPJ. Umur dah 28 barulah terkedek-kedek nak belajar memandu dan ambil lesen.. Apa-apa pun syukurlah dah lulus. Ujian JPJ nanti akan terbahagi kepada dua; * Ujian di Litar dan Ujian di Jalan Raya *. Rutin pemeriksaan kenderaan (RPK) ni salah satu elemen dalam ujian memandu JPJ di litar nanti.

RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN

SEBUT NAMA DAN IC + tarikh tamat lesen L

*Check bawah kereta – sebut “tiada haiwan, tiada benda tajam, tiada kebocoran minyak atau air”*

-PERIKSA KENDERAAN MENGIKUT ARAH JAM-

BAHAGIAN DEPAN – RUTIN SEBELUM MEMANDU

1. BUMBUNG – DALAM KEADAAN ELOK, TIDAK KEMEK, TIDAK BERKARAT

2. CERMIN HADAPAN – TIDAK PECAH, TIDAK RETAK

3. ROAD TAX – MASIH AKTIF SEHINGGA XX

4. GETAH WIPER – MASIH LEMBUT

5. BONET – DALAM KEADAAN ELOK, TIDAK KEMEK, TIDAK BERKARAT

6. LAMPU HADAPAN – TIDAK PECAH, TIDAK RETAK

7. PLAT NO – CUKUP SEMUA NO, TIDAK PECAH

8. BUMPER – TIDAK KEMEK, TIDAK PECAH

BAHAGIAN KANAN – RUTIN SEBELUM MEMANDU

TAYAR HADAPAN KANAN – BUNGA MASIH ELOK, ANGIN MENCUKUPI

RIM – TIDAK BERKARAT, TIDAK KEMEK

NAT – TIDAK BERKARAT, MASIH KETAT

LAMPU ISYARAT KANAN – TIDAK RETAK, TIDAK PECAH

CERMIN SISI KANAN – TIDAK RETAK, TIDAK PECAH

PINTU HADAPAN KANAN – BOLEH DIBUKA DAN DITUTUP DENGAN BAIK

CERMIN HADAPAN KANAN – BOLEH DINAIK DAN DITURUNKAN

PINTU BELAKANG KANAN – BOLEH DIBUKA DAN DITUTUP DENGAN BAIK

CERMIN BELAKANG KANAN – BOLEH DINAIK DAN DITURUNKAN

TAYAR BELAKANG KANAN – BUNGA MASIH ELOK, ANGIN MENCUKUPI

RIM – TIDAK BERKARAT, TIDAK KEMEK

NAT – TIDAK BERKARAT, MASIH KETAT

BAHAGIAN BELAKANG – RUTIN SEBELUM MEMANDU

CERMIN BELAKANG – BERSIH, TIDAK RETAK, TIDAK PECAH

LAMPU BELAKANG, LAMPU BREK, LAMPU ISYARAT DAN LAMPU REVERSE – DALAM KEADAAN BAIK, TIDAK PECAH, TIDAK RETAK

PLAT NO – CUKUP SEMUA NO, TIDAK PECAH

BAMPER BELAKANG – TIDAK KEMEK, TIDAK PECAH

BAHAGIAN DALAM BUT – RUTIN SEBELUM MEMANDU

Periksa jika di but ada:

  • 1. SEGI TIGA AMARAN
  • 2. JEK DAN PEMUTAR
  • 3. PEMUTAR NAT
  • 4. TAYAR SPARE – BUNGA MASIH ELOK, ANGIN MENCUKUPI
  • 5. RIM – TIDAK BERKARAT, TIDAK KEMEK

BAHAGIAN KIRI – RUTIN SEBELUM MEMANDU

TAYAR BELAKANG KIRI – BUNGA MASIH ELOK, ANGIN MENCUKUPI

RIM – TIDAK BERKARAT, TIDAK KEMEK

NAT – TIDAK BERKARAT, MASIH KETAT

TANGKI MINYAK – PENUTUP DAN GETAH MASIH ELOK

PINTU BELAKANG KIRI – BOLEH DIBUKA DAN DITUTUP DENGAN BAIK

CERMIN BELAKANG KIRI – BOLEH DINAIK DAN DITURUNKAN

PINTU HADAPAN KIRI – BOLEH DIBUKA DAN DITUTUP DENGAN BAIK

CERMIN HADAPAN KIRI – BOLEH DINAIK DAN DITURUNKAN

CERMIN SISI KIRI – TIDAK RETAK, TIDAK PECAH

LAMPU ISYARAT KIRI – TIDAK RETAK, TIDAK PECAH

TAYAR HADAPAN KIRI – BUNGA MASIH ELOK, ANGIN MENCUKUPI

RIM – TIDAK BERKARAT, TIDAK KEMEK

NAT – TIDAK BERKARAT, MASIH KETAT

PERIKSA BONET HADAPAN SEMASA RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN UJIAN JPJ

Rutin pemeriksaan kenderaan
Ruang bonet hadapan kereta Viva
Sumber: Google

KERETA INI BEROPERASI DENGAN MINYAK PETROL

Minyak engin – Berada pada tahap maksimum/perlu ditambah

Minyak brek – Berada pada tahap maksimum/perlu ditambah

Radiator – air mencukupi/perlu ditambah

Hos radiator – dalam keadaan baik

Tangki simpanan radiator – pada tahap maksimum/perlu ditambah

Bateri basah – air berada pada paras maximum/perlu ditambah; wayar disambung dengan ketat pada bateri

Tangki simpanan air wiper – pada tahap maksimum/perlu ditambah

Tali sawat – masih ketat dan tidak berbulu

So, tamat sudah rutin pemeriksaan kenderaan ujian JPJ korang.. Untuk mengetahui pecahan bahagian ujian JPJ nanti, boleh BACA SINI. All the best of luck guys!