Alhamdulillah, Ramadhan kalini Ann diberi kesempatan berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari 12 rumah kebajikan di Selangor. Program yang bertempat di Masjid Kampung Raja Uda, Klang ini merupakan anjuran McDonald’s Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Untuk makluman semua, McDonald’s Malaysia kini dikendalikan oleh Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GARSB) yang mana saham terbesarnya dimiliki oleh orang Islam sendiri.
Tahun lepas je, GARSB telah didaftar sebagai pembayar zakat & telah membuat pembayaran zakat sebanyak 1 juta ringgit.. Ini jelas menunjukkan bahawa McDonald’s Malaysia benar-benar perihatin terhadap golongan yang memerlukan ini..
Majlis berbuka puasa bersama anak yatim & asnaf ni merupakan inisiatif tahunan McDonald’s, MAIS, LZS & YIDE yang mana pada tahun ini, setiap rumah kebajikan yang terlibat menerima sumbangan sebanyak RM10,000.
Senarai penerima sumbangan:
1. Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakun (PEKEAS), Rawang.
2. Badan Kebajikan Siti Khadijah Anak Yatim Selangor, Petaling Jaya.
3. Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Munirah, Klang.
4. Rumah Amal Baitul Kasih/Baitul Fitrah, Rawang.
5. Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiyah, Klang.
6. Persatuan Kebajikan Anak Yatim Damai Kuang, Kuang.
7. Rumah Amal Raudhatul Jannah, Banting.
8. Rahoma Darul Fakir, Subang.
9. Rumah Kasih Harmoni, Sungai Buloh.
10. Rumah Anak-anak Yatim An-Nasuha, Batu Caves.
11. Rumah Anak Yatim dan Hidayah Al-Hijrah, Hulu Langat.
12. Pusat Jagaan Siraman Kasih, Rawang.
Manakala kanak-kanak pula menerima RM40 seorang, sumbangan dari McDonald’s serta setiausaha MAIS, YBhg Dato’ Bakhtiar bin Hussin. Untuk makluman, majlis kalini merupakan yang terbesar diadakan McDonald’s Malaysia dengan jemputan lebih dari 500 anak-anak yatim & asnaf di Selangor.
Usaha ini lebih fokus kepada membawa kegembiraan kepada anak-anak yatim & asnaf di bulan Ramadhan yang mulia ni.. Memetik kata-Kata Dato’ Bakhtiar,
Usaha yang dilakukan McDonald’s Malaysia seperti majlis ini seiring dengan matlamat MAIS, Lembaga Zakat Selangor dan Yayasan Islam Darul Ehsan iaitu menjaga kebajikan dan memberi sumbangan kepada golongan yang berhak menerimanya.
Kata beliau lagi,
Diharapkan supaya anak-anak yang kita raikan pada malam ini terus diberi rezeki yang melimpah-ruah bukan sahaja di bulan Ramadhan tetapi juga di bulan-bulan lain.
Azmir Jaafar pula selaku Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Tempatan McDonald’s Malaysia berkata bahawa McDonald’s berasa bangga kerana turut melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan seperti ini, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan.
Selain dari majlis berbuka puasa ni, McDonald’s Malaysia juga komited meneruskan pelbagai aktiviti tahunan lain seperti menaja moreh di surau, masjid dan 26 institusi pengajian tinggi dan juga agihan kurma dan air kepada orang awam di stesen-stesen LRT terpilih.
Hidangan berbuka puasa yang dihidangkan selepas solat maghrib berjemaah..
Ha, selain ni, kami juga dihidangkan dengan menu terbaru McDonald’s, Nasi McD dengan tagline “Lagi Puas”. Memang betul-betul puas lah.
Bagi setiap pembelian Nasi McD, pelanggan boleh menambah Teh Ais Limau bersaiz medium dengan harga istimewa.
Hehe nahh ni rupa Nasi McD. Nasi yang dihidangkan sekali dengan sambal, salad, telur rebus & ayam Goreng McD. Sure puas hati!
Lepas berterawikh, kami dihidangkan pula dengan Mc Chicken Burger sebagai moreh. Ann dah memang tak larat nak makan dah so kita sambung sahur pulak.. hehe.. apa-apa pun, syabas McDonald’s! Semoga McDonald’s berterusan dalam melakukan kebaikan. InsyaAllah.
Comments
Pingback: TERIMA KASIH MCDONALD'S MALAYSIA
Terbaik McD !! Ramadan .. bulan yang penuh keberkatan dan peluang yang ada digunakan sebaik mungkin untuk berkongsi rezeki . Syukur Alhamdulillah
Alhamdulillah mcd milik org kita kena sama2 support each other
permatabiru recently posted…10 Quick and Easy Décor Updates for Your Space
Have you ever considered writing an e-book or guest authoring on other blogs?
I have a blog centered on the same ideas you
discuss and would really like to have you share some stories/information. I know my readers would enjoy
your work. If you are even remotely interested, feel free to shoot me an email.
Akikah Anak recently posted…Akikah Anak
Lovely just what I was looking for. Thanks to the author for taking his clock time on this one.
I am complaining, but slow loading instances times will sometimes affect your placement in google and can damage your high-quality score if advertising and marketing with Adwords. Anyway I am adding this RSS to my email and can look out for a lot more of your respective exciting content. Make sure you update this again very soon.
This is a good tip especially to those fresh to the blogosphere. Brief but very accurate information? Thank you for sharing this one. A must read article!
Hi there, I found your blog by the use of Google while
looking for a comparable matter, your site got here up, it seems to
be good. I have bookmarked it in my google bookmarks.
Hello there, just become aware of your weblog via Google,
and found that it’s truly informative. I am gonna be careful for brussels.
I’ll be grateful should you proceed this in future. Many people will probably be benefited out
of your writing. Cheers!
forex 24 pro recently posted…forex 24 pro