Resepi Baked Macaroni ala Shepherd Pie Sedap
“Resepi Baked Macaroni ala Shepherd Pie Sedap”
Haa baru berapa hari Puasa, dah pening dah mikir nak masak apa. Sebab tengok Mak lunyai je, dengan rajinnya Ann meng-offer diri nak masak harini. Ann dah sesiap tanya Mak, “Eika masak apa-apa jelah ea?” So, sebab dah pening nak masak apa, ‘apa-apa’ tu terbentuklah seketul Baked Macaroni ala Shepherd Pie. Ann suka buat ni dari dulu, tanpa Ann tau pun namanya. Selama ni duk kata Baked Macaroni + Potato je..
Hehe.. So, ni Shepherd Pie versi Ann ya. Yang Ann tau, Shepherd pie kebiasaannya cuma ada lapisan sos daging dan kentang sahaja. Yang Ann buat ni pulak, campur makaroni dan sos putih macam dalam lasagna tu, dalam sos daging. Gabungan resepi lasagna dan makaroni bakar.. tapi macam biasalah kan, lepastu dia jadi resepi sendiri campak-campak je.. hehe..
Asyik bebel kosong, jadi mana resepi baked macaroni nya?
So, jom kita tengok bahan-bahan bagi Resepi Baked Makaroni ala Shepherd Pie ni!
Resepi Baked Macaroni ala Shepherd Pie
- 300g (3/4 pek) Makaroni
Rebus makaroni dengan air dan sedikit garam. Ketepikan.
Sos daging:
- 3 sudu besar cili boh (boleh tambah kalau nak pedas)
- 1 sudu kecil gula
- 1 biji bawang besar dipotong halus
- 3 ulas bawang putih dipotong dadu kecil
- 500g daging cincang
- ½ cawan air
- 5 sudu besar sos tomato / tomato puree
- 2 biji karot
- ¾ tin cendawan butang
- Sedikit garam
- Sedikit rosemary & thyme kering
Tumis cili boh dalam sedikit minyak panas. Masukkan gula semasa menumis supaya warna cili jadi cantik. Masukkan bawang besar & putih dan tumis hingga garing.
Masukkan daging & air. Kacau sehingga hampir masak. Masukkan sos tomato, karot & cendawan butang. Masak sehingga karot lembut. Masukkan garam, rosemary & tyme kering dan tutup api.
Bila dah masak, boleh satukan sos daging dengan makaroni.
Baca: Surya Apple Cider Vinegar Penyelesaian Masalah Perut Kembung Anda!
Sos putih:
- Sedikit mentega
- 1 tin susu cair atau boleh guna susu segar 400ml
- 3 sudu tepung gandum/jagung
- 3 keping Cheese layer
- Sedikit garam
Dengan api perlahan, cairkan mentega. Masukkan susu dan tunggu hingga mula berbuih. Masukkan tepung yang sudah dilarutkan dalam air kosong. Masukkan cheese & garam. Tutup api.
Masukkan ¾ sos putih dalam makaroni yang sudah dicampur sos daging tadi. Selebihnya akan digunakan pada lapisan kentang.
Lapisan kentang putar:
- 7 biji Kentang yang sudah direbus dengan garam hingga lembut
- Sedikit mentega (tidak perlu dicairkan)
- ¼ tin susu cair
Hancurkan kentang dengan menggunakan hand mixer. Kalau tak ada, boleh guna cara manual (tekan-tekan dengan alat masak burger). Kalau nak halus & lembut, memang kena guna hand mixer. Masukkan mentega sedikit demi sedikit, dan yang terakhir masukkan susu cair.
Cara melapis:
- 1. Masukkan campuran makaroni, sos daging & sos putih tadi dalam bekas untuk dibakar. Kalau nak tekstur yang melekat dan tak bercerai, pukul 1-2 biji telur dan campurkan dalam makaroni tadi. Tekan-tekan dalam bekas supaya mampat. Kalau tak tekan nanti, tekstur akan lagi mudah terlerai bila dah masak.
- 2. Lapiskan dengan kentang putar. Kemudian lapiskan dengan baki sos putih tadi.
- 3. Susun cheese di atas sekali (nak lagi sedap guna mozarella) & kalau nak, taburkan sedikit rosemary kering. Sedia untuk dibakar dengan suhu 180°C selama sejam setengah (jika ditambah telur) dan sejam (jika tiada telur).
“Siappp! Sedapnyaaa berbuka ala Western”
Nota
Siap untuk dimakan (baca: baham).. Hehe.. Boleh 2 kali makan utk 4-5 orang. Ann buat 2 bekas siap-siap. Satu untuk berbuka, and masa sahur tinggal nak panaskan je. Hamek, kembang semangkuk sebab malas nak guna banyak-banyak bekas. So apa lagi, selamat menambah menu berbuka puasa! ❤️
Comments
Alahai sedapnya…org sabar je bleh masak macam ni…akak jenis x sabar..cepat baran..haha…tp nak cuba gak la..thanks share!!
Pingback: Resepi Ayam Penyet Lengkap Dengan Sambal - Ann Noura
Pingback: Cara Membersihkan Siput Sedut dan Buang Lumpur - Ann Noura