Resepi Tomyam Survival

Disebabkan semalam terluka hati beli tomyam kat tempat peberet tapi dapat haiwan-haiwan dalam kadaran cebisan, semalam nekad pegi beli barang sampai terkantoi pilih udang sambil cabut kepala sebelum diplastikkan udang-udang itu.

Dengan peralatan yang tak mencukupi (potong bawang pakai gunting), apa ada hal, kata hidup dalam hutan pun boleh survive kan. Berbekalkan rencah tomyam yang masih wujud seketika dulu menjadi ration di trip CUS, makanya terjadilah seketul tomyam yang dimasak dalam messtin & dapur kecil 4 segi ala cukup tak cukup barangnya.

Resepinya mudah sekali. Apa-apa yang mampu digapai sahaja

1 paket rencah tomyam “Abadi”

1 biji bawang Holland dipotong sesuka hati

10 biji cili api dipotong dua

6 biji tomato cherry

250g / Separuh paket 500g cendawan

6 ketul udang harimau

400ml air

Garam & gula secukup rasa.

**Penambahan: tak salah letak susu, boleh jadi ala-ala tomyam poktek gitu. Jumlah tak pasti, curah sahaja lepastu pandailah rasa

Cara-cara:

Campur shj kesemua . Ok, tak. Masak air, letak rencah, bawang, cili api. Sesudah menggelegak, masuk shj tomato udang dan cendawan. Jangan tunggu lama sangat nanti udang jadi tak sedap. Siap

Ya, banyak bahan yg tak cukup. Serai, bawang putih, daun limau purut, limau nipis, dan lengkuas.

Lantaklah, janji hati tak berduka lara melihat secebis inti. Berbekalkan 6 ketul udang harimau yang padu kesegaran dan cendawan yang diletakkan umpama membunuh, nasi tak diperlukan. Boleh kenyang senyum sampai petang.

Comments

    1. Post
      Author
  1. Lamborghini Hoverboard

    508984 689696Hey. Neat post. There is a difficulty along with your web site in firefox, and you could want to check this The browser may be the market chief and a large component of other folks will omit your superb writing because of this difficulty. 969803

  2. casino list

    356232 379558You might uncover two to three new levels inside L . a . Weight loss and any one someone is incredibly essential. Initial stage might be real melting away rrn the body. lose weight 417753

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge