Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

0 Comments


So, harini Ann nak share pulak dengan korang resepi siput sedut masak lemak cili api. Untuk cara-cara membersihkan siput sedut, boleh click SINI ya.

Ann selalu je teringin nak makan siput sedut masak lemak cili api ni, tapi memikirkan harga sesenduk kecik cenonet tu sampai RM5, selalu berakhir dengan mati selera. Yelah, dahlah mahal, sedut-sedut cengkerang kosong pulak! Adussss. Geramnya rasa.

Resepi Siput Sedut Masak Lemak

Sebab nak bagi puas hati, Ann ke pasar pagi tadi. Yelah, feberet dari sekolah rendah. Masatu adik beradik semua gelakkan Ann sebab makan siput. Bila dah besar ni, pandai pulak diorang makan jugak. Baru tahu kesedapan siput ni! Haha.. Masa on the way ke pasar, Ann berdoa dalam hati semoga adalah siputnya.

Alhamdulillah, rezeki! Tapi harga taknak kalah lah. RM15 sebungkus sekilo. Pakej dengan lumpur sekali. Haha Ann risau juga, sebab dulu kat rumah ni pernah masak dalam 10-15 tahun lepas kot, tapi mungkin tak cuci betul, esoknya cherry berry lah seisi rumah. So kalini Ann tak kisah lah biar lama pun proses nak bersihkan dia, janji lepas makan, perut kenyang, hati senang.

“Susah ke nak buat ni?”

So, jomlah kita tengok cemana proses memasak siput sedut cili api ni. Bahan-bahannya simple sangat dan senang je nak jumpa dekat pasar atau mana-mana supermarket.

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

  • Bahan-bahan:

1 kg Siput Sedut
6 biji Cili Api
2 batang Serai
1 inci Kunyit Hidup (jika tiada, ganti dengan 1 sb Serbuk Kunyit)
1 helai Daun Kunyit
500ml Air
1 keping Asam Keping
¾ kotak Santan
1 sb Gula
1 sk Garam
Sedikit Serbuk Ikan Bilis

  • Cara-cara :

Pertama sekali, tumbuk cili api dengan kunyit hidup. Ketuk serai, dan masukkan kesemuanya bersama daun kunyit di dalam air mendidih. Biarkan seketika dan tambahkan santan serta asam keping. Tambahkan siput, garam dan gula serta serbuk ikan bilis. Kacau hingga mendidih. Tutup api. Siap untuk dihidang!

Resepi Siput Sedut Masak Lemak

Mudah kan? Ni resepi dari Mak Ann sendiri. Mak kata Mak belajar sendiri dengan orang Nogoghi.. Hehe cuma serbuk ikan bilis tu penambahan lah. Kalau rasa dah cukup, tak perlu tambah pun tak apa. Tips, lepas tambah santan, pastikan api sederhana ya, dan kacau selalu bimbang santan jadi ‘berkepala’.

Resepi ni penyediaan untuk 3-4 orang. Masa penyediaan agak lama, sebab perlu bersihkan dahulu siput tu untuk buang semua lumpur dan kotoran. Macam mana cara, boleh baca di entry Ann, Cara-cara Bersihkan Siput Sedut.

So, selamat mencuba!

Instagram : annnoura

Product Review : annnoura@gmail.com

Tags: , ,

1 thought on “Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api”

  1. Ai says:

    Lama tak makan siput sedut. Ai tau makan je. Nak masak memang tak lah. Siput mati pun ai menjerit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

%d bloggers like this: