Menu

Masalah Kecik ke Masalah Besar?

0 Comment


Selalu kalau kita share masalah kat orang, ada 2 respon yang kita akan terima:

  1. “Besar masalah awak ni.. Kuat nya awak boleh hadap”
  2. “Laa kecik je ni. Takde apa lah. Orang lain hadap lagi lah boleh terbalik dunia”

لا يكلف الله نفساً إلا وسعها

Lama-lama bila fikir, betul ke wujud masalah kecik dan besar ni? So it turns out to be, Ann buat satu conclusion. Conclusion tu lepas Ann dah synchronised dengan ayat Al-Quran yang bermaksud:

Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya (Al-Baqarah: 286)

Dari sini Ann nak tekankan, Allah menguji kita mengikut kemampuan seseorang umat tu. Kuat dia, maka kuatlah Allah duga.

Tapi jangan pulak pandang orang yang rasa masalah kita tu besar tu lemah. Mentang-mentanglah kita rasa biasa je kan masalah tu. Mungkin dia belum pernah berada di situasi kita. Kalau mungkin nanti dia terpaksa hadap, mungkin dia jauh lagi kuat dari kita. Merendah dirilah.

Terus Kuat

So, tak kiralah berapa besar pun masalah yang kita hadap tu, ingat satu je, jangan putus asa. Jangan ambil port bila orang persendakan masalah kita. Positifkan diri bila orang perlekehkan masalah kita, “takpe, mungkin sebab kau lagi kuat dari aku sebab tu Tuhan uji kau lebih. Alhamdulillah, ni apa yang Allah bagi aku untuk aku belajar”.

Conclusion, tiada masalah besar atau kecil. Ann akan cuba pegang. Semuanya mengikut kekuatan kita untuk menghadapinya. Berdoalah moga Allah permudahkan setiap permasalahan kita. Di bawah Ann sertakan doa yang mungkin boleh diamalkan. Wallahua’lam.

Doa Kemudahan Semua Urusan

Credit doa: http://wardatulsyauqa89.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

%d bloggers like this: