The Journey of A Lifestyle Blogger
At last, Ann kentalkan hati buat juga #backpackerstyle supaya impian bertukar jadi nyata. Kos nak mur mur saje.. Hehe.. So untuk first time Ann travel gaya backpacker ni, Ann memilih untuk ke Selatan Thailand yang mana Ann cover di bahagian Hat Yai, Krabi dan Phuket dalam masa 6 hari 5 malam bersama my one and only partner, Fatin. Kenapa berdua? Sebab rasa senang lagi kot nak ikut timing sendiri. Tambah lagi, dua-dua pun first time ke Thailand dan buat backpack style, so kalau ramai-ramai pun nanti banyak sangat akal pening gak haha.. So, Hat Yai, Krabi & Phuket trip murah, let’s begin!
So, pecahannya adalah 2 malam di Hat Yai, 2 malam di Krabi dan 1 malam di Phuket.
**post ini mengandungi penceritaan, itinerary, cost transportation serta accomodation, tips & tricks untuk hari pertama dan kedua, iaitu di Hat Yai.
Disebabkan tiket ETS yang malam Khamis dah habis, so we decided untuk beli tiket pagi Jumaat, jam 7am. Hotel semua dah ditempah sebelum trip, so no way lah kan nak tukar tarikh atau make a shorter trip.
Ikut plan, lepas baca dari blog dan hasil risikan dari member-member yang dah pernah sampai, perjalanan ETS dari KL Sentral untuk sampai ke Padang Besar sepatutnya makan masa cuma 5jam maximum. Tapi sekali lagi, we planned, but Allah has planned differently.
Perjalanan ambil masa 6jam 20min via ETS untuk sampai ke Padang Besar. Extra hours, extra pewai.
Tak cukup dengan tu, sampai je dekat Padang Besar, bajetnya pukul 3.45pm (ikut research) special train yang gerak dari Padang Besar (sempadan) ke Hat Yai akan bertolak.
Sekali, informer yang ada situ kata pukul 4pm baru bukak nak kaunter imigresen.. Nak tunggu lagi settle urusan. Belum campur perjalanan train akan makan masa almost sejam.
Haha okay. At last, angan² jelah sehari punya plan nak ke sana sini sebab dah 5.30pm baru check in hotel. Dah gelap tu memang option yang ada berdekatan cuma Lee Gardens Night Market jelah. Tapi makanan kat sini bestt tau. Banyak gila choices. Balik bilik tu dengan perut yang gumbiraa!
(waktu Malaysia)
7.00am-1.20pm: ETS KL Sentral ke Padang Besar
1.35pm-2.30pm: makan, solat
2.30pm-2.35pm: beli tiket special train
2.35pm-3.30pm: termenung 😂
3.30pm-3.35pm: edaran white card
3.35pm-4.30pm menung lagi
4.30pm- 4.55pm: kaunter imigresen di buka. Siapa yang naik special train blh terus masuk. Shoot gambar bajet² model tak berbayar.
5.00pm-5.45pm/4.45pm (waktu Thailand): Padang Besar ke Hat Yai Railway Station.
(waktu Thailand)
5.00pm-5.30pm: cari simcard, berjalan ke hotel (10mins walk- drama dalam hujan)
5.40pm-5.45pm: check in Hat Yai Youth Hostel
5.45pm-6.30pm: rest, maghrib
6.30pm-8.30pm: Lee Gardens & Centara Night Market
9.30pm: balik bilik & pengsan
🚈 ETS KL Sentral – Padang Besar MYR 76
🚞 Special Train Padang Besar – Hat Yai Railway Station MYR 7 / ฿50
🏢 Hat Yai Youth Hostel MYR 49/night (÷2 persons)
Total Day 1 Transportation & Accomodation = MYR 107.50/person.
Sebab dah kepingin sangat nak try jadi backpacker ni, so hari ke dua diteruskan dengan tabahnya. Kalau ikut tentative, kemain tau banyak tempat boleh lawat. Bila tengok bajet, hahaha kbye. Bukan sebab apa, kitorang takde transport sendiri ke sana sini. So, masa kat Hat Yai ni fully bergantung pd Grabcar (guna Grab kat Hat Yai sebab transportation yang paling murah berbanding tuktuk selepas sewa motor). Pagi² dah menapak 4.9km dari hotel menyusuri Kim Yong Market (takde makanan halal, banyak 🐽 je culture shocked kejap siap ada babi floss macam chicken floss tu tauu) ke Dimsum Chabura.
Next ke Chang Puak Elephant Camp, tak naik pun gajah sebab partner kata sian kat gajah.. Hehe comel tapi bila pikir balik, betul gak kan.. Sian gajah tu kena paksa carry kita 😭 Then plan kengkonon lepastu nak pegi ke Samila beach, tanya Grabcar yang kitorang naik tu, dia kata boleh bawak. Pergi balik ฿1000. Gulp.. Habis ฿500 sorang untuk perjalanan je..
Sebab rasa tak berbaloi, kitorang pun terus habiskan ฿500 dengan main ATV (40mins) dekat situ . Hahaha consider murah berbanding price ATV dekat Krabi, cuma trek dia singkat jela.
Pusing² pun kat situ gak. Dari awal² nebes, sampai syok pulak lenjan turun bukit langgar lopak bagai.. Balik dah lapar, terus cari nasi ayam Kai Thod.
Terjumpa suami isteri baru sampai dari Shah Alam masa makan (siap diorang belanja makan thank youu againn kakk) , terus jadi kawan then sama² ke Khlong Hae Floating Market.
Acah² tunggu sunset tapi tah celah mana sun pun tak nampak, so lepas dah tengok-tengok malam tu terus ke Asean Night Market. Kat sini banyak food dan barang² untuk korang bazir duit. Beware & mohon bawak duit banyak². Kalau agak² tak mampu + iman tak kuat tu sila jalan sambil tutup mata 😌
5.50am-7.00am : bangun mandi bersiap. Semangat ni, dah cukup tido kan malam tu kul 9.30pm dah tumbang 😂
7.05am-8.30am: keluar berjalan lalu Kim Yong Market tapi serious tak jumpa pun yang boleh dikunyah 😂 Muslim jual sayur je
8.30am-10.00am: Tiba di Dimsum Chabura. Queue up tunggu meja and lepak makan
10.15am-10.30am: Naik Grab dari Dim Sum Chabura ke Chang Puak Elephant Camp
10.55am-11.35am: main ATV di Elephant Camp
11.45am-12.30pm: Snap gambar
12.45pm-1.00pm: Naik Grab Elephant Camp ke Khai Tod
1.00pm-2.30pm: Tunggu meja & lunch di Kai Thod
2.30pm-3.30pm: Balik bilik kejap (3mins walk) . Rest
3.45pm-4.00pm: Grab ke Khlong Hae Floating Market
4.00pm-6.05pm: Lepak minum. Tak dapat sunset
6.15pm-6.40pm: Grab Khlong Hae ke Asean Night Market
6.45pm-9.00pm: Tiba di Asean Night Market. So, agak²nya shopping ke Shoppong (a.k.a shoping melopong)?
9.10pm-9.20pm: Grab Asean Night Market ke Hat Yai Youth Hostel
9.20pm-1.00am: Tiba Hotel. Pening² kira duit/bajet for the next days, tido
🚗Grab Dim Sum Chabura ke Chang Puak Elephant Camp ฿221
🚗Grab Elephant Camp ke Khai Tod ฿85
🚗Grab ke Khlong Hae Floating Market ฿166
🚗Grab Khlong Hae ke Asean Night Market ฿196
🚗Grab Asean Night Market – Hat Yai Youth Hostel ฿87
Total Day 2 Transportation and Accomodation=
฿1205 (÷2 persons) = ฿602.5 / MYR 78
So dalam tempoh 2 hari, kami menghabiskan MYR 185.50 (seorang). Mengikut currency semasa tukar di money changer, ฿ 1=MYR 0.128. So, setiap nilai dalam baht didarabkan dengan 0.0128 untuk dapat nilai dalam Ringgit Malaysia.
i. Masjid Songkhla. naik kereta x salah dalam 15mins kot dari Khlong Hae Floating Market. Tp sebab acah² penjimatan hebat check Google Maps kena berjalan 50mins dr Floating Market tu (1 way), kay kensel… 😂
ii. Songkhla area. Situ got macam² juga interesting places eg; Samila beach, Tang Kouan Hill, Street Art, and few checkpoints lagi. Boleh buat self research kat mana nak pi. Other than tu, ada member kasitau ada namanya Pelangi Restaurant. Bayaq MYR 21, eat all you can (seafood) sampai lebam. Kalau repeat next time memang ni wishlist tempat nak pi.
iii. Hat Yai Park area. Ada cable car berdekatan dengan Municiple Park.
iv. Green Way Night Bazaar. Dekat je dengan Asean Night Market, tapi due to hujan lebat tak berenti (plus actually dah tershopping dekat Asean Night Market 🤣🤣) so we decided daripada terus mengeringkan pouch, better terus balik hotel.
Okay, done with sharing session dari Ann di Hat Yai. Experience yang berharga. Kat sini ada tak yang hadap menda yang sama atau berlainan? Boleh share pengalaman korang okay? So nanti untuk perjalanan ke Krabi dan Phuket menggunakan public transportation akan diceritakan dalam posting yang seterusnya. Nantikan! ❤️
Tags: #backpacker, #krabi, #phuket, chang puak elephant, dim sum chabura, hat yai, hat yai youth hostel, lee garden, special train thailand, trip bajet, trip budget, trip murah
1 thought on “Backpacker Style: Hat Yai Trip Murah”