Resepi Ayam Penyet
Alhamdulillah, satu lagi percubaan yang berjaya. So harini Ann nak share Resepi Ayam Penyet Sedap (bukan Ann yang kata, orang yang dah rasa yang cakap.. Hehe). Ni gabungan dua resepi dari LimauManis dan sambalnya pula diubahsuai dari MakanLena So, straight forward, ayuh kita mula!
Sambal Ayam Penyet
Bahan-bahan:
- 35 batang cili api
- 13 batang lada hidup
- 2 biji bawang besar
- 6 ulas bawang putih
- 4 biji tomato
- 3 sudu besar belacan (serbuk)
Goreng semua bahan di atas. Mulakan dengan bawang besar dan bawang putih. Kemudian lada hidup dan cili api. Seterusnya masukkan pula tomato dan terakhir belacan. Biarkan sejuk. Setelah sejuk, kisar bahan-bahan di atas.
Bahan tambahan:
- Sedikit asam jawa yang dilarutkan dalam air. Sedikit serbuk ikan bilis Knorr
- Sedikit garam
- Sedikit gula
Tumis campuran bahan yang telah dikisar tadi bersama air asam, serbuk ikan bilis gula dan garam sehingga naik minyak. Tutup api dan ketepikan. Boleh dibuat stok. Pastikan sambal sudah sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Rupa sambal yang sudah siap..
“memang menjadilah sambalnya!”
Resepi Ayam Penyet
Bahan untuk rebusan ayam:
- 1 ½ ekor ayam
Potong dan bersihkan ayam, bagi memastikan rasa ayam meresap, cucuk-cucuk ayam menggunakan garfu.
Nampak lubang-lubang tu? Ha, cucuk je jangan takut-takut..
- 6 biji buah keras
- 2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 ½ sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 2 sudu besar garam
- 1 sudu besar gula
Kisar semua bahan di atas. Masukkan ayam, dan bahan kisar dalam air (air paras ayam boleh tenggelam). Hidupkan api dan tunggu sehingga ayam masak. Nak mudah, gunakan pressure cooker dan masak 45 minit – 1 jam jika suka ayam lembut hingga ke tulang. Tutup api.
- Tempe – potong 4 segi
- Tauhu – potong 4 segi
Masukkan tauhu dan tempe dalam bekas rebusan ayam dan tutup rapat. Biarkan semuanya terendam lebih kurang 2-3 jam sebelum digoreng.
Bahan untuk menggoreng:
- 2 cawan tepung beras
- 1 biji telur
- 1 cawan air rebusan ayam (ikut kesesuaian)
- Sedikit garam dan gula jika perlu
Campurkan tepung beras dengan telur. Masukkan air sedikit demi sedikit, nanti tepung akan jadi macam tepung goreng pisang. Cairkan sedikit lagi dengan menambahkan air rebusan ayam.
Celup ayam dan gorengkan. Pastikan api kuat dan goreng tenggelam. Setelah siap, baru lah gorengkan tauhu dan tempe pula
Kriuk – kriuk ayam:
Dengan menggunakan jari, renjis tepung dalam minyak panas. Angkat bila sudah keperangan.
Sup Ayam Penyet:
Gunakan air rebusan ayam tadi sahaja.
Siap, sedia untuk dihidang! Satu family puji tau! Hikss Selamat memenyet! 💕
Comments
Pingback: McDonald's Malaysia Rai Anak Yatim: Ramadhan 2019 - Ann Noura