Zakat Fitrah Online: Susah Nak Bayar Zakat Fitrah? Bayar Online Pun Boleh

Di musim dunia dilanda Covid-19, tapi kewajipan kita sebagai umat Islam tetap wajib ditunaikan. Alhamdulillah, hari ini dah masuk hari ke-21 kita menunaikan ibadah puasa.. Semua dah bayar Zakat Fitrah..? Ramai yang pertama kali mendengar terma ‘ Zakat Fitrah Online ‘ .

Zakat Fitrah Online

Tak kurang juga yang tertanya-tanya, apakah hukum membayar Zakat Fitrah secara online? Jawapannya, SAH, kerana Zakat Fitrah bukanlah fardu yang diwajibkan akad bersalaman.

Zakat Fitrah Online

Sekarang semuanya dah mudah, begitu jugak untuk membayar Zakat Fitrah. Bagi yang sudah biasa bayar di kaunter-kaunter jangan risau, pembayaran zakat anda sah jika hanya dibayar online.

Cara Membayar Zakat Fitrah Online

Terdapat beberapa cara pembayaran Zakat Fitrah secara online:

EZAKAT PAY

Zakat Fitrah Online

Bagi yang belum membayar Zakat Fitrah, bolehlah berbuat demikian di platform yang disediakan Lembaga Zakat Selangor ini.

Mudah sangat caranya. Boleh ikut langkah demi langkah di bawah:

Zakat Fitrah Online
  1. Layari laman web https://fpx.zakatselangor.com.my
  2. Isi butiran penuh, semak semula butiran dan tekan ‘Bayar Sekarang
  3. Pilih Kaedah pembayaran: FPX atau JomPay
  4. Pilih bank serta mendaftar masuk. Buat pembayaran penuh
  5. Simpan resit pembayaran

APLIKASI E-WALLET

  1. Boost
  2. GoPayz

Pembayaran boleh dibuat melalui kedua-dua aplikasi di telefon bimbit anda dan boleh dimuat turun di Google Store dan Apple Store.

Cara-cara ini sangat mudah dan selamat, lagi-lagi dikala wabak melanda dan setiap pergerakan memerlukan kita mengikut SOP (Standard Operation Procedure) yang ditetapkan.

” Mudahnya nak bayar Zakat secara Online! “

ELEKTRONIK ZAKAT ONLINE (EZO)

Zakat Fitrah Online

Pembayar zakat boleh menyemak salinan bayaran zakat atas talian melalui Elektronik Zakat Online (EZO) . Selain itu, pembayar zakat juga boleh menyemak pembayaran zakat sepanjang tahun. Golongan asnaf juga boleh mendaftar dan menyemak status bantuan di sini.

E-Cabutan

Yang menariknya, pembayar Zakat tahun ini boleh menyertai e-cabutan. Caranya mudah, hanya bayar zakat, klik pada pautan dan jawab dua soalan mudah. Tempoh penyertaan sehingga 23 Mei 2020 sahaja.

Semoga pembayaran Zakat Fitrah kita ini dapat menyucikan hati dan dalam masa yang sama membantu golongan yang memerlukan.

Baca : Resepi Sup Ayam Thai Pedas Sedap

Comments

  1. Pingback: Review Cetaphil Cleanser - Selepas Sebulan Penggunaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge