Assalamualaikum & Ola guys! As promised, harini Ann nak cerita dekat you guys pengalaman hari ke 2 Ann di Kuching Sarawak, iaitu trip Ekopelancongan bersama Tourism Malaysia pada 19-23 November 2017. Yang terlepas cerita hari pertama Ann, boleh baca di sini. Pagi-pagi kita layan breakfast dulu di Riverside Majestic Hotel..
Kami bertolak jam 7am untuk memulakan aktiviti harini. Perjalanan dengan bas dari hotel mengambil masa dalam lebih kurang 40 minit untuk tiba ke Terminal Bako.
Kat terminal ni ada toilet, jangan risau.. bayar dua kupang je pun.. nanti karang tak “prepare” siap-siap menahan pulak lah atas bot menunggu nak sampai ke destinasi hehe..
Pemandangan di Terminal Bako..
Naik je bot, kami disajikan dgn view yang awesome! Perjalanan nak sampai ke pantai mengambil masa dalam lingkungan 20-25 minit ni tak terasa pun disebabkan mata ni asyik dijamu dengan pemandangan yang cantik & berlatar belakangkan Gunung Santubong.
Gunung Santubong.. Nampak tak bentuk orang tengah terbaring? Belah kanan sekali tu kepala dia.. Dah nak sampai pantai.. Turun je bot, apa lagi, snap gambar lah dulu! Nampak tak jalur-jalur pada batu ni membentuk rama-rama? Kalau tengok laagi betul-betul, boleh nampak macam “dancer” (penari)..
Kalau perasan, dekat atas tu Ann tengah tunjuk peta semenanjung..
So, jalan sikit, sampai lah ke entrance Taman Negara Bako..
Kalau nak tau, sejarah nama “Bako” ni berasal dari pokok Bakau, tapi melayu Sarawak memanggil dengan perkataan “bako”.
Sementara menunggu..
Hehe comel.. nampak lah berusia dia tu…Lepas semua selesai, ada lah briefing sikit .. Aktiviti kami di Taman Negara Bako ni kejap lagi adalah wild life observation & trekking ke Teluk Paku. Guides kami, Encik Khairol Nizam (Ejam) & Mr Teddy. Mr Teddy & Encik Ejam kata, dekat sini mereka biarkan haiwan untuk hidup secara “nature” yang mana, kita tak boleh nak expect yang kita akan jumpa semua yang ada contohnya monyet belanda atau juga dikenali sebagai Proboscis monkey, iaitu species monyet hidung besar yang mana hanya wujud di Borneo! Kiranya, kalau jumpa, jumpa lah, kalau tak ada tu, mungkin bukan rezeki. Sebab di sini berkonsepkan wild life, bukan nya zoo.. kalau di zoo yelah, semua dikurung kan..
Ann pun tengah pasrahkan hati, tiba-tiba datanglah seekor “belanja” kami! Haha comel betul tiba-tiba muncul dekat atas pokok belakang tempat yang kami briefing tu..
Alhamdulillah rezeki dapat tengok.. hehe siap “close up” lagi.. Habis sesi briefing, kami memulakan aktiviti “wild life observation”.
Selfie dulu… Muka-muka bertambah.. Aik, bertambah lagi.. revolusi betul hehehe Alamak Ann terlupa pulak ni buah apa.. tapi yang penting beracun lah. Kalau jumpa, jangan makan pulak eh..
Jujur lah Ann cakap, sebelum Ann datang ke sini, Ann ada lah search sikit pasal hutan Bako ni di https://www.sarawakforestry.com/parks-and-reserves/bako-national-park/, dan yang paling mengujakan Ann, Ann nak jumpa babi berjambang! Sumber: Sarawak Forestry
Haha teruk kan? Ann kalau dapat jumpa tu, tak kisah dah kalau tak jumpa yang lain pun. Teringin sangat nak tengok depan-depan macam mana rupanya babi bermisai jambang ni.. Tak sampai 10 minit jalan, rezeki Ann lagi! Babi berjambang pulak munculll!
Haha of course lah Ann punya teruja tu tak dapat dibendung lagi.. snap snapp!! Mohon jangan gelak.. hehe Perjalanan sepanjang wild life observation..
Hehe jumpa lagi yang lain.. ni lagi besaaarr..
Kami berjalan & tiba di jeti sebelum meneruskan perjalanan ke pantai Teluk Paku. Macam biasa, gambar tu kan wajib!
Cantiknyaa view dekat sini..
Mr Teddy bersama Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej, Encik Hishamuddin Mustafa dari Tourism Malaysia tengah demo macam mana nak sambut tangan orang contohnya kalau ada apa-apa yang tak diingini berlaku.. Pegang dekat pergelangan tangan tau.. jangan jari bertemu jari pulak karang ada yang patah riuk..
Start trekking ke Teluk Paku.. Tarraaaaa! Dah sampai Teluk Paku! The beach is aweeesome! Feeling-feeling photoshoot sikit.. kasi can lah..
