Baca Nih: Vamos Sur America!

Assalamualaikum & Hi gorgeous!

Harini Ann decided nak cerita sikit tentang buku Vamos Sur America, terbitan Sendirian Berhad. Buku pasal travellers dari Malaysia yang dah travel ke merata dunia, dan part of it ke Benua Amerika Selatan, dan journey kat sana tu as 6 bulan yang terakhir, dibukukan dalam Vamos Sur America.

Intro: I’m not really a big fan of books. Setakat ni, to be honest takde satu buku tebal (200+ pages tu considered tebal ok bagi pemalas) pun yang Ann baca habis, especially kalau in English lah. Kalau Malay, yang sastera karyawan bagai tu memang sumpah Ann tak layan! Senang cerita, i’m not a fan of reading. Buat #annnouramasterjourney ni pun struggle gila nak habiskan baca research journals yang ada ni ha.. Oh ya, tapi Ann boleh layan ghost stories. One and only type of book genre yang Ann boleh baca sepenuh hati + feeling² lagi! Hahaha

PERKENALAN

Until one day, Ann ternampak Bijan post dekat Instagram dia yang dia publish buku. Ann macam aik, buat buku pulak? Penceritaan dia , senang cerita marketing strategy lah, tarik minat nak beli.

The one yg caught my attention the most is ayat pasal pos poskad seksi kat mak, mak kata “malu kat posmen” lol

(Published with approval). Nak baca full, pi page Bijan.

Bijan ni actually Ann kenal masa trip menggunung di CBL bulan 4 2017. Baru lagi pun.. Masatu Bijan ni sombong, bergaul dengan kawan-kawan dia je hahaha ok tak, dia kinda pemalu, and dia sendiri cakap dia sejenis introvert.

Masatu dah balik dari trip tu, tengah makan ramai-ramai tunggu tomyam tak sampai-sampai tu lah baru Ann dapat tau dari kak Lily (salah sorang line up jugak masa kat CBL) yang Bijan ni traveller. Dah travel merata dunia, termasuk Amazon ok! Ann dengar Amazon tu macam serioussslyyy?! Apa kerja kot pegi Amazon. Seriously she gained my respect sebab setakat ni Ann tak pernah lagi kot dengar Malaysian especially perempuan nak ke sana.. tak memasal kena makan dengan piranha pulak. Orang kat sana ramai yang cannibal tak Bijan? Dah kalau ikan dia pun boleh makan orang kan.. hahahaha thank God lah korang dah balik Malaysia pun in one piece! Oh ya, Bijan bukan solo traveller, tapi dia pegi dengan her best friend, Kim Eng, a Chinese girl.

Masatu kak Lily tunjuk jugak instagram Bijan (btw, don’t ask me why her name is Bijan sebab i don’t know myself lol), yang mana gambar-gambar pemandangan tempat-tempat yang dia pegi tu dia super cunnn (walaupun jarang hapdet hmm Bijan, gambar lawa jangan lah buat pekasam share lahh nak tengok jugak!)

PM

So lepas tengok posting dia promote buku tu, tah cemana Ann tertarik nak beli so Ann PM dia direct. Asalnya nak hadiahkan to someone yang Ann memang tau nak jadi writer, kira nak boost orang tu punya confidence and bagi semangat lah (ecewahh), tapi ended up Ann tergoda and beli satu copy untuk diri sendiri! Masatu nervous jugak, adakah nasib Vamos Sur America ni senasib je dengan buku-buku lain yang ada kat rumah yang mana ended up lepas baca max 20 pages yang makan masa berminggu nak sampai 20 pages tu, last-last tersadaiiii bawah tilam sampai sekarang lol!

Masa PM Bijan, Bijan bagitau sesiap yang buku dia dalam Bahasa, plus penulisan santai. Mungkin dia expect Ann cari buku-buku sastera kot yang ended up jadi perhiasan je kt rumah sebab kulit dia lawa. Masa dia bagitau tu, senang cerita syukur habis lahh, dengan harapan boleh habis baca.

HARI COD

So Ann dah buat pembayaran, Bijan kata nanti dia COD. Hari kejadian Bijan datang. Lepak BurgerKing belakang UTM walaupun tak beli apa-apa. Haha first time lah borak panjang dengan retis traveller ni lol! Tengok ok je, banyak je share pengalaman tak la nampak introvert sangat pun hahaha.

Macam-macam lah ilmu yang Ann dapat, satu; pasal pengalaman dia yang dah bertahun travel, dua; cemana nak publish buku.

BUKU

Lepas Bijan balik, Ann balik opis, kejap lepas tu Ann naik bus nak balik hostel. Hati ni terdetik nak bukak helaian pertama.. jeng jengg amekk! Punya sangkut tu, tak pernah-pernah ok, suddenly Ann baca sampai Chapter 5. Non-stop! Untuk sorang yang pemalas nak mati membaca, ni kejayaan maha besar okay! Ayat dia awesome sebab memang guna penulisan santai. Senang cerita macam bercerita dengan kita. Kelakar & kita boleh mendalami perasaan dia time tu.

Even Ann tak habis baca lagi, sebab 2-3 bulan ni too busy dengan research, tapi at least hati ni nak sambung lagi baca. Ann now day dekat Chapter 8. Bit by bit lah curi masa, sebab sibuk dengan penulisan thesis, so journal yang membosankan tu asyik seru Ann suruh baca dia.

Overall, Ann boleh komen, penceritaan best, ayat senang faham even ada beberapa perkataan yang salah eja sikit tapi still sampai maksud. Ann tak pernah travel luar negara, so bila baca tu rasa macam “aih kena ni one day jadi backpacker”. Tak ride motor macam diorang kat sana pun takpelah, Ann tak extreme sangat lah macam tu haha

So, untuk korang, please please dapatkan senaskhah Vamos Sur America ni. Seriously worth the time reading. Siapa yang sama species ngan Ann yang tak reti nak spend masa untuk membaca, give yourself a shot! Try lah baca, nanti payah nak stop. Baca review, ada yang baca 6 jam straight tido kul berapa tah semata-mata nak habiskan baca buku ni.

Oh ya, harga, RM35 je tak termasuk postage. Kalau Bijan rajin, dia COD, kalau dia malas nak jumpa korang, post jelah jawabnya! Lol

Okay lah, Ann nak sambung baca sikit buku ni, lepastu Ann janji Ann bukak journal. Haha bukak jela kot. Kayy till next entry! ❤

Comments

  1. Caco-2 studies in India

    656469 784864I located your weblog internet site on google and check a few of your early posts. Continue to sustain up the superb operate. I just further up your RSS feed to my MSN News Reader. Looking for forward to studying extra from you in a whilst! 235841

  2. What is forex robot trading

    962947 545897An intriguing discussion is worth comment. Im positive that you merely write regarding this subject, may possibly not be considered a taboo topic but typically persons are too small to communicate on such topics. To one more. Cheers 3422

  3. persiapan cpns 2018

    901728 667053I want to thank you for the excellent post!! I certainly liked every bit of it. Ive bookmarked your internet internet site so I can take a appear at the latest articles you post later on. 182888

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge