ZV BEAUTY COLLECTION: MAKE UP TAHAN LAMA DENGAN FULL COVERAGE EFFECT

Ann bosan dah rasa bila try make up yang dalam range harga ‘biasa’, langsung tak kasi full coverage effect pada wajah.. Kalau full coverage pun, macam hantu dah muka.. Tepung gormak! Senang cerita tak nampak langsung natural.. So nak dijadikan cerita, baru-baru ni, Ann tengok @ben_ashaari bagi wife dia full set ZV Beauty Collection. Tengok macam best, terus rasa nak try..

Sebelum tu, Ann nak cerita sikit step by step untuk pakai make up dari ZV Beauty Collection ni..


1. ZV BEAUTY COLLECTION : PRECISION FACE BASE PRIMER

ZV Beauty Collection

Berat: 20 mL

Harga: RM 67.90

So, lepas pakai toner n moisturizer, memang wajib untuk pakai primer ni. Bukan apa, primer berfungsi untuk bertindak sebagai penghalang antara kulit wajah dengan make up yang akan di sapu. Istimewanya dengan face primer ni, ianya mengandungi minyak argan dan marula serta mengandungi Vitamin E. So lebih kepada 24jam punya make up protection lah. Btw, primer ni juga sesuai utk perawatan jerawat dan jeragat..

Ha.. Hebat kan? Siapa kata make up ni cuma merosakkan kulit?

2. ZV BEAUTY COLLECTION : PRECISION TREATMENT FOUNDATION

ZV Beauty Collection

Berat: 25 mL

Harga: RM 65.90

Ok, lepas dah sapu primer, next step adalah foundation. Antaa kebaikan Precision Treatment Foundation ni:

  • 1. Diperkaya dengan minyak marula serta argan.
  • 2. Mengandungi vitamin C yang berfungsi untuk mencerahkan kulit
  • 3. Mengandungi Vitamin E.
  • 4. Membantu untuk perawatan jerawat dan jeragat.
  • 5. Full coverage
  • 6. Mampu melawan pengoksidaan yang menyebabkan make up jadi gelap dan kelam.
  • 7. Tahan lebih dari 24jam.

Seriously best! Ann pakai code Medium. Terdapat pilihan 3 tona warna iaitu dark, medium dan light.

3. ZV BEAUTY COLLECTION : PRECISION LOOSE POWDER

ZV Beauty Collection

Berat: 10 g

Harga: RM 66.90

Ok, yang ni memang favourite Ann. Saiz molekk je untuk letak dalam bag dan dibawa ke mana-mana. Senang nak touch up lebih-lebih lagi kalau sejenis kulit berminyak. Dab dab dab jer!

4. ZV BEAUTY COLLECTION : PRECISION EYESHADOW

Berat: –

Harga: RM70.90

Sejenis eyeshadow ysng pigmented dengan warna ‘Earth-like’. Ada 4 warna dalam 1. Senang je nak apply. Memang love sangat!

ZV Beauty Collection

So, lepas dah pakai ni, kalau nak tambah dengan shading, concealer, lipstik pun ok jugak.. Who knows kan satu masa nanti diorang akan keluarkan pulak produk-produk ni kan.. Tak sabar rasanya nak dapatkan nanti.. Hehe

HASIL MAKE UP DENGAN ZV BEAUTY COLLECTION!

ZV Beauty Collection

Memakai ZV Beauty Collection di kala malam. Hehe

HARGA YANG SANGAT BERBALOI!

Yes! Dengan harga yang kurang dari RM100 bagi setiap barang, jauh lebih murah berbanding dengan produk jenama antarabangsa! Ann sangat puas hati dengan kualiti dia.

Baca: SUBANG SKYPARK Cara Murah dan Mudah Dengan Menggunakan Perkhidmatan Awam

FULL COVERAGE & TAHAN LAMA !

Fuhh, memang tak nyesal lah dapatkan produk ni! Full coverage tu takyah cerita lah tapi still boleh nampak natural. Sebenarnya depends pada jumlah foundation yang kita picit tu jgk.. Hehe so kena pandai-pandailah ye..

Dan satu lagi, seriously memang tahan lama. Ann pakai produk ni time dekat Penang. Yelah, masa bermusafir ni takdelah terkejar-kejar nak solat setiap waktu kan bila boleh jamak.. So dari pagi sampai ke petang tu, lebih lah lah 12 jam, make up takde pun cair..

Cuma biasalah, kalau jenis kulit berminyak, nampak berkilat bersinar jelah kan.. Hehe tapi cuma perlu dab balik dengan loose powder je and walla! Settle masalah!

Ni pulak hasil Ann make up kan a girl untuk graduation dinner dia.. Antaranya Ann guna ZV Beauty Collection juga.. Lawa tak? Hehe

So, kalau korang berminat, boleh dapatkan dengan menghubungi:

+6011 2870 3549

Instagram

@zvbeautycollection

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge