Tourism Malaysia: Visit MY Sarawak Day 4

Assalamualaikum & Hi kesayangan semua! Macam lipas kudung rasanya 2-3 minggu ni sambung kerja kerja yang tertangguh ni! Mana taknya, seminggu cuti ke Sarawak & lepastu Ann sambung pula dengan “conference & presentation” bagi #annnouramasterjourney di Johor Bahru..

Tapi apa-apa pun, demi yang tertunggu-tunggu entry Sarawak Day 4, Ann gigih luangkan masa harini.. hehe sayang kamek tak? ❤

So untuk hari ke 4 ni, sebelum check out hotel, breakfast dulu di Riverside Majestic Hotel untuk kali yang terakhir. Sobbss byee makanan sedappp..

Pagi dalam 9.15am macamtu, kami bergerak ke Dormani Hotel, Kuching Sarawak bagi sesi briefing bersama Sarawak Tourism Board tentang produk pelancongan bagi tahun 2018.

Jangan lupa tarikh-tarikh penting ni..

Rainforest Music Festival ni antara pesta besar-besaran di sini lepas sekian lama, & bagi peminat musik Jazz pula, boleh la datang ke Borneo Jazz pada 11-12 May 2018 nanti..

Habis je sesi briefing, kami dibawa untuk shopping for one last time. Ann teringin sangat nak beli keychain cute ni, sanggup cari balik satu – satu kedai sebab tak ingat kedai mana.. Mekasih awak – awak sudi layankan & teman Ann..

Puas hati walaupun yang jumpa haritu pack 6 ketul, yang jumpa ni 3 je..

Nah, dah macam power rangers dah semua..

Jam 12.30 tengahari, kami bergerak ke Bumbu Cabe untuk lunch..

Antara hidangan di sini..

Ganas kan rupa..

Sambal bomba.. Memang panggil bomba lah pedas dia tu! Haha yang tak tahan pedas, boleh fikir 2-3 kali dulu kot sebelum ambil..

Jemput makan…

Makanan di sini sedapp, & Ann suka betul sup ikan dia.. Ann rasa 90% Ann sorang je yang melantak sup ni..

Sesi bergambar..

Bersama owner Bumbu Cabe.. nama dia Abang..Betul tak tipu.. cuba tengok bisnes card kat bawah.. ayah dia pun nama Abang.. hehe forever muda, best betul..

Nampak sangat rendah sampai kena jingkit..

Agak-agak yang dekat KL ni teringin nak makan, Bumbu Cabe ada cawangan di Damansara juga.

Lepas dari tu, jam 2.00 pm kami pun gerak ke Semenggoh Wildlife Centre untuk tengok orang utan! Hehe sepanjang hidup rasanya tak pernah lagi tengok depan-depan.. kat zoo biasanya ada ke eh? Tahlah, Ann pun boleh kira dengan jari je berapa kali ke zoo..

Tepat jam 3pm, renjer hutan start bagi briefing untuk sesi bagi makan pada orang utan.. Dekat sini, mereka akan bagi makan orang utan 2 kali sehari (yang mana satu sesi masa yang diberi sejam untuk untuk orang awam).

Ok sebelum tu, Ann nak ingatkan, di sini berkonsepkan “wild life” iaitu orang utan di sini dibiarkan tanpa kurungan seperti di zoo. Jadinya masa awal-awal sampai, renjer hutan di sini dah warning siap-siap, “if you see one (orang utan), consider yourself lucky” *(kalau boleh nampak sekor pun dah kira bertuah dah).. lagi-lagi kalau musim buah, orang utan dah sedap makan buah-buah fresh dekat dalam hutan kan, so tak payah la nak susah-susah datang..

Kena trekking sikit dalam hutan untuk pegi ke area yang renjer biasanya kasi makan. Ann siap kena tegur dengan pakai skirt nya masuk hutan.. haha dorang tak tengok lagi Ann pakai kimono dekat gunung lagi kot.. nah nak belanja.. selingan sikit hehe

Panggil punya panggil, tarraaaa datang sekor!

Lepastu renjer kata ada lagi orang utan yang lain, tapi di area yang berbeza. Kami ikut renjer, sekali alahaiii datang betul-betul dekat depan mata! Hahaha kenapa comel sangat ni awak!

Lepas datang yang ni, datang pulak lagi 3 ekor (sekor anak)! 5 ekor dahhh yang keluar harini! Belanja baikk punya. Apa lagi, snapp lahh!

Yang anak asyik kejar mak dia & curi makanan mak dia.. hehe mak dia siap lari lagi ke tempat lain anak dia ikut.. tepis-tepis pun dia gigih jugak rembat makanan mak dia! Comel! Geram tengok!

Sesi bergambar beramai-ramai..

Sebelum balik, tiba-tiba “terserempak” dengan “nenek” nak pulang ke rumah.. hehe orang utan tertua di sini, Seduku, umur 47 tahun dah..

Jalan 2-3 langkah, berhenti.. nampak penat dia tu.. cucu dia, yang anak kecik berebut makanan dengan mak dia tu.. masing-masing semua ada nama.. cuma Ann je lupa yang mana satu. Yang Ann ingat, Richie yang paling gagah perkasa kat sini.. tapi Richie tak muncul harini..

Berat pulak hati rasa nak balik.. tak puas tengok orang utan ni.. pandai pulak tu, habis je sesi melawat, semua pun pandai-pandai sendiri balik masuk ke hutan.. mekasihh tunjuk muka! Dapat tengok 6 ekor tau harini!

Kalau yang tertanya-tanya entrance fee, bole rujuk sini ya

Lepas habis sesi ni, kami meneruskan perjalanan untuk ke tempat penginapan malam ni! Annah Rais Homestay di perkampungan etnik Bidayuh! Yeayyy! Kami disambut mesra depan tangga dengan pakaian yang cantik-cantik oleh penduduk di sini

Ada beberapa buah rumah, dan rumah yang kami berenam dapat adah rumah batu yang mereka panggil “rumah BSN”..

So kira berpecah-pecah la, ada yang tinggal di rumah utama, rumah kayu dan sebagainya..

Sebab rumah-rumah dia menarik sangat, kita photoshoot kejap..

Malam pula, kami dijamu dengan masakan kampung di sini..

My fav.. nasi dimasak dalam buluh

First time Ann makan rebung! Sedap rupanya haha sebab yang ni fresh & tak berbau.. katanya baru ambil 2 hari lepas.. Tambah pulak cili api tenyeh ngan nasi, fuhh macam nak meletup pipi.. perasaan makan benda pedas, tapi sedap!

Habis makan, kami disaji dengan cultural show, tarian etnik Bidayuh..

Ha, semua kena buat ye.. ala-ala helang terbang gitu…

Kemudian, kami diajar pula cara-cara bermain alat musik pratong. Cara sebutan, ” pratokhhhh(ng)” . Haaa sikit-sikit dahla ye.. jangan sampai terkeluar kahak pulak!

Acah-acah je ni.. asyik salah je. Cemana lah nak belajar main gitar ni, keras sangat tangannya..

Ni duta pratong.. Sekali petik terus jadi, terus jugak berlagak dekat situ jugak! Hahaa

Ni pula nak ambil kulit kayu.. boleh buat baju dan sebagainya.. bukan mudah tau nak buat ni.. salah ketuk, mau koyak urat dia..

Fuhh banyak betul dapat ilmu harini! Rasa insan yang berguna sangat haha! Habis sesi, sambung borak kejap dalam rumah BSN dengan homestay-mates dan tidur! Esok ada sehari lagi hari terakhir di Sarawak! Masa tulis ni Ann rasa rinduu sangat nak ke Sarawak lagi! Jomm nantikan next entry untuk “perjuangan” hari terahir di bumi Borneo! Till next entry kesayangans! ❤

Comments

  1. LastLon

    I have noticed you don’t monetize your blog, don’t waste your traffic,
    you can earn additional cash every month because you’ve got high quality content.
    If you want to know how to make extra bucks, search
    for: Mertiso’s tips best adsense alternative
    LastLon recently posted…LastLonMy Profile

  2. BestMaryjo

    I see you don’t monetize your website, don’t waste your
    traffic, you can earn extra cash every month because you’ve got high quality content.
    If you want to know how to make extra bucks, search for:
    Ercannou’s essential tools best adsense alternative

    BestMaryjo recently posted…BestMaryjoMy Profile

  3. click here

    308405 210058hey there i stumbled upon your internet site searching around the internet. I wanted to tell you I enjoy the look of issues around here. Keep it up will bookmark for confident. 429689

  4. Beautiful

    947995 50626Possible require all types of led tourdates with some other fancy car applications. A lot of also offer historic packs and other requires to order take into your lending center, and for a holiday in upstate New York. ??? 785156

  5. tes cpns terbaru

    639438 279811This is such a fantastic resource that youre offering and you give out at no cost. I appreciate seeing sites that realize the worth of offering a perfect helpful resource completely totally free. I genuinely loved reading your submit. 55534

  6. click this link here now

    718742 691913For anybody who is interested in enviromentally friendly issues, may well possibly surprise for you the crooks to maintain in mind that and earn under a holder just because kind dissolved acquire various liters to crucial oil to make. day-to-day deal livingsocial discount baltimore washington 866092

  7. pbn links

    Howdy I am so happy I found your blog, I really found
    you by error, while I was looking on Askjeeve for something else, Nonetheless I am here
    now and would just like to say cheers for a incredible post and a all round enjoyable blog
    (I also love the theme/design), I don’t have time to look over it all at the moment but I have
    book-marked it and also included your RSS feeds, so when I have time I will be back to read much more, Please do keep up the awesome b.
    pbn links recently posted…pbn linksMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge