Assalamualaikum. Sekali lagi Ann diberi peluang mengikuti Program Perasmian Kad Digital Dan Mobile App NGO Negaraku peringkat Parlimen Setiawangsa bertempat di Dewan Sri Iskandar. Program dianjurkan oleh Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) dan dirasmikan bersama oleh Ahli Parlimen Setiawangsa iaitu YB Dato’ Ahmad Fauzi Zahari dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara iaitu YB Senator Datuk Seri Hj Abdul Halim bin Abdul Samad. Komuniti Digital NGO Negaraku ini adalah sebuah platform yang menggabungkan kerjasama di antara NGO – NGO termasuk koperasi di dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui jaminan usahasama dan penawaran berkelompok.
Mobile App NGO Negaraku
Highly secure. Kalau korang nak tau, Mobile App NGO cuma boleh diakses oleh pemegang kad digital NGO Negaraku sahaja. Antara kelebihannya,kita boleh menikmati tawaran pembelian barangan terpilih dengan harga terbaik dan diskaun hebat. Senang cerita, tanpa kad NGO Negaraku ni, memang tak boleh nak akses butiran dalam talian lah cerita dia. As long as ada mobile network, kita boleh access kad NGO Negaraku ni di mana jua.
Program ini merupakan inisiatif pertama yang disediakan khas untuk semua ahli NGO dengan keistimewaan tersendiri . Mempunyai kepelbagaian aplikasi yang bersesuaian untuk digunakan oleh NGO dan ahli-ahli termasuk aplikasi pengumpulan derma dan sumbangan secara digital. Dalam kata lain, ia bukanlah medan menerima diskaun, malah ia juga sebagai tempat untuk menzahirkan kebajikan secara digital untuk membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar – Dr. Mohd Zamri Noordin
Serahan Kad NGO Negaraku
Haa, Ann pun ad kad NGO Negaraku jugak tau. So Ann pun eligible untuk access Mobile App ni. Serious banyak kelebihan memiliki kad NGO Negaraku ni. Antaranya of course lah diskaun diskaun dan diskaun. hehe siapa tak suka kan kalau barang murah.
So, kalau nak dapatkan kad ni ataupun untuk maklumat lanjut mengenai program Kad Digital NGO Negaraku , sila layari :
Maklumat mengenai kelab Sahabat Persaudaraan :
FB : https://www.facebook.com/kspmalaysia
Alamat KSP:
No. 1, Wisma Dani, First Floor, Jalan Jejaka 4, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur.
Tel/Fax: +603-92029711