TEMPAT MENARIK DI PENANG: GHOST MUSEUM, MAGIC WORLD & ICE CAFE

tempat menarik di penang

Tengah plan percutian tapi taktau ke mana? Jom Ann bawak korang meneroka antara tiga tempat menarik di Penang yang korang boleh try!

1. TEMPAT MENARIK DI PENANG: GHOST MUSEUM

Ni antara tempat paling menarik yang Ann kunjungi di Penang. Oh ya, di sini bukan rumah hantu yang hantu tiba-tiba datang terjah dari belakang tu ya.. Ni lebih kepada cerita sejarah dan mitos hantu-hantu dari Malaysia , China, Jepun, dan sebagainya

tempat menarik di penang

Masuk-masuk je terus jumpa orang minyak atas kepala..

tempat menarik di penang

Dalam masa yang sama, korang boleh pakai costume jadi hantu..

Sebelum beraksi, kita kasi touch up dulu dengan @zvbeautycollection.. Hehe

tempatempat menarik di penang

Fefeeling sangatlah jadi hantu kak limah! Haha

tempat menarik di penang
tempat menarik di penang

Antara area yang Ann paling suka, hantu Melayu dan Zombie.. Ann memang dari kecik takut zombie ni..

tempat menarik di penang

Memang best! Nak lagi best, korang kenalah berkunjung sendiri!

📍Ghost Museum Penang
Alamat : 57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi : 10AM – 7PM
Harga Tiket:
Dewasa – RM18 (Malaysian) / RM28 (Non Malaysian)
Kanak-kanak – RM10 (Malaysian) / RM16 (Non Malaysian)
Tel : 04-261 2352

2. TEMPAT MENARIK DI PENANG: MAGIC WORLD

tempat menarik di penang
tempat menarik di penang
tempat menarik di penang

So, tempat menarik di Penang yang kedua pula adalah Magic World yang terletak tak jauh dari Ghost Museum tadi. Jalan kaki dalam 10-15min macamtu pun dah sampai okay! Dekat sini pulak ala-ala museum 3D yang asa ditempat lain. Tapi apa bezanya di sini?

Pertunjukan Magic

Tarikan utama di Magic World ni adalah pertunjukan magic komedi yang di tunggu-tunggu. Tapi pastikan masa dia betul ya, takut karang terlepas sedih pulak anak-anak tak dapat tengok

Layar VR

Di sini juga ad layar VR yang mana gambaran tu hanya boleh dirakam di dalam telefon bimbit melalui Apps yang tersendiri. Kiranya dekat mata kasar tak boleh nampak pun. Bila dah siap rekod tu memang tergelaklah tengok hasilnya. Bak kata Ben Ashaari,

“Eika lari macam Charlie Chaplin”.

Haha adoi! Jomlah kita berkunjung!

📍Magic World
Alamat : 193, Lebuh Victoria, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi : 10AM – 7PM
Harga Tiket:
Dewasa – RM19 (Malaysian) / RM28 (Non Malaysian)
Kanak-kanak – RM12 (Malaysian) / RM18 (Non Malaysian)
Tel : 04-263 3193

3. Ice Cafe

Lepas dah penat melayan ‘aksi-aksi’ di Magic World, kita terus ke Ice Cafe pula. Ice Cafe terletak dalam bangunan yang sama dengan Magic World.

Antara killer menu di sini:

  • 1. Ice Cream Waffle
  • 2. Boba Snowflake
  • 3. Creamy Milk Boba
tempat menarik di penang

Baca – Backpacker Style: Hat Yai Trip Murah

Milk boba dia memang sedap! Susu yang digunakan bukan cikai cikai lah. Memang rich.

Menu lain di sini (September 2019)

tempat menarik di penang

Yang menariknya lagi di sini, tempatnya sangat sesuai untuk photoshoot. Fefeeling Projenn sangat! Love!

tempat menarik di penang

Komen Ann, harga mungkin agak mahal bagi sesetengah orang, tapi bagi yang menghargai kualiti dan rasa, Ann sure korang akan puas hati! Plus, interior designnya pun memang ice cool! Good job Ice Cafe! 💕

tempat menarik di penang

📍Ice Cafe
Alamat : 193, Lebuh Victoria, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi : 10AM – 10PM
Harga Tiket: –
Tel : 04-263 3193

Comments

  1. Pingback: FINESSE D'PRO PENYELESAIAN MASALAH TOKSIN DALAM BADAN

  2. Kin Naz

    Alamak seram pulak dengan rumah hantu tu. Masuk je terus ada orang minyak hahaha.. Ice Cafe pulak kalau dapat pekena ais time panas-panas gini memang sedap hehe. Kalau pergi Penang ni, kinah nak pergi Magic World dan Ice Cafe je haha. Rumah hantu tu kite skip😝😝

  3. Red Linda

    Wohaaa!! tempat menarik kat penang ni banyak yang x tahu. Tapi seriuslah, muzium hantu tu, boleh try jadi hantu ke? hahaha

    Memang dalam checklist tempat utk dilawati nanti kalau cuti2 ke penang ni…tq sharing

  4. De Alif

    Wow!!! Super exciting sehhhh… Banyak betul tempat menarik ya… Tahun lepas masa pergi ke Penang tak sempat nak round semua tempat… Nanti nak pergi lagi lah…

  5. adianiez AIDA

    eeeeiii mcm takut nak berlakon jadik antu gitu 🙂 hi hi hi hi…
    tak berani!
    but, ok info yg disampaikan.
    ari tu gi Penang, annnoura, tapi hanya gi makan dan makan dan makan.
    2 hari 2 mlm yg sgt singkat. hujan plak tu 🙂
    tq for sharing. will repeat jjcm ke penang.

  6. Faridah Daik

    wah..menariknya tempat2 yang Ann kongsikan tu…teruja nak ke sana juga..lama dah tak berkunjung ke Penang. nanti kalau ada rezeki ke Penang bolehlah lawati tempat yang Ann suggest ni.thank you Ann.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge