Bedak Agnesia: Perlindungan Seumpama Sentuhan Kasih Sayang
Bedak Agnesia Hygiene dan Beau Care
Kedengaran lagu ‘Girls Like You’ oleh Maroon Five di telefon bimbitku. Nombor tak dikenali.. ‘Hello?’, kataku. ‘Hello Cik Ann, saya dari XXX nak hantar bunga. Rumah yang belah mana ya? ‘.Eh, bunga? Rasa-rasa nya hari lahir ataupun konvokesyen dah berbulan-bulan berlalu.. Takkan ada lagi yang nak bagi bunga.. Misteri ni.. 5 minit kemudian.. Abang posmen pun sampai.. “Sign di sini ya”.. Di tangannya ada satu kotak besar.. “Baik, terima kasih”, kataku sebelum berlalu masuk ke rumah..
Buka sahaja kotak, sejambak bunga dari @50gram.com.my diterima bersama satu kotak kecik.. Di luarnya tertulis Agnesia..
“Wahh ni bedak Agnesia ni! “
Bedak Agnesia Untuk Semua Peringkat Umur!
Produk Agnesia ni memang dah sinonim dengan keluarga Ann, disebabkan bedak Agnesia ni sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi seawal usia 6 bulan hinggalah ke warga emas. Semua pun boleh pakai. Dari kecil memang Mak selalu gunakan sebelum pakaikan pampers untuk anak-anak dia.. Menurun, sampai ke anak-anak sedara pun dipakaikan oleh abang kakak. Yelah, tak ada Agnesia ni, tak yakin. Keluarga pula jenis kulit sensitif. Pantang panas sikit, memang tergaru-garu, naik ruam lah masing-masing..
Bedak Agnesia Sudah 80 Tahun Dalam Pasaran
Produk Agnesia ni bukannya baru 20, 30 tahun tau, tapi dah 80 tahun dalam pasaran, iaitu sejak 1930 lagi. Sebab tu formulasinya memang terbukti berkesan untuk:
- Menghilangkan ruam dari semua peringkat umur
- Melegakan kegatalan
- Berupaya membasmikan 99.9% bakteria
- Menyerap peluh berlebihan
Yang paling penting, produk Agnesia TIDAK MENGANDUNGI Asbestos yang membahayakan kesihatan.
Baca: McDonald’s Malaysia Rai Anak Yatim: Ramadhan 2019
Bedak Agnesia Kini Berwajah Baru!
Cantik kan packaging bedak Agnesia ni.. Dah diberi nafas baru.. Hehe
Kini dengan Agnesia Beau Care!
Sekarang ni pula, selain Classic Hygiene Care yang kita guna dari masa kecil tu, dah ada juga Beau Care dengan haruman Lavender dan Ros.. Memang sedap baunya!. Ann yang kurang gemar haruman lavender pun boleh minat bau ni.
Tekstur Yang Sangat Lembut pada Kulit
Kalau siapa yang pernah pakai yang Classic Hygiene Care, tahu lah kan teksturnya sedikit kasar, disebabkan ia mengandungi 25% zink oksida yang sangat berkesan menghilangkan ruam pada kulit. Tapi bagi Agnesia Beau Care ini, selain dari bauan yang harum, ia mempunyai tekstur yang sangat lembut. Kita yang pakai tudung ni lagilah cenderung nak naik gatal-gatal bila panas kan? So apa yang Ann buat, sebelum keluar rumah Ann akan siap-siap sapu dulu kat tengkuk, dan barulah sarung tudung. Gatal-gatal no more dan rasa segar je sepanjang hari!
Perlindungan Seumpama Kasih Sayang
Dah tentu Halalan Yoyyiban!
Produk Agnesia ni disahkan halal. So jangan risau yaa! Halalan Toyyiban!
Di Mana Nak Dapatkan Bedak Agnesia?
Untuk pengetahuan, bedak Agnesia ni boleh didapati di semua farmasi utama seperti Watson dan Guardian, Aeon Wellness, dan mana-mana pasar raya seperti Mydin, KKMart dan 99 Speedmart.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah layari:
Website
https://www.apexpharmacy.com.my/
Facebook
AGNESIA MALAYSIA
Instagram
@agnesiamy