Assalamualaikummm & Hallooo guysss ! Bagi yang mengikuti pengalaman Day 1 & Day 2 di Sarawak, mesti tertunggu-tunggu kan untuk adventure yang seterusnya? (Confident itu penting lol)
Day 3. Aih, hari-hari lah menarik sepanjang 5 hari di Kuching, Sarawak ni. Seperti yang Ann bagitau sebelum ni, Ann mengikuti satu program Ekopelancongan ke Kuching, Sarawak sebagai media a.k.a blogger anjuran Tourism Malaysia bersama Jean Gallyout iaitu rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari, Arif dari Majalah Santai Travel dan 13 agensi pelancongan yang lain.
Encik Hishamuddin Mustafa, selaku Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej, Tourism Malaysia pun turut serta untuk trip kalini.
Macam biasa, pagi-pagi wajib breakfast dulu kalau tak, tak bertenaga pulak kan #makanituwajib..
Pagi-pagi jam 8.30am dah gerak naik bus untuk ke Kampung Santubong..
Setibanya di Kampung Santubong dalam jam 9.30 am, kami disambut mesra oleh penduduk Kg Santubong ni.. siap dapat buah asam (mangga) lagi yg baru lepas dijolok hehe
Aduhh cantiknya view dari kaki Gunung Santubong..
Yang best tu kan, time ni lah kami diajar cara-cara membuat laksa sarawak & umai..haha bila tengok macam mudah.. nanti kena try buat dulu baru tau mudah ke tak..
Demonstrasi pembikinan laksa sarawak..
Rupanya kuah laksa sarawak ni senang je nak buat, sebab pes dia banyak dijual.. pakai pes dan campurkan dengan air, maggi cukup rasa & santan sahaja.. Time ni ha ajar cara-cara membuat umai pulak..
Macam yang Ann bagitau di entry hari pertama di Sarawak, bagi yang tak tau, umai adalah ikan mentah yang digaul dengan limau, cili, halia, serai, bawang putih, garam & sikit rencah cukup rasa & di’perap’ dalam sejam sebelum dimakan.. Sesudah demonstrasi, kami dihidangkan dengan light refreshment iaitu ketuk-ketuk ubi, kek lapis sarawak, laksa sarawak serta air kelapa..
Ketok-ketok ubi (ubi kayu) makan dengan kelapa dan gula apong.. takde ke mana-mana panggung wayang nak hidang ketok ubi ni instead of popcorn? Tanya je…
Air kelapaa freshhhh! Sedappp! Ann minum lagi banyak dari makan!
Jam 11.30am macamtu kami dibawa ke pantai untuk sesi fotografi & “cuci mata” tengok pemandangan..
Acah-acah pelancong laaagi.. mohon layan kan jelah tengah fefeeling model tak berbayar ni…..
Tengahari sangatt time ni.. tapi demi gambar yang lawa, ku redooo…
Makanya, lepas tu terjadilah piknik di sini berserta makan tengahari.. panas pun takpe, lauk kampung menyelerakan..
Tengok udang diaaaa haa… Kat KL tah besar macam ni harga berapa pulak lah kan..
Jempuuttt makannnnn…
Habis makan, sesi fotografi sebentar. Panas sangatt tak larat nak lama-lama.. hehe apa-apa pun syukurlah panas dari hujan lagi tak dpt apa kan.. Alhamdulillah
Habis sesi fotografi, kita sambung dengan melawat homestay di sini.
Untuk informasi, penginapan di Kg Santubong ni ada 2 konsep;
1. Homestay: yang mana akan tinggal dengan keluarga angkat.
2. Kampungstay: tinggal sendiri-sendiri.
Kalau tanya Ann, Ann lagi prefer homestay sebab boleh merapatkan lagi ukhuwah dengan penduduk di sini.. penduduk dekat sini mesra tauuu. Susah nak move on..
Contoh homestay..
Ruang lapang dan banyak tempat tidur..
So kalau ada yang consider untuk ke Sarawak, boleh la “survey-survey” untuk stay di Kg Santubong ya.. belakang rumah, gunung Santubong, haa kerlass gitu! Kat lain hado? Hehe
Balik ke dewan, haaa ni lahh aktiviti yang Ann tunggu-tunggu, mencanting batik! Walaupun tau tangan ni “keras” tak berseni, tapi Ann tak kira, nak juga try! Ann lah antara orang pertama yg pilih lukisan yang mana Ann nak canting..
Cantik tak hasil contengan eh cantingan semua?
Mungkin Ann dah boleh bukak bisnes batik lepas hehe confident lagiiii..
Comot-comot tangan..
Tamat sesi canting batik, Ann sempat lah try bergendang/bertandak kejap.. kemain lagi gedegung gedegang semua mengetuk.. irama nya takde pun haha!
