Kalau biasanya Ann review untuk Ramadhan Buffet, kalini kita terjah Ramadhan Set 2018 di BBQ Lamb KL Kemensah. Berlokasi di belakang Zoo Negara, BBQ Lamb KL Kemensah menjanjikan kesedapan bagi iftar anda.
SAJIAN INDAH DI MATA
Ann nak bagitau awal-awal, kalini punya tempat bukan biasa-biasa. Berkonsepkan indah nan permai mata memandang, BBQ Lamb KL Kemensah menjanjikan jamuan selera bukan je di tekak, tapi juga di mata..
Nak tau apa yang Ann maksudkan? Nah, tengok sendiri..
Kot dah selalu berbuka di hotel-hotel dan kedai makan biasa, apa kata kalini kita ubah pulak pemandangan..
Indah kan? Ala-ala taman dalam hutan gitu.. Sekali sekala lari kejap dari kesibukan hiruk-pikuk bandar Kuala Lumpur..
Cik Timah pun tenang je ha tidur kat sini.. taulah sejukk je haha..
Air yang mengalir ni air bukit tau.. so kalau sampai awal, boleh la celup-celup kaki dulu & nikmati kesejukan air bukit sementara menunggu waktu berbuka puasa..
Ni antara ruangan makan yang disediakan..
Dari dapur chef..
Kalau bukan bulan puasa, tak salah Ann boleh makan dalam air.. bukak meja dalam air tu.. kiranya makan sambil celup kaki.. tapi memandangkan bulan puasa, tak berapa nak sesuailah kan.. apatah lagi air bukit ni lagi lah sejuk kalau malam-malam.. nanti berbuka layan gigil je tak ke rugi kan.. hehe
RAMADHAN SET 2018
Berbalik pada hidangan di sini, BBQ Lamb KL Kemensah mengeluarkan set istimewa bersempena Ramadhan 2018, iaitu meat, bird dan seafood set.
Di atas ni semua contoh menu utama bagi set Ramadhan di BBQ Lamb KL Kemensah. Basically, dekat bawah ni pulak are how the sets look like.
Bird set (ayam, itik & puyuh).
Seafood set (sotong, udang, softshell crab/ketam nipah, salmon)
Meat set (daging & kambing – pelbagai parts)
Set ni terdiri daripada satu jenis main dish (bird, meat atau seafood), 4 pinggan nasi, manisan & jelly, 2 jug air, sup, coleslaw dan kurma. Senang cerita yang membezakan hanyalah main dish di tengah tu sahaja, yang lain-lain semua sama.
Harga (4-6 orang):
Bird set – : RM 168
Seafood set – : RM 188
Meat set – : RM 188
Kalau tanya Ann, Ann personally suka sangat rasa smoked duck dia.. ni sebenarnya first time Ann makan itik.. ada sesetengah orang kata itik ni kalau tak pandai masak, bau dia hanyir macamtu.. tapi yang kat sini, sekali makan pasti boleh repeat.. hehe
Btw, di sini terdapat kemudahan surau yang berdekatan. So tak perlu risau & terkejar-kejar lah nanti untuk solat maghrib dan tertarawikh..
So, apa lagi? Ciptalah kelainan bagi iftar 2018 anda. Untuk menempah, bolehlah hubungi Encik Zainuddin di talian +6012 211 4100 atau boleh melawat www.instagram.com/bbqlambklkemensah untuk maklumat lanjut.