Dutch Lady Malaysia Edar 50,000 Sarapan Percuma!
Pengambilan sarapan pagi sangatlah penting kerana ia adalah hidangan pertama yang akan memastikan badan memperoleh nutrien dan tenaga yang mencukupi sepanjang hari. Sebab itulah Dutch Lady Malaysia dengan kerjasama Kellog’s Malaysia memberikan sarapan percuma!
So pagi tadi Ann salah seorang dari 50,000 rakyat Malaysia yang bertuah menerima sarapan pagi percuma dari Dutch Lady Malaysia dan Kellog’s Malaysia. Program ini sudah bermula dari 21 – 31 Oktober dan diedarkan di stesen-stesen LRT terpilih di sekitar Lembah Klang.
Dutch Lady Malaysia Saran Pengambilan Susu Setiap Pagi
Ya, pengambilan sarapan bersama segelas susu setiap hari sangat penting bagi melengkapkan nutrien harian yang diperlukan oleh badan.
Kebaikan Sarapan Pagi
Terdapat banyak kebaikan mengambil sarapan, antaranya:
- 1. Kecenderungan mendapat nutrien makro dan mikro
- 2. Mengurangkan risiko obes
- 3. Membekalkan tenaga harian
- 4. Membantu mengelakkan makan berlebihan dan snacking
Turut turun padang memeriahkan program kali ini adalah Pengarah Urusan Dutch Lady, Mr. Tarang Gupta dan Pengarah Urusan Kellog’s Malaysia, Mr. Anoop Abraham.
Kata Encik Ramjeet Kaur Virik selaku Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia;
“Sarapan merupakan makanan pertama yang kita nikmati setelah berpuasa selama 8 hingga 12 jam daripada hidangan yang terakhir. Sarapan yang berkhasiat bukan sahaja membekalkan nutrien, malah tenaga kepada badan dan otak kita untuk permulaan hari yang kuat dan seterusnya menjalankan aktiviti seharian”.
Kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil sarapan pagi berkemungkinan 1.34 kali ganda mempunyai berat badan berlebihan berbanding mereka yang mengambil sarapan pagi. Sarapan pagi biasanya mempunyai jumlah nutrisi yang lebih baik, termasuk nutrien utama seperti sodium, serat, dan folat yang membantu mengekalkan berat badan yang sihat.
Tapi yelah kan, setiap pagi pun terkejar-kejar ke tempat kerja. Tak cukup masa untuk buat penyediaan. Secara tak langsung, pengambilan sarapan diabaikan. Berdasarkan kajian yang dijalankan, 75% responden membuat keputusan tentang sarapan berdasarkan kelapangan waktu, sementara 39% adalah berdasarkan manfaat kesihatan, manakala nilai pemakanan menerima pertimbangan paling rendah pada 37% .
Sebabtu, Dutch Lady menyarankan kita untuk bersarapan dan memadankannya dengan segelas susu.
Baca: iRehab: Pusat Fisioterapi Terbaik Di Subang Jaya
Ya, segelas susu! Cara Mudah Dengan Dutch Lady Malaysia!
Ini disebabkan oleh sarapan yang kita ambil tinggi kemungkinan tidak mengandungi semua keperluan nutrien yang diperlukan badan.
Kata Encik Ramjeet lagi,
“Susu adalah salah satu minuman yang mempunyai nutrisi paling lengkap. Ia disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian kita di bawah Piramid Makanan Garis Panduan Diet Malaysia”
Setiap gelas 250ml Dutch Lady PureFarm atau susu +Protein dapat membekalkan kalsium dan protein berkualiti tinggi untuk badan kita.
Selain itu, nutrien penting lain yang dibekalkan termasuklah vitamin D, A dan B2. Jadi penting kan untuk memastikan susu sentiasa ada dalam hidangan sarapan harian kita?
Semua happy dapat breakfast percuma dari Dutch Lady yeayy!
Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan susu Dutch Lady anda hari ini untuk hari-hari yang bertenaga! Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Website: www.dutchlady.com.my
Facebook: DutchLadyMalaysia
Instagram: @dutchladymy