Okayyy settle dah aktiviti di dewan! Kami bergerak menuju ke aktiviti seterusnya iaitu Santubong Wildlife Cruise. Ni memang nama aktiviti ni tauu,tapi janganlah pulak bayangkan cruise besar boleh party-party tu ya.. aktiviti ni dijalankan dalam boat sahaja. Kira macam standard “sightseeing boat ride” tu..
Nahh layan view yang Ann snap ni.. mohon tergoda okay?
Boleh menangis tengok view macamni.. Ni dalam gambar, belum lagi duduk depan-depan & tengok apa yang Ann tengok..
Terjumpa lagi proboscis monkey atau monyet belanda. Ada 4 ekor, satu mak, bapa, seekor anak dia lari-lari dan seekor lagi tengah peluk mak dia hehe comel! Tapi boleh cerita jelah sebab terlindung pulak dengan dahan-dahan..
Pucuk perapat..
Mr. Guide kata ni salah satu daun yang monyet belanda makan..
Lepas dah layan tengok monyet belanda, disambung pula dengan misi mencari buaya! Tapi sedih, buaya tak ada.. “mungkin dah balik rumah” kata abang yang bawa bot ni.. pandai juga melawak ye….
Jam dah menunjukkan lebih 6.30pm, kami memulakan perjalanan balik.. Pemandangan.. sunset dan bulan..
Sampai sahaja di jeti, Ann dah mula pening.. mabuk darat kot! Haha masa kat dalam bot okay je tapi sebab dah beberapa jam goyang-goyang dalam bot, bila sampai ke tanah pun ikut gelong-gelong juga..
Lepas semua settle, dinner time lah. Kami dibawa ke Lim Hock Ann Seafood. Jangan risau, sebab makanan di simi dijamin HALAL walaupun kalau sekali imbas, mungkin ada yang meragui dengan nama restoran ni.. Jangan risau, pihak Tourism Malaysia dah siap-siap check dah.. Besarnyaaa…. Menu yang tiba… Habis makan, kami bergerak pulang ke hotel. Disebabkan Ann dah pening kepala, mungkin “dehydrated” sebab tak minum air sangat dan cuaca agak panas, jadi Ann tak larat nak jalan-jalan cuci mata lagi malam ni. Agak rugi tapi takpelah, Ann perlukan rehat.. lepas mandi terus tumbang sampai esok pagi.. Esok pagi nya check out terus untuk ke destinasi seterusnya . Nak tau Ann bermalam di mana pulak? Ann bagi hint, Ann bermalam di kawasan perkampungan kaum Bidayuh. Seriously antara pengalaman paling menarik untuk 2017 ni. Kat mana tu? Haa nantikan next entry yaaa! XOXO ❤
Comments
Bestnya aktiviti korang.. Dulu pergi kuching pun tak explore habis… Kena repeat ni…
Sedpnya lunch tu.. Banyak giler gmbr hahahaha
bestnya dapat belajar buat laksa sarawak..
pemandangan pon cantik..bestttnye
Leyla Nurjatiey recently posted…SOMETHING BAD HAPPEN TO ME
IQ pun lebih prefer homestay, memang seronok rapatkan hubungan bersama keluarga angkat kan?
cantik korang mencanting batik tu. boleh bawak balik ke?
Meriahnya makanan tu!
Cantiknya kat Kampung Santubong tu, nak pergi jugaklah nanti.
mas saari recently posted…Pantau aktiviti cuti sekolah anak²
wah bestnya..
Seafood dia !!!
18503 688819Howdy! Would you mind if I share your weblog with my twitter group? Theres a lot of people that I feel would really enjoy your content. Please let me know. Thanks 1587
190595 522197Sweet site, super pattern , real clean and utilize genial . 284268
145972 301279I believe this internet web site has some rattling fantastic info for every person : D. 628153
604971 736076View the following ideas less than and locate to know how to observe this situation whilst you project your home business today. Earn funds from home 150673
79146 72061As I internet site possessor I believe the content matter here is rattling great , appreciate it for your efforts. You should keep it up forever! Very best of luck. 552867
768889 430671Hello to all I cannot comprehend the strategy to add your web site in my rss reader. Assist me, please 882043
308709 259611Magnificent beat ! I would like to apprentice whilst you amend your site, how could i subscribe for a weblog website? The account helped me a appropriate deal. I had been just a little bit acquainted of this your broadcast provided brilliant transparent concept 624532
772377 251573Directories such given that the Yellow Websites need to have not list them, so unlisted numbers strength sometimes be alive much more harm than financial assistance. 861683
603041 464840As I web site owner I believe the content material material here is extremely superb, thanks for your efforts. 435653
712268 860428Im not that a lot of a internet reader to be honest but your blogs genuinely nice, maintain it up! Ill go ahead and bookmark your web site to come back inside the future. All of the best 655907
818635 6660This design is steller! You undoubtedly know how to keep a reader entertained. Between your wit and your videos, I was almost moved to start my own weblog (nicely, almostHaHa!) Fantastic job. I genuinely enjoyed what you had to say, and a lot more than that, how you presented it. Too cool! 421206