Berbuat baiklah sentiasa

We will never know amalan mana yang diterima Pencipta.

Just to share, perfect example for me; masa Ann kecik² dulu Ann dah start puasa. Seingat Ann, since tadika dah start, tapi separuh hari jelah. Balik tadika around 10.30 ke 11.30 pagi tu dah confirm bukak fridge. Pastu acah² tak larat. Hari-hari macamtu haha tapi kan, Ann tak pernah tau buka puasa tanpa mintak izin dulu. Kiranya tak pernah lah curi-curi makan. Hehe..

Dalam lingkungan Darjah 1 or 2, Ann dah start puasa penuh sehari. Tapi masatu of course tak cukup lah sebulan, tapi dah berjaya puasa dari subuh bawak ke maghrib. Until one day tu, tengahari, Ann remember, Ann cakap dengan family nak buka puasa, sebabnya Ann baru teringat Ann tak niat puasa. Then masatu family beriya cakap it’s okay, just teruskan je puasa. The memory sticks on my mind, sebab Ann jadi berhati² untuk tak lupa niat berpuasa. Bila Ann sebut ‘Niat’ tu it means membaca

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ اَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هذِهِ السَّنَةِ ِللهِ تَعَالَى

So tolak tepi pasal ilmu boleh niat malam pertama Ramadhan untuk sebulan tu, it turns out to be orang kita makin berilmu day to day, dan ilmu yang paling kick me in the ass, bila mana tersebarnya ilmu, just niat aku nak puasa Ramadhan esok, ataupun bila kita bangun bersahur tu dah cukup menunjukkan yang kita nak puasa. Faham right? It’s good to have a proper niah, tapi perbuatan ke arah berpuasa tu pun dah cukup untuk kita berpuasa.

Same goes juga dengan solat. Ilmu dipelajari dari kecik, niat kena lengkap, hafal niat bersolat dari subuh bawak ke isya’. Bila meningkat dewasa, kita tau yang niat tu comes dari hati. Dan Ann pernah belajar, kalau jenis yang ragu-ragu (masalah was-was) dalam solat (niat), tak perlu pun sampai ulang² niat tu banyak kali. Cukup kita pergi tandas untuk ambil wudu’ tu kita dah tau kita nak solat fardhu subuh, zohor, asar, maghrib mahu pun isya’ kan? Wallahua’lam.

Apa yang Ann nak sampaikan, Islam tu mudah. Cuma jangan memudahkan. Plus, we will never know amalan mana yang diterima. Bila dah besar Ann selalu terfikir, “Alhamdulillah aku tak berbuka puasa dulu just disebabkan aku kata aku tak niat”. Yela sedangkan perbuatan bersahur tu sendiri sebenarnya kita ni dah niat dah untuk berpuasa. Untuk apa kan kita bangun sahur pagi-pagi?

Wallahua’lam. Ann bukan ustazah, cuma nak sampaikan sikit sebanyak pengalaman hidup yang tak seberapa ni je. So, akhir kata, banyak mana pun kita berbuat dosa, jangan lokek berbuat baik, pada diri, dan pada orang lain. Ikhlaskan hati. InsyaAllah, Allah beri yang lebih baik nanti. Mungkin syurga menanti?

-My 2 am thoughts-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge