McDonald’s Malaysia Rai Anak Yatim: Ramadhan 2019
Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini, sekali lagi Ann diberi peluang mengikuti Majlis Iftar Bersama Anak-anak Yatim anjuran McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC) dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) pada 16 Mei 2019. Majlis Iftar ini diadakan di Masjid Usamah bin Zaid yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Seramai 500 orang anak-anak yatim yang terlibat dalam majlis kali ini.
Senarai Rumah Kebajikan yang Terlibat
Setiap rumah kebajikan menerima sumbangan RM5,000 dari RMHC.
- Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah
- Rumah Perlindungan Nur Qaseh
- Rumah Anak Yatim Nur Iman Danau Kota
- Titian Kasih
- Pusat Jagaan Kasih Murni
- Darul Fikir
- Baitul Hasanah
- Pertubuhan Rumah Anak Yatim Ulin Nuha
- Rumah Penyayang Darul Ilmi
- Baitul Ehsan
Alhamdulillah, Majlis Iftar ini disertakan dengan penyampaian tazkirah oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Turut sama hadir adalah Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP dan Azhar Darbi, selaku Pengarah Kanan Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia.
“McDonald’s Malaysia amat berbesar hati menerima kehadiran lebih 500 anak-anak dari 10 rumah kebajikan pada malam ini dan berharap majlis ini dapat menyerikan lagi sambutan Ramadhan yang penuh barakah ini. Sebagai sebuah syarikat milik individu Islam, kami turut melaksanakan kewajipan kami untuk membayar zakat bagi membantu serta memberi manfaat kepada golongan fakir miskin di Malaysia,” kata Azhar.
McDonald’s Malaysia merupakan salah satu pembayar zakat perniagaan di PPZ-MAIWP. Melalui program seperti ini, ia dapat merapatkan lagi ukhuwah di antara PPZ-MAIWP dan McDonald’s Malaysia, serta menyemarakkan lagi budaya bersedekah lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia ini.
Syabas McDonald’s Malaysia!
McDonald’s Malaysia juga masih komited meneruskan aktiviti-aktiviti tahunan lain bersempena Ramadhan, antaranya tajaan moreh di surau, masjid (di sekitar lokasi restoran) dan di institusi-institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia.
Selain itu, McDonald’s Malaysia juga sering melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan setempat sejak 2016, yang mana telah mencecah 10,000 aktiviti bersama komuniti di seluruh negara.
Di samping itu, – Anugerah Guru Inspirasi – yakni inisiatif kemasyarakatan jangka panjang turut diperkenalkan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada guru-guru terpilih yang telah melaksanakan tugas dan memberikan impak positif kepada pelajar dan komuniti. Tambahan lagi, ‘Bulan Komuniti’ juga sebagai satu inisiatif yang diadakan pada bulan Oktober setiap tahun bersempena dengan Hari Kanak-Kanak Malaysia.
Baca: Resepi Ayam Penyet Lengkap Dengan Sambal
Semoga Banyak Badan Korporat yang Mencontohi McDonald’s
Alhamdulillah, jujur, Ann bersyukur sangat dapat turut serta lagi dalam Majlis Iftar bersama anak-anak ini untuk kedua kalinya. Semoga lebih banyak lagi program-program seperti ini akan diadakan pada masa hadapan. InsyaAllah, melalui program seperti ini, moga-moga Hari Lebaran lebih bermakna buat anak-anak lindungan Allah ini. Amin 💕
“Ibadah Zakat Pelengkap Ramadhan”
Comments
Pingback: Rumah Ronald McDonald Sudah 20 Tahun Bantu Pesakit Pediatrik