Oh ya, kalau ada yang nakkan lebih cabaran, mengikut peta Taman Negara Bako, ada satu ni iaitu Pulau Lakei (bulat merah) yang mengambil masa 8 jam hiking dari starting point (bulat biru) Teluk Limau , camping satu malam, & naik bot untuk sampai ke pulau tersebut.
Wajib masuk wishlist! Layan hutan Sarawak ni lama-lama sikit best jugak kan.. Tinggal tunggu guide – guide open trip je ni.. Perjalanan balik pulak..
Kampung Bako.. oh ya, nama sungai yang kami gunakan sebagai jalan air untuk boat ride ni juga namanya sungai Bako.
Masa naik bot ni, ternampak nelayan di Kampung Bako mencari rezeki di sungai, yang mana bergantung pada pasang surutnya air.. singgah kejap kacau pakcik-pakcik ni..
Okayy dah balik tu kira tamatlah aktiviti di Taman Negara Hutan Bako. Puas hatilah cuci mata tengok keindahan alam & ciptaan Yang Maha Kuasa..
Balik tu, sempatlah jalan-jalan & shopping di bandar..
Dapat belajar menyumpit sekali.. first time sumpit terus kena sasaran. Lepas ni boleh lah sumpit hati awak pulak #eh
Jam 6.30pm, settle shopping, balik bilik malam ada dinner pulak di Majestic Hotel jam 7.00pm. Selfie dulu dengan “hotel-mate” sebelum turun. Sebelum tidur pulak gigihkan kaki jalan-jalan dulu round bandar Kuching. Bukannya hari-hari tau dapat tengok view macamni..
Naik bot cari kek lapis..
Kecik je sungai dia.. baru selfie 3 keping dah sampai dah.. tapi kecik -kecik jangan disangka tiada buaya hehe
Okaylah, #donemembebel untuk entry kalini. Banyakk lagi aktiviti menarik yang Ann nak cerita sepanjang 5 hari Ann di Sarawak ni. Stay tuned for the next entry guys! ❤
Follow my journey:
Facebook: www.facebook.com/annnouraa
Instagram: www.instagram.com/annnoura
Comments
Belum pernah lagi pergi sarawak…! Entri ni best..
Author
Hehehe wajib pergi.. anyway, thanks kak!
Wah wah wah.. seronoknya dia.. Ynag penting.. Ole ole utk kak Ti ada tak.. hehehe.. Best jugak Sarawak ni kan.. Hmmm.. Boleh masuk dlm list ni..
Author
Hahah kek lapis akak ada dekat kak alin.. ika nk belikan makanan, takut tak tahan pulak taktau bila nk jumpa akak lepasni sobss
Hello…
Terbaik lah. Hello hotel-mate. Hahaha. Nice to meet dear.
Author
Olaaa hotel mateee! Nice knowing u too. Sincerely, Your Dugong 😂
Menarik rupanya sarawak ni…next target honeymoon !! Ahahaha..
Author
Hahaha ni baru hari ke dua. Tggu lagi 3 hari kita kasi coverage kat sini hehe
Tak pernah pergi lagi kat Taman Negara Bako tu, nanti kalau ke Sarawak lagi nak pi lah
mas saari recently posted…Selamat Hari Lahir Airis
Author
Yupp mesti pegi! Nanti kira boleh pilih nak pegi yg mana satu. Biasa diorang buka utk teluk paku & teluk delima.. hehe
banyaknye gambar! mesti seronok klik sana sini. menark sangat taman negara bako ni!
Author
Hahaha best gilaaa kak! Wajib mai sini! Hehe
Pingback: Tourism Malysia: Visit MY Sarawak Day 3 - Ann Noura
353958 78076It is difficult to get knowledgeable people with this topic, but the truth is could be seen as do you know what you are referring to! Thanks 710909
885442 275281Enjoyed reading via this, quite very good stuff, thankyou . 827705
802927 791013 Youre so cool! I dont suppose Ive read anything like this before. So nice to locate somebody with some original thoughts on this subject. realy thank you for starting this up. this web site is something that is necessary on the internet, someone with slightly originality. beneficial job for bringing something new to the internet! 558302
555765 234187I was searching at some of your blog posts on this site and I believe this web web site is real instructive! Keep posting . 730277
829777 885780Couldn?t be designed any greater. Reading this post reminds me of my old room mate! He always kept talking about this. I will forward this report to him. Pretty certain he will possess a great read. Thanks for sharing! 63265
8212 492527Some actually fantastic info , Gladiola I identified this. 529924
232908 616905Really informative and fantastic bodily structure of content material material , now thats user friendly (:. 131806
609011 474452You produced some decent points there. I looked on-line for any dilemma and discovered most individuals will go in conjunction with together with your web site. 769180
450363 546509Hi there! I simply want to give a huge thumbs up for the great data you can have proper here on this post. I will likely be coming once more to your weblog for much more soon. 637512