Ramadhan Buffet di Naan Lounge
Fuhh rasa macam lama benor tak pergi Ramadhan Buffet ni.. So Alhamdulillah, Ramadhan kalini Ann berpeluang menikmati Ramadhan Buffet di Naan Lounge. Naan Lounge yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam menyajikan pelbagai juadah berbuka puasa dari Pakistan.
Ruang Selesa, Parking Percuma
Restoran ni baru beroperasi dalam 6 bulan, mempunyai ruang yang selesa dan mampu memuatkan kira-kira 140-160 pelanggan dalam satu masa. Ruangan dalam yang berhawa dingin, dan terdapat juga khemah di bahagian luar.
Di sini lengkap dengan kemudahan seperti tandas yang bersih, surau serta parking percuma pada hari minggu dan selepas jam 5 petang pada hari bekerja. Ala, kalau sebelum jam 5 petang pun baru 60sen je sejam.. Hehe
Naan Lounge: Menu Hidangan Buffet
Ni antara menu yang dihidangkan masa Ann ke Naan Lounge ni.. Antaranya ada: nasi beriyani, nasi kukus, naan, naan cheese, roti tandoori, ayam masala, lamb keema, ayam tandoori, dhal tarka, alu gobi, pakora, samosa, spring roll, kuih kaswi, kuih melaka, kheer, dan pelbagai makanan ringan.
nasi beriyani, nasi kukus, naan, naan cheese, roti tandoori, ayam masala, lamb keema, ayam tandoori, dhal tarka, alu gobi, pakora, samosa, spring roll, kuih kaswi, kuih melaka, kheer, dan pelbagai makanan ringan.
Air yang dihidangkan pula adalah:
- lemon mint
- sirap
- teh tarik
- teh o.
“Lembutnyaa daging kambing tempayan diaa…..”
Ramai yang komen tauu rasa dia samaa macam makanan nuun dari Pakistan.. Hehe
Di sini terdapat lebih 30 pilihan Naan yang ada. Killer menu di sini adalah Cheese Naan dan Nutella Naan. Naan Cheese ada termasuk sekali dalam package, manakala Nutella Naan boleh diorder secara ala-carte.
Fuhh sedapnyaa makan panas-panas.. Siap cair-cair lagi nutella dia..
Kaedah Pembayaran
Kot kalau tiba-tiba terlupa nak bawak cash, jangan risau di sini juga menerima pembayaran menggunakan kad debit dan credit. Touch N Go, Boost dan QRPay pun boleh tau! Kalau malas nak keluar tu, boleh juga guna perkhidmatan Grabfood dan Food Panda. Hehe..
Waktu Operasi
Pada bulan puasa, Naan Lounge akan beroperasi dari jam 4.00 pm – 3.00 am.
Manakala waktu operasi pada hari biasa pula:
Isnin-Khamis, Sabtu-Ahad : 11.00 am – 11.30 pm
Jumaat : 2.15 pm – 11.30 pm
Menerima Tempahan Katering
Untuk makluman, di sini juga menerima tempahan katering minima 1000 pax untuk kawasan sekitar Selangor.
So, untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi:
03-5882 2910
atau
INSTAGRAM: www.instagram.com/naanlounge
FACEBOOK: www.facebook.com/naanlounge.my
Alamat:
Naan Lounge, 44 Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Waze: Naan Lounge (berdekatan Hospital Shah Alam)
Baca: Best Western I-City Shah Alam: Ramadhan Buffet 2019
So apa tunggu lagi, selamat menjamu selera! 💕