Ramadhan 2018: The 39 Restaurant Buffet (PNB Perdana, Kuala Lumpur)

Nostalgia Ramadhan, merupakan tema yang ditampilkan oleh PNB Perdana Hotel and Suites on The Park bagi Ramadhan Buffet 2018 mereka. Pada kali ini, mereka mempersembahkan kompilasi menu yang super sedap, dengan tempat yang didekorasi dengan konsep kontemporari di The 39 Restaurant, PNB Perdana Kuala Lumpur (waze: PNB Perdana Hotel & Suites).

Ruangan yang selesa.. sedang-sedang elok je space yang ada. Tak perlulah nak laga-laga bahu kan masa gerak-gerak nak ambil juadah.. hehe

Antara hidangan makanan yang ada.. ni memang zone feberet Ann.. kambing golek, udang, sotong, ikan, ayam, sosej.. memang menangkap jiwa betul.. sampai depan ni dah rasa macam zombie nampak mangsa dah.. hehe

Haa nahh ‘zoom in’ kambing golek dia.

Makan pulak dengan black pepper gravy dia yang super special.. bukan senang tau nak dapat gravy yang sedap tapi yang ni memang umppphh.. tak tipu…

Sup perut, daging, gearbox.. ha, pilih lah mana nak.. nak lagi senang, campurr je semuaa..

Kat mana-mana tempat pun, mesti ni yang habis dulu kan..

Oh ya, kalau sejenis perut melayu tu, jangan risau kat sini ‘mixed’ menu.. ala-ala western ada, ala-ala melayu pun ada.. pilih je mana-mana hidangan yang berkenan di hati.. hehe

Antara masakan melayu yang dihidangkan..

Ayam goreng tepung, gulai kambing, sotong sambal bawang, sayur lodeh, tauhu dengan sos black bean, kailan ikan masin, kari kepala ikan & banyak lagi..

Kita kan Malaysian! Mestilah ada nasi lemak. Hehe

Ketupat palas ada, lemang pun ada..

Tak lupa juga dessert section!

Mana nak dapat Ramadhan buffet hidang ais krim potong Wall’s.. nak pulak dapat perisa keladi+santan ni. Memang feberettt!

Macam-macam jenis air ha.. Ann personally suka air rosselle dia. Memang sedap.. Masam-masam maniss gituu..

Jemput makan!

Selain hidangan makanan yang sedap, santapan mata indah dipandang juga merupakan bonus berbuka puasa di The 39 Restaurant. Significant dengan namanya, ianya terletak di tingkat 39 iaitu tingkat tertinggi di bangunan PNB Perdana. Mata ni tak jemu-jemu tau memandang keindahan kotaraya.

Mana boleh lepaskan peluang kan..

Ramadhan Buffet ini akan berlangsung bermula 18 Mei hingga 15 Jun 2018. Seriously, rasalah sendiri pengalaman berbuka puasa yang pastinya berbaloi dan tidak menghampakan.

Di sini, semuanya berkonsepkan patuh syariah islam, dan diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007 lagi. So jangan lah nak rasa ragu-ragu sebab semuanya DIJAMIN HALAL! hehe.. oh ya, kemudahan untuk solat maghrib dan tarawih juga disediakan di tingkat 5. Jadi tak payah lah pening-pening nak terkejar-kejar pulak cari masjid atau surau di luar kan.. turun je lif dah sampai..

Pakej harga Buffet Ramadhan di The 39 Restaurant ini adalah RM123.00 bagi dewasa dan RM61.50 bagi kanak-kanak yang berusia 4 hingga 12 tahun.

Untuk tempahan, sila hubungi:-

The 39 Restaurant : 03-7490 3939

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari http://www.pnbperdanaonthepark.com/

**Notakaki: Dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) sejak dibuka pada Jun 2000, PNB Perdana On The Park yang menempatkan 338 bilik ini merupakan lokasi strategik dan ideal kerana berhampiran dengan pusat membeli-belah Suria KLCC, Pavillion, Lot 10, Bukit Bintang dan Plaza Sungei Wang.

Comments

  1. Dannymeege

    Gеt uр to $ 20,000 per dау with our рrоgram.
    Wе аre a tеam оf expеriеnced prоgrаmmers, wоrkеd mоre thаn 14 months оn this рrоgrаm and nоw еvеrything is rеady аnd everything works perfectlу. Thе PаyРаl sуstem is very vulnerablе, instеad of nоtifуing thе developers of РауPal about this vulnеrаbilitу, wе toоk аdvаntаgе оf it. Wе aсtively usе our prоgram fоr pеrsоnаl enrichmеnt, to shоw hugе amounts of moneу on оur aсcоunts, wе will not. уоu will nоt bеlieve until уоu try аnd as it is not in our intеrest tо prоve to you thаt something is in уоurs. When wе rеalizеd thаt this vulnеrabilitу саn be used massively withоut сonsequеncеs, wе decidеd to help thе rest оf thе рeoрle. We decided nоt tо inflate thе pricе оf this gоld рrоgram and put а verу lоw pricе tag, оnlу $ 550. In ordеr fоr this program to bе аvailable tо а largе numbеr оf pеоplе.
    Аll the details on оur blоg: http://rawmpeg.com/cgi-bin/at3/out.cgi?id=34&trade=https://www.pinterest.com/pin/690387817853172731/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge