Baru-baru ni, Ann sekali lagi diberi peluang mengikuti program bersama McDonald’s Malaysia, bersempena dengan sambutan ke-20 Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM).
Apa Itu Rumah Ronald McDonald
Rumah Ronald McDonald atau RRM ini merupakan program global Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) yang kini sudah menjangkau 370 buah di seluruh dunia. RMHC Malaysia memberi tumpuan khusus terhadap 4 program utama untuk membantu kanak-kanak di Malaysia seperti:
- 1. Rumah Ronald McDonald
- 2. Bilik Sensori Ronald McDonald
- 3. “Gift of Smile”
- 4. Pek Kembali ke Sekolah
Kesemua program di atas meliputi 3 bidang utama RMHC Malaysia iaitu Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.
Sudah Ditubuhkan Sejak 1999!
Ya, sudah 20 tahun Rumah Ronald McDonald membantu lebih 1,300 keluarga pesakit pedriatik seluruh Malaysia yang menjalani rawatan di HCTM-UKM. Ia ditubuhkan oleh RMHC Malaysia bagi meringankan beban dan memudahkan pesakit dan keluarga berurusan di sini.. Bagus kan McDonald’s Malaysia?
Dirasmikan oleh Tun Dr. Siti Hasmah
Turut dijemput pada majlis kali ini, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali mengimbau kembali kenangan merasmikan rumah ini 20 tahun yang lalu.
“Saya amat berbangga melihat komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh RMHC Malaysia dan HCTM-UKM dalam usaha membantu keluarga-keluarga pesakit pediatrik di sini untuk berada dekat dengan anak-anak mereka yang menjalani rawatan. 20 tahun bukanlah tempoh yang singkat, dan dalam tempoh masa ini, saya terharu dengan komitmen dan sokongan semua pihak dalam memastikan kemudahan seperti ini dapat dikekalkan demi membantu kanak-kanak yang berada dalam situasi yang kritikal dan keluarga mereka.”
Home Away from Home
Memetik kata-kata Azmir Jaafar selaku Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia;
“Konsep unik ‘home away from home’, rumah ini merupakan usaha murni RMHC Malaysia bagi membolehkan ibu bapa dan penjaga memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses pemulihan anak mereka. Kami juga berharap agar melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, kerajaan negeri dan mana-mana penyedia perkhidmatan kesihatan khususnya hospital-hospital yang berkepadatan tinggi, kami boleh memperluaskan lagi program ini untuk dimanfaatkan oleh keluarga pesakit di seluruh Malaysia.”
Tabung McDonald’s Malaysia juga disalurkan pada Rumah Ronald McDonald
Ann baru tahu, rupa-rupanya sumbangan yang kita masukkan dalam tabung yang selalu ada di kaunter McDonald’s Malaysia ni rupa-rupanya disalurkan juga pada Rumah Ronald McDonald, selain dari tajaan terus dari syarikat-syarikat korporat.
Untuk pengetahuan semua, pembinaan rumah ini ketika awal pembinaannya telah menelan belanja sebanyak RM2 juta hasil sumbangan pelbagai pihak termasuklah orang awam dan syarikat-syarikat korporat. Rumah ini juga telah ditambahbaik pada 2004 dan 2014. Jadi rajin-rajinlah menderma ya dalam tabung bantuan McDonald’s Malaysia..Bukan apa, pahala dapat, hati pun senang dapat membntu orang lain yang memerlukan..
Kelengkapan yang Disediakan
Menurut keluarga yang sudah menginap di sini, mereka menyamakan tinggal di sini umpama tinggal di rumah sendiri, malah lebih baik lagi. Antara kelengkapan dan kemudahan yang disediakan termasuklah:
- 1. Ruang makan
- 2. Ruang istirehat
- 3. Surau
- 4. Dapur
- 5. Bilik dobi
- 6. Bilik & taman permainan
- 7. Perpustakaan
- 8. Gim mini
- 9. Bilik komputer
Rumah ini mempunyai 19 bilik tidur dengan jumlah sebanyak 57 buah katil. Ini bermakna Rumah Ronald McDonald mampu memuatkan 19 keluarga pada satu masa.
Yang terbaiknya, bayaran penginapan hanyalah RM5 SAHAJA untuk satu malam!
Terdapat banyak tau aktiviti menarik yang dijalankan di sini termasuklah hari keluarga, kelas masakan kesihatan, kelas kecergasan, sambutan hari jadi bagi pesakit kanak-kanak serta sambutan perayaan.
Baca: McDonald’s Malaysia Rai Anak Yatim
Bersama rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari
Rumah Ronald McDonald Kini Dibuka di Kelantan
Baru-baru ini juga, RMHC Malaysia telah merasmikan pembukaan Rumah Ronald McDonald yang kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, bagi memudahkan dan meringankan beban keluarga pesakit kanak-kanak di kawasan pantai timur.
Yang Pertama di Asean
Rumah Ronald McDonald ni merupakan rumah penginapan dalam hospital yang pertama di rantau Asean tau. Sejak mengikuti perkembangan bantuan dan kebajikan yang dihulurkan oleh McDonald’s Malaysia, makin tinggi rasa respect pada McDonald’s Malaysia ni. Semoga McDonald’s Malaysia berterusan dalam membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan. Salute McDonald’s Malaysia! ❤️
Comments
Pingback: ENVIDIA Beauty: Make Up Dengan Konsep On-The-GO - Ann Noura
Alhamdulillah, boleh war-warkan pada mereka yang memerlukan dan kurang berkemampuan
Wow!! Dari thn 1999
Yer .. baca ini baru tahu..
AZni recently posted…Cream Foundation Terbaik dari ENVIDIA Beauty
Bgus untuk mereka yang memerlukan..kadang pesakit datang dari jauh..bila ada rumah khas mcm ni, memng mebantu sangat
Semoga company lain juga contohi mcd dalam membantu golongan kurang kemampuan seperti ini
Baguslah usaha McD wujudkan rumah ni, lama da usianya.
mcdonald memang dah lama anjurkan aktiviti-aktiviti kebajikan macam ni untuk tolong orang yang lebih memerlukan
Bagus ye rumah Ronald McDonals ni sebab membantu ramai orang sejak 20 thn lps
Menarik Rumah MCDonald ni, semoga dgn adanya rumah, ianya mampu membantu mereka yang memerlukan bantuan seperti apa yg rumah McDonald berikan.. Rumah cantik menarik sangat.
Jujur cakap ni first time nur tahu pasal RRM. Info sebegini perlu diperluaskan supaya lebih ramai yg tahu. Tanpa sedar RRM banyak bantu orang. Terima kasih RRM 🙂
Decamellia recently posted…8 Petua Merawat Anak Demam Panas Di Rumah
Ia akan menjadi satu keadah yang memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Tahniah kepada mereka yang berjaya program sebegini.
Tahniah McDinald buat usaha gini. Dapat ringankan beban kepada yang memerlukan
Wah. Rupanya dh 20 tahun bertapak di sini. Banyak pulak cawangan di malaysia. Aiseh. Mcm mane abam baru sedar ni ? Huhu. Boleh la nanti sesekali site visit.
Alhamdulillah..moga terus kekal hendaknya. Moga usaha murni ini dptlah membantu mereka2 yg memerlukan
tahniah ronald mcondald. terima kasih malaysia kerana merealisasikan rumah kebajikan ini. dan kini ada di kelantan juga. harap akan ada disetiap negeri nanti. jom menyumbang.
Wah dah 20 tahun. Lamanya. Tahniah Mekdi kerana wujudkan charity home utk yang tak mampu
Rawlins pernah pergi yang di HUKM. Rawlins kagum dengan komitmen dan bantuan orang ramai dalam memudahkan urusan mereka yang memerlukan ini. Alhamdulilah, Malaysians memang bermurah hati.
Meriah pembukaan Rumah McDonalds ni kan. Tak sangka dah 20 tahun dah sebab ye lah kita kurang peka kadang2 apa yg telah berlaku sbb selalu disajikan entertainment, controversial issues.
Ha isu macam ni patut diwar-warkan dapat jugak memberi manfaat kepada orang yang betul2 memerlukan kan.
bagusnya diwujudkan rumah ronald mcdonald nie. sedikit sebanyak membantu org kurang bernasib baik untuk mendapat tempat utk berteduh. semoga lebih banyak lagi rumah dan usaha seperti ini di masa akan dtg
such a great initiative from mcdonald… patients and patients; family must appreciate their effort.. and somemore, contributing for 20 years already.. bravo!
kylie cre8tone recently posted…Hair cut + scalp treatment @ e3 Salon Masjid Jamek
Semoga usaha murni ini akan terus berkembang dan kekal hingga bila2…sekurang2 ada pihak yg perihatin kepada yg kurang bernasib baik..
Baru tahu tentang kewujudan rumah ni. Tak sangka banyak fasiliti yang disediakan bagi membantu mereka yang benar-benar memerlukan
wah tak sangka 20 tahun rupanya..baru je tahu.. alhamdulillah usaha yg murni dr pihk mcd..
ciktom recently posted…Waffle Makers | Where to Buy, Types and Best Brands
Tak sangka rumah ni dah lama sejak tahun 1999 lagi! Bagusnya usaha McDonald untuk bantu masyarakat disamping bagi makanan sedap2!