Nak pergi Subang Skypark Cara Murah dan Mudah?
Kat sini Ann akan bagi 2 pilihan untuk sampai ke Subang Skypark Cara Mudah dan Murah berbanding menaiki Grab. Ok, tak payah bebel panjang-panjang jom kita mula!
Jalan-jalan Penang dengan FIREFLY AIRLINES!
Subang Skypark: Cara Murah dan Mudah: PILIHAN 1
KTM SKYPARK (KL SENTRAL)
Ok, cara yang pertama, boleh naik mana-mana perkhidmatan awam yang membolehkan kita sampai di KL Sentral (LRT Aliran Kelana Jaya/KTM/ERL).
- Jika naik MRT, boleh buat pertukaran ke LRT Aliran Putra Height dan turun di KL Sentral.
- Jika naik LRT Aliran Sentul Timur pula boleh turun di Masjid Jamek dan buat pertukaran yang sama.
Naik ke tingkat atas, belah kanan akan jumpa besar-besar tulis Subang Skypark. Pilihan boleh buat pembayaran secara tunai/touch n go.
Perjalanan akan mengambil masa 30 minit. Train Bermula dari jam 6.05am hingga 10.00pm. Kadar kekerapan ada disertakan dalam website ya.
Kadar tambang: RM11 (tunai) | RM10 (touch n go) | Diskaun 50% (pemegang kad konsesi KTMB)
Masa Perjalanan: 30 min
Untuk maklumat lanjut, boleh ke Website: https://www.ktmb.com.my/Skypark.html
Subang Skypark: Cara Murah dan Mudah: PILIHAN 2
BAS (MRT KWASA SENTRAL)
Cara ke 2 pula, cara yang paling jimat dengan kos hanya seringgit je. Apa yang korang perlu buat, naik je dari mana-mana stesen MRT, dan turun di stesen Kwasa Sentral. Turun je escalator MRT tu terus akan nampak terus ‘Lapangan Bas’ hehe.. Cari bas nombor 804, dan bus ini akan berhenti betul-betul di hadapan Subang Skypark.
Cuma perlu naik jejantas dan walla, anda sudah berada dalam Subang Skypark!
Kadar tambang: RM1
Masa Perjalanan: 30 min (Anggaran mengikut trafik di hari kejadian. Mungkin berubah mengikut masa)
Kadar kekerapan pula dikatakan ada setiap 15-30min.. So ok sangat lah kan?
Nak buat kira-kira masa dan tambang pengangkutan awam? Try SINI !
Cara lain
- 1. GRABCar
- 2. Drive ke airport sebab depan ni ada ruang car park yang besar.
Kadar parking adalah RM3 bagi setiap jam.
Macam Ann haritu:
6.20am – MRT TAMAN SUNTEX
7.13am – MRT KWASA SENTRAL (53min)
7.20am – BAS (MRT KWASA SENTRAL)
7.47am) – TIBA DI AIRPORT
Flight jam 10.00am. So kira elok sangat lah kan? Btw, Ann ke Subang Airport ni sebab nak naik Firefly Airlines tauu!
Kenapa pilih FIREFLY AIRLINES?
✈️ Sebab utama Ann pilih of course lah dia terletak di Subang Skypark yang hassle free! Tempat tak besar, so memang cepat je segala macam proses tu!
✈️ Banyak pilihan public transport ke sini macam Ann cakap tadi. Kalau drive pun, ada disediakan parking (berbayar).
✈️ Terdapat pelbagai pilihan kedai makan termasuklah Secret Recipe, Mekdi, KFC, Mamak dan sebagainya. Tak payah pening dah nak cari kedai makan yang HALAL.
20KG BAAGGAGE PERCUMA !
✈️ Dengan FIREFLY AIRLINES juga, korang akan dapat 20KG BAGGAGE PERCUMA! Bawak lah nak bawak segala macam tong drum tu.. Tak payah pening nak bayar extra untuk beg-beg yang menimbun tu.
Apa lagi yang best dengan FIREFLY AIRLINES?
✈️ Korang jugak dapat refreshment PERCUMA walaupun perjalanan sejam je. Masa pergi dapat kek, masa balik dapat karipap besar pulak. Sedaappp. Magazine pun free, so boleh lah selak-selak sementara tunggu sampai tu 😉
So, apa tunggu lagi? Dah boleh lah rancang percutian bagi cuti sekolah yang akan datang ni. Jangan lupa pilih FIREFLY AIRLINES!
Comments
Lama dah tak naik firefly. Last masa keje dulu. Dari KL ke Trganu. Sekarang dah takde nak terbang ke mana². Suka servis depa… Hope terus konsisten perkhidmatan yang bagus.
Nina Mirza recently posted…Makeup Nina kekal lama masa travel sebab pakai …
Menarik naik firefly ni. Teringin nak terbang lagi!
Belum pernah try lagi. Nanti nak try 😁
Bestnya naik Fireflyz..
Belum pernah naik firefly ni.