Lembaga Zakat ni Betul ke Tak Betul?

Alhamdulillah, hujung bulan lepas Ann diberi peluang mengikuti program bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan rakan #KelabBloggerBenAshaari, Kakti. Kakti ni memang favourite partner Ann bila nak beraktiviti macamni.. Hehe

lembaga zakat selangor

Program LZS: Ziarah Korporat & Media Bersama Asnaf (ZIKRA) 2018

Kalini, LZS menganjurkan program ZIKRA dengan 40 peserta yang terdiri dari rakan media, dan syarikat² pembayar zakat.

Senang cerita, melalui program sebegini, kita tahu ke mana duit zakat ni disalurkan. Ann selalu juga dengar orang kata Lembaga Zakat dekat Malaysia ni x buat kerja lah, duit zakat banyak lah sebab orang tak tuntut, dan yang paling teruk, tohmahan mengatakan orang zakat ni makan duit Asnaf.. Astaghfirullah. Taktau lah dari mana datang cerita macamni. Bila dengar benda macamni sikit sebanyak hati ni termakan juga kan dengan kata-kata orang.. So, bila Ben Ashaari offer untuk mengikuti program oleh LZS ni, Ann terus confirmkan penyertaan. Ann nak tengok sendiri, betul ke tak apa yang orang ramai cakap tu.

Menyusuri Kehidupan Fakir Miskin

Bila Ann follow sendiri, barulah Ann nampak usaha² yang dijalankan oleh pihak Zakat ni.

Kalini program ZIKRA memberi peluang kepada kami untuk bertemu sendiri dengan fakir miskin yang bertempat di Kuala Langat. Tapi sebelum tu, taklimat ringkas diberikan di Pusat Zakat Selangor, Shah Alam oleh Encik Mohd Sabirin Bin Sarbini, selaku Pengurus Besar Divisyen Kutipan tentang program harini, sambil menikmati sarapan yang ditaja oleh Mc Donald’s.

Pengalaman yang Tak Dilupakan

Sedih. Tu perasaan yang muncul bila mendekati kehidupan asnaf di Kampung Kelanang, Kuala Langat.. First kami ke laut tengah, menyelami sendiri kehidupan nelayan di sini mencari rezeki..

Mula-mula excited lah.. Pegi laut lah katakan.. Shoot pun acah² kalah ler model..

lembaga zakat selangor

Bila dah sampai ke laut tengah, mulalah terasa hiba tengok sendiri macam mana mereka cari rezeki.. Tarik-tarik sekor je ikan.. Aduhai…

lembaga zakat selangor

Mereka ni ke laut sampai berhari² tau.. Tu pun belum tentu bawa hasil. Ertikata lain, ada rezeki, adalah.. Kalau tak ada, pulanglah dengan tangan kosong.

Majlis Penyerahan Agihan Zakat & Fidyah

Selesai aktiviti ke laut, kami menuju ke Masjid Al-Azim, Kampung Kelanang bagi menyempurnakan aktiviti pengagihan beras fidyah dan bantuan zakat kepada 150 orang ketua keluarga bagi asnaf di sini.

lembaga zakat selangor

lembaga zakat selangor

Antara yang turut hadir dalam majlis penyerahan ini merupakan pemilik syarikah D’herbs iaitu Dato’ Sri Aliff Syukri.

ZIKRA Bersama Penduduk Pulau Carey

Selesai sahaja aktiviti di Kampung Kelanang, kami dibawa pula ke Pulau Carey, yang mana merupakan penempatan Muallaf. Di sini, projek oleh LZS iaitu bantuan binaan rumah telah pun siap.

Sempat lah melawat kawasan..

lembaga zakat selangor

Rumah bantuan binaan.. Tidaklah mewah, tapi lengkap.

lembaga zakat selangor

lembaga zakat selangor

Selfie kejap.. Malu² pulak budak² ni.. Hehe

lembaga zakat selangor

Minum petang kami yang disediakan oleh penduduk Muallaf Orang Asli di sini.. Sedapnyaa.. Terasa tau keikhlasan diorang gotong royong sediakan ni.. Ubi kayu cecah pulak sambal udang.. Adoii teringat pulak..

lembaga zakat selangor

Hentikan Tohmahan

So, kepada semua, Ann berharap tiada lagi tohmahan palsu terhadap Lembaga Zakat di Malaysia ni. Dan yang paling penting, BAYARLAH ZAKAT. Membayar zakat tu kan fardhu bagi semua umat Islam?

Maklumat lanjut tentang Zakat Selangor:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge